Memaparkan catatan dengan label Awan Yang Terapung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Awan Yang Terapung. Papar semua catatan
0 comments

PLuG TMK 2015

Hari ini 13hb Okt 2014...8.00am. SK Ganda Temengor. Aku dikejutkan dengan memo oleh PK1 untuk menghadiri kursus TMK tahun 5 2015 di PKG Gerik. Secara tak semena-mena dan terkejut tanpa surat dan pengesahan guru besar aku pun terpinga-pinga terus 'start' motor datang ke Gerik.

Sampai di PKG Gerik ada juga yang rupanya masih lewat dan sama kes dengan aku...baru dapat arahan pagi ini tanpa ada surat-menyurat dan makluman terus datang ke kursus Program Latihan untuk Guru Teknologi Maklumat &Komunikasi. Atau ringkasnya PLuG In aje. Aku diberitahu ada dua bilik untuk 2 pasukan TMK ini. Mula-mula tersalah pulak dah masuk pasukan lain. Nama takde...barulah tengok senarai nama yang tertempek di pintu. Barulah nak baca nama dan masuk pasukan yang betul. Bila masuk semua orang dah dapat penenrangan dan tengah buat kerja untuk pembentangan masing-masing. Aku yang baru masuk ni duduk tengok ajelah. Buku yang diberikan percuma itulah rujukan dan 'tup-tup' bila dah siap semuanya, aku yang kena persembahkan...present...kat depan. Mm, nasib baiklah tajuknya Cloud Computing atau Pengkomputeran Awan. Awan Larat? Bukan, ini istilah baru dalam bidang storan data iaitu secara online atau atas tali...eh!?...talian! Cloud, atau Awan...ada 'meh-meh' nama Claude Van Damme pulak...pelakon Hollywood. Iaitu menyimpan data dan maklumat yang ada dalam hard disk kita untuk diselamatkan dari pencerobohan atau serangan virus. Ia juga berfungsi sebagai laluan perkongsian subjek secara maya dan ia memudahkan laluan untuk mendapat maklumat yang kita simpan walau di mana sahaja kita berada. Jadi kita tidak lagi perlu ke sesatu tempat yang tertentu untuk mendapatkan data yang kita atau rakan kita menyimpannya. Itu adalah cara tradisional yang memenatkan dan mengganggu kerja kita yang lain yakni yang sedang kita lakukan ketika ini. Justeru itu adalah memenatkan. Oleh itu kita digalakkan menggunakan storan secara awan iaitu capaian dan simpanan data secara atas talian ini agar kita dapat 'lalu' atau 'access' walau di mana pun kita pergi kerana ia bersifat awan. Menurut sahaja ke mana kita pergi!

Di samping itu ia dapat menjimatkan ruang hard disk kita dan mengelakkan dari kecurian data atau kehilangan atas dasar serangan virus.

Agaknya, banyak lagi nak belajar dalam kursus ini dan ada 2 hari lagi kat PKG jadi secara ringkasnya itu sahajalah setakat ini.


world counts on you...


read more
0 comments

Usahawan Melayu Maju!!?

world counts on you

Bismillahirrahmanirrahim,,,

Beberapa minit lalu, setelah menonton warta berita di TV3 saya terkejut dengan rancangan kerajaan Malaysia. PM Datuk Seri Najib mengumumkan bantuan dan sokongan untuk usahawan-usahawan bumiputera dalam bidang perniagaan. Saya bukanlah orang yang pakar dalam bidang perniagaan. Lagipun saya hanyalah sebahagian dari peminat dan penyokong sahaja dalam bidang perniagaan. Pernah juga menceburi MLM. Tapi itu bukanlah menjadikan saya sebagai ahli perniagaan sepenuhnya atau usahawan yang Berjaya. Namun begitu, ramai lagi usahawan Melayu yang menceburi bidang perniagaan dan berjenama tersendiri. Seingat saya syarikat Melayu yang paling lama ialah SKMK. Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan yang lama bertapak di Kelantan dan menerajui pengangkutan awam di Malaysia dulu dan kini. Kemudian, terkini ia sebuah syarikat Melayu yang terpaksa digadaikan kepada orang Cina? Ini yang menghairankan saya. Siapakah byang bertanggungjawab dalam hal ini, cuba anda semua jawabkan?! Kalau ada perkara-perkara yang pembaca tahu berkenaan hal ini, konflik untuk menghapuskan kemajuan perniagaan Melayu yang telah berjenama sendiri ini? Ia pernah berkongsi dengan MARA rakan perniagaan dan ada saham bersama. Begitu juga berlaku kepada syarikat MLM SURECO dan HPA. Kini mereka hanya terpaksa menanggung beban mengendalikan bangunan yang dipaksa ke atas mereka agar membinanya. Yang mana mereka tidak memerlukannya sedikitpun. Beban hutang dan pengendalian bangunan bukanlah murah. Mana pula hendak menanggung modal pusingan perniagaan? Sibuk betul. Kini usahawan Melayu yang Berjaya dan ada potensi untuk naik serta sudah sedia ada dijadikan bankrap. Manakah dia bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang melaung-laungkan slogan maju itu? Adakah mereka bersungut untuk memajukanya atau bersama-sama dengan pihak yang ingin memupuskan kemajuan dan kejayaan orang Melayu dalam bidang penguasaan ekonomi ini.
read more
0 comments

Kepentingan Alam Sekitar.

world counts on you



Kepentingan alam sekitar tidak dapat dinafikan lagi. Namun bagi sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan berlipat kali ganda dari pencerobohan alam yang percuma dan indah ini, mereka tidak dapat melihat kebaikan itu. Malah mereka menolak untuk menjadi pelindung persekitaran hidup mereka sendiri.

read more
0 comments

Sastera Dan Seni

world counts on you


Sastera memainkan peranan penting dalam menyingkap kehidupan peradaban manusia. Tanpanya kehidupan ibarat tiada tempat dalam singkapan peradaban suatu ummat. Segalanya memerlukan sastera. Ilmu-ilmu apa pun dalam kehidupan manusia memerlukan sastera. Tanpanya tiada ungkapan yang sesuai dalam menyampaikan maklumat yang diperlukan. Hatta ilmu sains sekalipun memerlukan bahasa dan sastera untuk menyingkap istilah-istilah dalam peradabannya. Ilmu matematik juga memerlukan sastera dan bahasa yang sesuai untuknya. Al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah dalam sasteranya tersendiri. Menggunakan bahasa dan sastera Arab yang tinggi lagi mendalam maknawinya. Sastera biasanya dikaitkan dengan bahasa dan cerita-cerita. Ada yang menganggap sastera hanya berkisar tentang cerita-cerita dongeng dan bahasa bunga-bunga tanpa matlamat kehidupan yang maju. Sains dan teknologi diberikan perhatian yang lebih sedangkan tanpa disedari ia menggunakan bahasa dan istilah percakapan juga, yang mana tidak boleh lari dari kemahiran bahasa dan sastera setempat. Ini berlaku di mana-mana jua di dunia ini yang menganggap kemajuan tidak memerlukan kepada bahasa dan sastera. Ini salah, ternyata kemajuan banyak berkait dengan ketinggian kemajuan bahasa sesuatu bangsa sendiri.
Suatu masa dulu, cara bercerita atau menyampaikan maklumat banyak bergantung kepada lisan dan dengar sahaja. Ia berlaku dari mulut ke mulut. Ingatan dan hafalan orang-orang dahulu kala memang kuat tanpa memerlukan kepada alat tulis. Alat tulis jarang didapati dan susah untuk mendapatkannya. Hanya sesuatu tempat tertentu sahaja yang mungkin mudah.
Untuk menyampaikan maklumat tertentu maka adalah khas bagi seorang yang mahir bercerita yang digelar Penglipur Lara dikalangan orang Melayu. Ia adalah bentuk menyampaikan maklumat atau hiburan secara lisan. Secara mudahnya, ia bergantung kepada gambaran dan khayalan orang yang mendengarnya.
Ia berubah pula kepada zaman cara bertulis. Cerita-cerita ditulis dan dibaca dikhalayak ramai. Ada juga digantung di jalan-jalan atau laluan orang ramai seperti di pasar-pasar. Selangkah demi selangkah timbul pula cara lukisan berkisar kisah-kisah kebanggaan sesuatu kaum. Ia diukir dan dipamerkan di dinding-dinding batu atau kota sesebuah kerajaan.
Kemudian, bentuk menyampaikan cerita atau maklumat ini berubah kepada segi lebih maju sedikit iaitu secara pandang dengar. Biasanya cerita disampaikan dengan memaparkan lakonan pentas atau menggunakan boneka. Contohnya bangsawan, wayang kulit dan patung. Ia terselit dengan pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalamnya mengikut kepentingan atau tujuan ia disampaikan. Samada untuk mengagungkan sesuatu bangsa atau mengangkat pandangan masyarakat terhadap kedaulatan raja-raja mereka.

Penyampaian maklumat atau cerita berkembang pula ke era moden di mana alat pandang dengar digunakan. Alat moden seperti radio dan TV berleluasa. Begitu juga wayang gambar yang memerlukan tenaga dan alat yang banyak untuk memaparkannya kepada umum sehingga terpaksa menggunakan latihan yang tinggi.
Sejak dahulu lakonan pentas menggunakan dialog secara langsung tanpa henti dan hafalan yang jitu. Tidak lagi dengan lakonan filem. Ini kerana lakonan filem dirakam dan boleh diolah serta diubah secara berulang-ulang kali sehingga menepati kehendak pengarah. Mata pengarah ialah juga menggambarkan mata penonton. Sebelum mula ditayangkan kepada khalayak umum ia haruslah disunting menjadikan cerita lebih lancar dan lebih difahami. Haruslah ia menepati maksud dan kehendak di sebalik penceritaan filem itu.
Filem sebagai medium penyampaian maksud, kehendak, fahaman, pengajaran, tauladan dan isu. Di samping ia sebagai medium hiburan namun ia sebenarnya menghibur di sebalik teladan cerita. Cara memberikan pengajaran dan teladan dengan cara bercerita lebih lunak dan halus. Ia lebih baik dari menasihati secara langsung atau menegur dengan emosi. Walaupun di dalam cerita ada emosi dan perasaan diselit-selit di celahnya namun begitu ia lebih kepada menarik perhatian khalayak untuk mengamatinya kerana ia diselindungkan oleh watak dalam cerita. Ia sebagai menggantikan watak sebenar di luar alam nyata ini.
Jika sesuatu isu dijadikan cerita dan disampaikan dalam bentuk filem, drama atau lakonan pentas, ia berfungsi lebih baik dan memberikan kesan positif untuk mudah ditiru atau diajuk oleh penonton. Kebanyakan cerita dalam filem, drama dan lakonan pentas akan melekat ke dalam jiwa dan minda khalayak lebih mudah dan lebih lama. Ini kerana ia mudah diikuti dan diajuk. Sayugialah jika kita membikin filem yang bercorak pengajaran positif. Sebaliknya jika perkara negatif ditunjukkan dalam filem, drama dan lakonan nescaya ia menjadi rujukan oleh anak-anak muda seperti contohnya filem-filem tentang keganasan dari Hollywood. Kita telah dipaparkan dengan filem-filem sebegini sekian lama, ada juga filem tentang perkara positif dari Hollywood, ia juga mudah diikuti sehingga seolah-olah dianggap Hollywood atau Amerika sahaja positif.
Oleh kerana fungsi filem amat berkesan dalam menyatakan sesuatu seperti kehendak masyarakat, politik, patriotik dan propaganda maka ia haruslah diambil berat. Ia bukan sahaja medium mencari glamor, selebriti, populariti atau komersil. Dari sudut hiburan, ya mungkin tetapi dari sudut sastera, tidak.
Sastera mengajarkan bagaimana kita harus menangani perfileman yang bermutu. Seni yang bermutu bukan hanya melihat kepada komersil dan populariti. Bahkan ia melihat dari beberapa sudut yang telah dinyatakan di atas iaitu pengajaran, teladan, isu propaganda dan kehendak masyarakat. Kita boleh mengangkat martabat semangat perjuangan kita, semangat cintakan tanahair dan bangsa kita melalui penceritaan filem. Seperti contohnya di Thailand ada filem King Narusuan, Queen of Langkasuka(Pattani) Jumbo Gajah Biru dan banyak lagi. Kenapa Thailand? Ini kerana banyak hasil penceritaan dalam filem adalah berkisar tentang mengangkat martabat bangsa mereka melalui kisah-kisah semangat perjuangan dan semangat cintakan tanahair. Berbanding di negara kita Malaysia yang hanya menumpukan kepada komersil dan populariti sahaja sejak mutakhir ini.

Sastera dan seni memainkan peranan yang amat penting ketika ini. Perfileman dan lakonan memberikan kesan yang besar kepada masyarakat umumnya. Ia dapat digabungkan menjadi peranan yang terbaik dan berkesan terhadap masyarakat yang positif. Akhir sekali, majulah filem untuk Negara!
read more
0 comments

Hari-hari yang Menghampiri.

world counts on you


asteroid hits earth Gawat! Bumi Akan Ditabarak Asteroid Pada 2036Ketika kita dihampiri hari-hari dan beberapa banyak hari sudah berlalu pergi. Kita masih menunggu dan menanti hari yang bakal menentukan wajah persekitaran Negara Malaysia yang tercinta ini. Hari bersejarah yang yang amat penting bagi segenap lapisan masyarakat Malaysia yang majmuk. Namun hari-hari itu dilalui dengan getir dan berdebar-debar. Banyak pihak yang berkait rapat dengan peristiwa hari bersejarah itu tidak lena tidur atau mencari-cari akal untuk menjadi orang yang layak di hari itu. Pelik dan malang sekali kerana akal atau jalan yang digunakan untuk menjadi pemenang itu adalah amat buruk dan tidak berakhlak. Walhal yang melakukan itu sendiri mengaku sebagai beragama Islam. Tidak semua pihak yang bertindak begitu tetapi malang sekali yang bertindak sebegitu adalah pihak yang berwajib sendiri di dalam Negara demi untuk mengekalkan kuasa yang sekian lama tidak pernah terkalahkan. Mendabik dada. Itulah istilah yang wajar dilafazkan di sini. 
Waliyazubillah!

Kita diselubungi bahang fitnah-menfitnah, kata mengata, keji-mengeji dan umpat-mengumpat di antara satu sama lain. Ini tidak terlepas dalam isu politik dan siasah Negara kita. Budaya itu diambil sebenarnya dari barat yang menolak keimanan kepada Allah. Ia berbeza dari kita yang berpandukan kepada agama Islam yang diredoi Allah ini. Namun begitu, kita masih tetap menolak ajaran agama Islam ini sendiri. Kita lebih senang dengan mengatakan ini undang-undang orang putih tidak ada salahnya dan lebih membawa kemajuan pembangunan. Sedangkan kita sepatutnya sedar yang mana kita telah menolak ajaran Allah swt sendiri. Dia Allah Tuhan kita. Bukan orang atau makhluk yang boleh dipermain-mainkan. Dia yang Maha Menciptakan kita dan Maha Menghancurkan kita. Memberi dan mengambil. Menaikkan takhta sesiapa yang dikehendakiNya dan menurunkan takhta sesiapa saja yang dikehendakiNya tanpa susah payah. Kita seharusnya takut hanya kepada Pemilik Kekuasaan itu sendiri yang memberi kita pinjam kekuasaan di dunia ini. Dialah Allah.
Kita sebagai umat islam yang mengaku pula Islam walaupun tidak pernah mengamalkan ajaran islam tetap marah jika dikatakan tidak Islam. Allah swt telah menetapkan hanya orang-orang Islam yang benar-benar beriman di hatinya dan melakukan amalan soleh serta kebajikan di jalan Allah sahaja yang layak mendapat tempat di sisi rahmat Allah. Yang lain-lain itu sebagai awam yang banyak melakukan kesilapan serta dosa jika diturunkan bala Allah maka semuanya tidak terlepas atau tidak selamat dari kemurkaanNya. Kita sewajarnya redo dan menyerah diri pada ketentuan Allah agar segala nikmat dan rahmat Allah yang diberikan kepada kita ini tidak ditarik balik olehNya. Sebaliknya kita takut pada manusia dan kekejamannya yang hanya ibarat buih kosong di sisi Allah Yang Maha Kuasa.
Kita mengharapkan bantuan dan pertolongan dari makhluk yang kita gelar penguasa dan ahli politikus yang akan diturunkan takhtanya pada bila-bila masa sahaja oleh Allah Yang Maha Kuasa berdasarkan amalan mereka dan ketaatan mereka sahaja. Semuanya adalah ujian dan dugaan dari Allah. Tetapi kita telah menganggapnya sebagai maksum dan tidak pernah bersalah dengan palit noda dan najis yang disemburkan kepada kita tatkala ketika kita pejam mata, inilah kemusnahan diri kita sebagai ummat yang mengaku sebagai Melayu Islam.
http://bangorigagah.files.wordpress.com/2013/05/need-shariah.jpg
Sebaiknya ketika kita mendengar berita atau tuduhan yang tidak kita tahu pucuk pangkalnya adalah dengan diam. Tidak terus melatah. Menebarkan kata-kata yang belum terbukti kesahihannya itu di khalayak ramai. Berita atau desas-desus yang terus kita percayai dan diambil kira hanya sanya ia datang dari ahli pimpinan yang kita sokong dan agungkan. Itu menjadikan kita sebagai pesubahat dan rakan kongsi berkongsi dosa dan amalan dimurkai Allah sahaja. Belum pasti lagi bahawa berita dan tuduhan itu benar. Sebaiknya kita diam dan beristighfar kepada Allah. Mudah-mudah kiranya berita atau tuduhan itu benar maka kita telah selamat. Sangkaan dalam hati kita ternyata benar. Jika berita atau tuduhan itu tidak benar maka kita juga telah selamat, iaitu selamat dari berbuat dosa. Kita telah mendiamkan dari berbuat dosa fitnah dan umpat. Apatah lagi sesama Muslim. Itulah sebaik-baik penyerahan terhadap Allah swt yang Maha Mengetahui yang sebenar.
Semoga kita tidak menjadi orang yang rugi nanti di akhirat. Tatkala orang yang kita sakiti, atau umpati atau fitnahi akan datang menuntut pembalasan dan Allah akan memerintahkan kita membayar semula dengan gantirugi tersebut. Bayaran di akhirat bukanlah wang atau harta benda kerana semuanya itu telah kita tinggalkan di dunia lagi. Yang tinggal hanyalah amalan kita samada dosa atau pahala sahaja. Jadi kita kena membayarnya dengan pahala kita semula sehingga habis pahala kita dan tinggal hanyalah dosa kita sahaja lalu kita tidak dapat membayarnya. Namun Allah akan memaksa kita menanggung dosa orang yang kita sakiti, umpati atau fitnahi itu. Kemudian kita dilemparkan ke dalam neraka. Wallahua’lam bissawab!
 
read more
0 comments

ALLAH DALAM BIBLE ATAU INJIL?

world counts on you

Suasana menjadi tegang setelah pada mulanya begitu dingin dan hambar sahaja seolah-olah yang berlaku itu tiada prasangka apa-apa. Penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible oleh Ahli Kitab Nasrani iaitu Kristian nampaknya diberikan permulaan yang baik sebagaimana kenyataan menteri UMNO dan ulama muda UMNO. Akhirnya setelah ada permintaan yang berikutnya oleh menteri parti Pakatan Rakyat iaitu DAP maka timbullah polemic yang tegang itu. Kenapa orang-orang Kristian menggunakan kalimah Allah sebagai menggantikan perkataan TUHAN dalam Bible?!
Sebenarnya isu ini adalah isu yang bergegar baru-baru ini saja sedangkan ia sudah lama dibisikkan oleh orang-orang dalam Barisan Nasional dulu lagi tapi tiada apa-apa tentangan. Selama ini penganut Kristian di Malaysia hanya ingin menggunakan kalimah TUHAN saja sebagai terjemahan dari Kitab Bible versi Inggeris untuk GOD atau LORD. Mereka juga menyebut Almighty God yakni Tuhan Yang Maha Kuasa. Mereka takut kalau-kalau mereka menjadi sama dengan orang Islam jika menggunakan kalimah ALLAH. Walaupun kita tahu yang agama Kristian atau Nasrani juga mendapat kitabnya dari Allah iaitu Nabi Isa diutuskan oleh Allah kepada orang Nasrani dengan Kitab Injil sebagai Kitab dari Allah yang mengandungi hukum-hakam Allah kepada mereka.
Kalimah Allah telah tertera jelas di dalam Injil sebagai Tuhan yang patut disembah. Sama juga Allah menyeru kita umat Islam agar menyembah Allah sebagai Tuhan yang satu dan semata-mata Allah yang tiada sekutu baginya. Agar tidak mensyirikkannya dengan sesuatu yang lain. Sejak beberapa lama kitab Injil diterjemahkan oleh penganutnya ke dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Akhirnya mereka tidak mengambil kalimah Allah yang tersebut dalam kitab asalnya lalu menterjemahkannya kepada GOD atau LORD. Saya terfikir kenapa mereka lari dari asalnya? Dulu saya kira bahawa mereka takutkan persamaan yang akan menyamakan Islam dengan mereka lalu mengislamkan mereka. Itu fenomena dulu tetapi sekarang ada pula kegegeran yang meluas menyatakan bahawa orang Kristian atau Ahli Kitab tidak selayaknya menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible mereka dalam konteks di Malaysia ini. Sebaliknya pula ada cadangan pihak Kristian untuk menggunakannya semula. Bagi saya ia adalah ibarat kembali semula ke gagang. Walaupun dahulunya mereka hanya melihat Allah sebelah mata sahaja. Bagi orang Kristian mereka tidak mahu menyembah ALLAH yang satu atau Allah Maha Esa mengikut orang Islam. Justeru meninggalkan ajaran Nabi Isa itu kononnya, lalu meninggalkan penyembahan mereka selama ini terhadap Nabi Isa yang mereka anggap Anak Tuhan serta pembebas mereka dari segala dosa yang dikorbankan di tiang salibnya. Kononnya Nabi Isa sanggup disalib agar dosa-dosa orang Kristian akan terhapus dengan mengorbankan dirinya. Inilah kekarutan pegangan mereka yang mereka alami selama ini.
Asalnya Kitab Injil seperti juga Taurat, Zabur dan Al-Qur’an terkandung nama Allah dalam bahasa asalnya. Di dalam Taurat Allah menurunkannya dalam bahasa Ibrani/Hebrew dengan sebutan Eloh atau Elohim singkatnya El sahaja. Di dalam Injil Allah menurunkannya dalam bahasa Aram/Aramaic dengan sebutan Elah atau Elai. Zabur juga diturunkan dalam bahasa Ibrani kepada Nabi Daud a.s. dengan sebutan Eloh. Kemudian Al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebutan Arab yang nyata dan terang iaitu Allah. Ini kerana bangsa Arab adalah bangsa yang fasih lidahnya. Namun begitu jelaslah kalimah Allah memang tersebut jelas dalam kitab-kitab samawi itu tadi. Sementelah Nasrani dan Yahudi seperti juga Islam adalah Agama Samawi yakni dari Allah. Bahasa Arab dan Ibrani atau Aramaic adalah satu rumpun bahasa dari bangsa serumpun. Boleh dikatakan semua bahasanya adalah bahasa Arab Tua.
Walaupun begitu, kitab-kitab samawi yang telah diturunkan oleh Allah kepada Yahudi dan Nasrani akhirnya tidak menjadi rujukan utama dalam kehidupan mereka sendiri. Mereka mengubah apa sahaja yang diturunkan oleh Allah. Lantas meninggalkan apa yang telah diajarkan oleh nabi-nabi. Walaupun kalimah Allah terpampang di depan mata mereka dalam kitab mereka. Hanya sebagai perhiasan sahaja. Mereka hanya tahu meminta ketika susah sahaja. Mereka mengubah, mengurang atau menokok tambah mengikut selera mereka. Tiada erti puashati dalam jiwa mereka dengan hukum-hakam Allah yang diturunkan di dalam kitab-kitab samawi itu. Mereka cuba mencipta undang-undang sendiri pula dengan hukum-hukum mereka sendiri. Inilah permulaannya bagaimana terciptanya undang-undang ciptaan manusia itu iaitu di tangan Yahudi dan Nasrani untuk melawan hukum Allah. Begitulah bermulanya, yang akhirnya tersebutlah Sistem Sekular yang memisahkan di antara kehidupan dunia dan pembalasan akhirat.
Jadi, tidak hairanlah jika ada di antara umat Islam hari ini yang berpegang dengan Undang-undang Ciptaan Manusia itu bertegas tidak mahu kepada Syariat Islam atau Undang-undang Allah yang diturunkan di dalam Al-Quran.
Inilah masaalah yang paling besar berbanding isu penggunaan kalimah ALLAH untuk orang kafir Ahli Kitab iaitu Yahudi dan Kristian dalam Taurat dan Bible itu. Bahkan, di dalam Taurat, Zabur dan Injil terkandung hukum Hudud juga. Yang mana mereka menolak untuk mengamalkannya lantas akhirnya mereka menegaskan bahawa Hudud dalam Taurat dan Injil itu sudah lapuk serta tidak sesuai lagi digunakan. Ketika itu Nabi Muhammad telah diutuskan dan berada di Madinah. Pada suatu hari, datanglah seorang Yahudi meminta Nabi mengadili jenayah di kalangan Yahudi sendiri. Ketika Nabi tiba untuk mengadili hukuman zina yang dilakukan oleh orang Yahudi itu maka keluarlah Paderi Yahudi, dan Nabi menghukumkan sama seperti hukuman Islam iaitu 100 rotan untuk lelaki dan perempuan yang berzina yang belum berkahwin. Lalu Paderi Yahudi menyanggah dengan menerangkan bahawa hukuman zina di kalangan Yahudi ialah menyapu tanah liat ke muka dan diarakkan keliling kampung. Nabi Muhammad S.A.W. meminta Kitab Taurat dari Paderi Yahudi tersebut, dengan takdir Allah ketika Nabi membuka kitab itu langsung muka surat yang terbuka itu menunjukkan bahagian Hudud berkenaan hukuman zina yang mana jari telunjuk Nabi terus tepat di atas ayat berkenaan. Ini memeranjatkan Paderi itu, serta merta dia akur. Ayat itu tertera bahawa barangsiapa yang berzina dan belum berkahwin maka hukumannya ialah 100 jildah/rotan. Setelah selesai menjalankan hukuman Hudud tersebut Nabi pun pulang. Paderi Yahudi tadi terus mengoyakkan bahagian hukum tersebut.
Jikalau kita sebagai umat Islam kini juga mempunyai iktikad bahawa Syariat Allah tidak sesuai di zaman ini dan mengambil undang-undang ciptaan Sistem Sekular itu maka kita juga telah menjadi sebahagian dari Yahudi dan Nasrani secara tidak langsung.
Ingatlah sabda Nabi bahawa umat Islam pasti akan mengikut jejak Yahudi dan Nasrani sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga jika Yahudi dan Nasrani terjun ke lubang biawak pun umat Islam akan terjun juga. Janganlah kita menjadi sebahagian dari itu semua.
Wallahua’lam. Wassalam.
Rujukan seterusnya untuk golongan tidak faham agama.http://apanamadotcom.wordpress.com/2013/01/15/
read more
0 comments

Doktor Moden Abad Ini!

world counts on you



DOKTOR sekarang ini moden. Dahulu perubatan dimonopoli oleh cara tradisional, istilah tradisional itu diberikan oleh manusia sekarang ini terhadap ilmu orang terdahulu. Bererti turun temurun. Ilmu perubatan turun temurun. Seolah-olah ianya dipandang sebelah mata sahaja berbanding dengan ilmu perubatan masa kini. Sebenarnya ilmu perubatan turun temurun inilah yang berjasa besar sehingga mengangkat martabat ilmu perubatan masa kini. Jikalau tiada dahulu masakan ada sekarang ini. Jika orang dahulu tidak bertungkus lumus dalam bidang perubatan secara mewariskan ilmu ini turun temurun masakan kita tahu apakah jenis-jenis ubatan yang perlu kita perolehi untuk sesuatu penyakit tertentu? Jenis-jenis ubatan itu tertakluk pada sumber ubatan sendiri yang terdiri dari herba atau tumbuh-tumbuhan yang diperolehi dari hutan atau bukit bukau. Ini di mana ia tumbuh secara semulajadi dan tidak dikacau oleh tangan manusia sendiri. Ia diperolehi secara dikenali oleh orang-orang terdahulu kerana mereka menggunakan herba ini untuk mengubati penyakit atau luka secara semulajadi. Ia sedikit memakan masa untuk sembuh, bahkan ia mujarab. Ini kerana ianya perlu selalu diamalkan secara berterusan sesuai dengan perubahan tubuh badan.
Kemodenan hari ini telah menidakkan ilmu tradisional? Mereka yang berkata begitu adalah dimonopoli oleh orang-orang korporat dan ahli perniagaan yang mengaut keuntungan dari perniagaan dadah. Dadah yang dimaksudkan untuk perubatan. Sehingga lebihan dadah itu akhirnya menjadi satu perniagaan tidak sah atau secara haram. Ia dijadikan sebagai perbuatan mengaut keuntungan secara menjualkan kepada orang yang tidak sepatutnya. Iaitu pengedar dadah yang didalangi oleh orang-orang kenamaan juga. Kebanyakan orang kenamaan dan ahli perniagaan korporat yang mendalangi bidang perubatan berasaskan dadah ini adalah berbangsa Yahudi. Di USA sendiri kebanyakan perniagaan gergasi dimiliki oleh Yahudi dan USA menguasai pasaran dunia. Bukankah begitu? Bahkan bidang perubatan moden menjadi hakmilik persendirian industri orang-orang Yahudi. Hospital-hospital swasta tumbuh bagaikan cendawan melebihi hospital kerajaan di USA dan Eropah. Jadi bagaimana ada hospital kerajaan? Semuanya adalah hakmilik Yahudi. Oleh itu kita akan menjadi ‘pak turut’ dalam perubatan moden dan ditipu untuk menggunakan perubatan mereka yang kita sendiri belum pasti keberkesanannya. Yang kita tahu hanya perubatan yang cepat dan segera. Segalanya mahu segera. Ibarat makan mee segera. Ianya ada mudarat dan racun jangka panjang.
Hasilnya kita ditutup mata oleh golongan itu dari menyedari bahawa ilmu perubatan turun temurun atau tradisional adalah lebih selamat dan menyembuhkan penyakit walaupun sedikit memakan masa. Namun ia berkesan terhadap sistem tubuh badan kita.
Cara perawatan di hospital moden sekarang ini pun agak menjauhi sikap seorang pengubat yang sejati. Kini mereka hanya mengharapkan upah. Kadangkala agak kasar terhadap pesakit yang rata-ratanya miskin dan susah. Jururawat-jururawat kini juga agak keterlaluan dalam melayani pesakit. Ada yang menjerkah, memaki dan enggan menyegerakan rawatan. Ada juga yang tidak mahir atau tidak cekap dalam mengendalikan perkakasan hingga menyebabkan berlakunya masalah yang lebih besar lagi. Jururawat jika dibandingkan dengan doktor adalah kurang pengetahuan tentang rawatan. Cuma sebagai pembantu sahaja tidak lebih dari itu. Sedangkan doktor yang pastinya seorang yang mahir tidak pula bergegas dalam kes-kes tertentu kecuali kes melibatkan kematian sahaja. Semuanya dibiarkan kepada jururawat padahal kalau doktor memberikan perhatian dalam sesuatu rawatan itu sudah tentu ia akan sempurna berbanding memberikan naihat dan tip sahaja kepada jururawat.
Ilmu perubatan moden agak tidak ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan tidak cukup ilmu. Namun begitu mereka yang terlibat dalam perubatan moden ini mendabik dada dan berbangga dengan tahap ilmu mereka yang kononnya sudah lengkap dan cukup dalam segenap segi. Sedangkan mereka tidak pasti tentang masih ada lagi ilmu yang mereka belum temui dalam perubatan sebagaimana ilmu perubatan tradisional yang lebih pengalaman dan lengkap pengetahuannya. Ilmu perubatan tradisional sudah terbukti sejak zaman berzaman lagi. Herba dan ubatan berupa akar kayu yang telah dikenalpasti sudah banyak bertebaran dalam alam perubatan tradisional turun temurun ini. Tanpa boleh disangkal oleh mana-mana pihak. Semua orang memerlukannya lebih-lebih lagi ilmu perubatan moden yang kurang boleh diharapkan memandangkan hanya bergantung kepada mesin dan ramuan dadah sahaja.

Kebanyakan bidan-bidan di kampong dan pendalaman yang masih lagi mengamalkan kaedah turun temurun ini dapat memberikan sumbangan terbaik mengatasi bidan moden di hospital-hospital. Ini kerana banyak perkara renyah yang dilakukan di hospital moden yang menyebabkan masalah kepada pesakit dan lembab dalam menangani masalah yang sepatutnya jikalau di lakukan oleh bidan kampong ianya tiada masalah langsung. Namun di hospital banyak kerenah itu-ini begitu-begini yang menyesakkan dada. Tindakan dan urusan perubatan moden agak renyah dan kebanyakannya menjadikan pesakit sebagai bahan ujikaji pula. Ini secara tidak langsung mencacatkan pandangan orang terhadap perubatan moden sendiri.
Wallahua'lam bissawab!

sekian.
read more
0 comments

Islam itu Mudah


Sabda Rasulullah SAW :
" ِانَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَالنَّاسُ يُعَسِّرُ بِهِ "
Maksudnya : Sesungguhnya Agama Islam itu mudah, sedangkan manusia sendiri yang menyusahkannya.

Islam itu mudah dilaksanakan bukan payah. Memang mudah untuk mengikuti ajaran Islam. Walaupun ada segolongan manusia yang mengaku Muslim tapi berdolak-dalih dalam mengamalkan Islam dan melaksanakan hukum-hakamnya. Begitu pun Islam secara lahiriah dan batiniah adalah mudah dan senang diikuti bagi golongan yang ikhlas kepada Allah.

Orang yang berdolak-dalih pula mengatakan kononnya Islam itu payah untuk dilaksanakan dan diamalkan justeru menjadikannya alasan untuk tidak endahkan melaksanakan hukum Allah itu. Sedangkan Islam itu milik Allah. Orang yang menentang Islam bermakna menentang Allah. Sebaliknya orang yang memperjuangkan Islam adalah juga memperjuangkan hak Allah. Dan sesiapa yang memperjuangkan hak Allah bermakna Allah ialah pelindung dan pemberi kemenangan kepadanya.

Tidak ada alasan begitu begini dalam menjalankan suruhan Islam. Ia adalah suruhan Allah. Sebagaimana maksud hadith Rasulullah SAW : “..buat apa yang Allah perintah dan tinggal apa yang Allah larang..”

Biarlah kita menjadi sekurang-kurangnya Muslim yang berjuang untuk Allah dengan menyokong perjuangan menegakkan syiar Islam. Walaupun kita yang jahil dan kurang amalan ini sering berdosa, tersilap dan terlupa dalam hidup seharian. Mudah-mudahan kita akan dihisab di akhirat kelak sebagai orang yang berjasa kepada Allah dan Rasulnya sewaktu di dunia.  Agar kita tidak menyesal nanti kerana kita menjadi golongan yang menentang Allah dan Rasulnya melalui sokongan terhadap orang yang memusuhi Islam sama ada secara langsung atau tidak. Kita akan rugi di dunia dan akhirat.

Namun itu mungkin agak berat bagi orang yang tertutup hatinya dari mengingati Allah. Apatah lagi mengikut jejak langkah Rasulullah dalam sunnah dan hadithnya. Ini kerana kesan daripada menjadi pengikut kepada orang-orang yang sesat dari agama Allah. Hasil dari menuruti pemerintah yang membelakangkan suruhan Allah dan agama Islam. Lantas pemikiran, perbuatan dan qasad hati pun sudah jadi sebati dengan menolak ajakan Islam terhadap Allah dan perjuangan menegakkan syariat RasulNya-Nabi Muhammad SAW- di bumi Allah ini.

Jatuhnya aqidah seorang Islam itu ada 3 sebabnya:
1-      Perkataan.
2-      Perbuatan.
3-      Iktikad (qasad hati).

Dengan itu, hendaklah dia mengucapkan semula dua kalimah syahadah, rukun pertama Islam itu. Ini kerana dia sudah dikira terkeluar dari Islam atau kufur.

Apabila seseorang Islam itu menolak perintah Allah melalui 3 sebab tersebut maka masuklah dia ke dalam 3 keadaan hukum. Pertama, sebagaimana firman Allah dalam al-Qur’an :
" ..فَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا اَنْزَلَ اْللهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَفِرُونَ ".
Maksudnya : Sesiapa yang tidak mahu (menjalankan pemerintahan) hukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah (syariat Islam), maka mereka (termasuk) golongan orang kafir. (ayat 44:surah al-Maedah)

Dalam ayat yang kedua pula datang hukum yang lain menyebut :
"..فَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا اَنْزَلَ اْللهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْظَالِمُونَ ".
Maksudnya : Sesiapa yang tidak mahu (menjalankan pemerintahan) hukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah (syariat Islam), maka mereka (termasuk) golongan orang zalim. (ayat 45:surah al-Maedah)

Dalam ayat yang ketiga pula :
"..فَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا اَنْزَلَ اْللهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الفَاسِقُونَ ".
Maksudnya : Sesiapa yang tidak mahu (menjalankan pemerintahan) hukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah (syariat Islam), maka mereka (termasuk) golongan orang fasik. (ayat 47:surah al-Maedah)

Ketiga-tiga ayat ini Allah datangkan sebagai hukum kepada tiga keadaan dan bukan semua sekali ditimpa ke atas pelakunya.

Keadaan pertama, bagai mana seseorang Muslim itu jatuh ke dalam golongan kafir. Iaitu contohnya dengan perkataannya bahawa, “Islam itu tidak sesuai pada zaman ini, ia sesuai zaman Nabi saja.” Atau “Pada zaman ini masyarakat majmuk, ia tidak boleh dipakai.” Atau “Islam sudah kolot, ia undang-undang lapok.” Maka di sini jatuh ia ke dalam hukum ayat pertama tadi. “فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَفِرُونَ”.

Keadaan kedua, bagaimana seseorang Muslim itu jatuh ke dalam golongan zalim. Iaitu contohnya dengan dengan perkataannya/perbuatannya bahawa, “Ya! Saya mengaku Islam itu benar.” Kemudian dia tidak menggunakan kaedah Islam ketika menghukum. Sebaliknya menggunakan kaedah undang-undang barat. Seperti hukuman rotan 40 kali untuk peminum arak mengikut undang-undang Islam ditukar kepada hukuman denda RM40 sahaja lalu dibebaskan pesalah itu. Ini adalah suatu yang zalim terhadap Allah. Maka jatuh ia ke dalam hukum ayat yang kedua tadi. “فَأُولَئِكَ هُمُ الْظَالِمُونَ

Keadaan ketiga, bagaimana seseorang Muslim itu jatuh ke dalam golongan fasik. Iaitu contohnya dengan perkataan/perbuatan/iktikad bahawa, “Ya! Islam itu benar dan betul tapi saya sahaja tidak mahu ikut!”. Dari pengakuannya itu membuktikan tidak hanya kata-kata malah perbuatannya yang lahir dari iktikad (qasad hati) lalu meninggalkan ajaran Islam walaupun dia mengaku seorang Islam. Dia telah berdosa dan engkar. Walaupun begitu, dia masih Islam. Maka di sini jatuh ia ke dalam hukum ayat yang ketiga tadi. “فَأُولَئِكَ هُمُ الفَاسِقُونَ”.
world counts on you
read more
0 comments

Terlanjur Atau....?!!

world counts on you

Saya amat tertarik dengan apa yang dikatakan oleh penulis dalam blog ini. Rujuk di sini. Anda boleh membacanya sedutan di bawah :

“Jadi awak setuju atau tidak?”


“Itu soalan kemudian. Yang pertama atau utama, saya ingin menyoal awak. Awak setuju atau tidak semua mukadimah zina yang ada ini dicegah? Dalam Islam kaedah ini dinamakan ‘sazdus zaraik’. Kempen tutup aurat, kempen anti pergaulan bebas dan kempen mengerjakan solat perlu diperhebat! Ini kempen ‘buka hati’ untuk hadapi langit terbuka!”

“Ei, ada kempen solat juga?”

“Ya Allah, bukankah solat mampu mencegah kemungkaran? Cuba lihat statistik berapa ramai remaja yang meninggalkan solat? Ada kajian dulu yang saya dengar sudah di tahap 80% umat Islam sudah tidak solat. Remaja kita bagaimana? ‘Retua’ yang mendidik remaja pula bagaimana?”

“Wah, awak nak cakap tentang solat pula…”

Saya diam. Berdoa. Betapa ramainya umat Islam yang tidak memahami, menghayati dan mengamalkan serta memperjuangkan agamanya. Padahal ajaran Islam itu berkait antara satu sama lain. Ada kesan berangkai yang jika diamalkan, ada kesan baik kepada bidang yang lain. Dan ada kesan buruk secara berangkai bila salah satu ajarannya ditinggalkan. Justeru, Allah telah memberi peringatan: Masuklah Islam secara keseluruhan!

Soalnya, apakah kita sudah Islam seluruh, sepenuh? Langit sejak dulu telah terbuka dengan turunnya wahyu, bukankah Islam itu agama samawi? Tetapi hati kitalah yang tertutup untuk menerima cahayanya. Apa gunanya langit terbuka, jika mata hati tertutup?

Hasilnya, hati dan diri kita tetap gelap dalam limpahan cahaya!

Read more: http://e-laporan.blogspot.com/2010/08/gelap-dalam-limpahan-cahaya.html#ixzz14en63y56
read more
1 comments

Negara Islam

world counts on you

Orang-orang kafir itu melihat kepada kekuatan, apabila melihat orang-orang yang kuat mereka menyokongnya untuk menghancurkan yang lemah. Sedangkan orang-orang Islam menolong yang lemah untuk membantu menghancurkan orang-orang yang kuat.
Orang Islam mesti kuat, kerana sesungguhnya ada hadis nabi menyatakan “Orang Islam yang kuat itu lebih afdal di sisi Allah daripada orang Islam yang lemah.” Kekuatan dari segi jasmani juga adalah penting. Ia perlu bagi memperjuangkan kalimah Allah di muka bumi. Apabila tiada orang yang berdaya untuk melakukannya maka ia adalah fardu kifayah. Kekuatan ilmu dan akal juga perlu kerana ia adalah suatu anugerah Allah yang dipergunakan untuk memakmurkan muka bumi Allah dengan selamat dan sentosa. Kekuatan yang ada pada orang mukmin akan membawa kepada keamanan dan keimanan kepada Allah sedangkan bagi orang-orang kafir akan membawa kepada kekufuran. Wallahu a’lam.

Negara Islam.

Negara adalah sebuah penempatan yang diperlukan oleh warganya. Tanpa Negara di manakah kita akan menetap. Negara Malaysia adalah asas dari nama asal penduduknya Melayu. Cuma berbilang bangsa itu adalah lumrah sesebuah Negara, begitu juga Negara Malaysia yang penduduknya adalah memang pasti Melayu juga mempunyai bangsa-bangsa lain yang menumpang di dalamnya secara tidak sengaja. Ini berlaku di Negara lain juga, di Negara Afrika, Arab dan Eropah. Namun mereka tidak digelar Negara bangsa-bangsa yang tinggal di dalamnya. Contohnya, England mempunyai penduduk berbangsa Arab, Melayu, Afrika, India dan Asia tetapi tidak digelar Negara Arab, Melayu, Cina, India atau Afrika. Bukan?

Islam adalah satu-satunya agama yang dianugerahkan Negara oleh Allah kepada rasulnya Muhammad S.A.W dan penganutnya. Negara Madinah, diisytiharkan oleh Rasulullah SAW sebagai Negara Islam. Syariat Islam dikembangkan melaluinya dalam segala segi kehidupan mengikut ajaran Islam dan iman dikuatkan di dalamnya. Melalui Negara Islam Madinah tersebarnya agama islam dan iman ke segenap pelusuk bumi, dengan menyebut nama Allah. Hancurnya kezaliman raja-raja, kesombongan dan keangkuhan penganut-penganut agama lain terhadap orang-orang yang beriman dengan Tauhid, yakni mengEsakan Tuhan. Selama ini mereka ditindas di seluruh dunia oleh orang-orang yang menyembah selain dari Allah

Cintakan Negara adalah sebahagian dari iman. Ini bermakna Islam tidak mengabaikan Negara. Mempertahankan tanahair dari musuh-musuh adalah jihad. Mempertahankan Negara Islam dari dicerobohi adalah satu suruhan Allah. Mempertahankan kesucian agama islam, syariatnya dan iman adalah satu kewajipan umat islam yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasulnya.

Jikalau benar kita tidak disuruh untuk mempertahankan Negara Islam tidak mungkin wujudnya suruhan Allah dan Rasulnya "Cintakan Negara adalah sebahagian dari iman." Rasulullah dan penganut Islam di Madinah telah mempertahankan Islam dan Negara itu dari pencerobohan, serangan puak-puak kafir Quraisy dan pembelotan kaum yahudi Madinah dan kaum munafik sendiri.

Berbeza dengan agama-agama lain di dunia yang tidak wujud Negara untuk mereka. Agama yahudi contohnya tidak punya Negara. Apabila Allah memerintahkan Nabi Musa alaihissalam agar memimpin orang-orang yahudi yang beriman untuk memasuki Palestin dan memerangi kaum yang zalim di dalamnya, kenapa mereka menolaknya? Mereka enggan menerima suruhan Allah dan perintah Allah agar berjihad demi mewujudkan Negara untuk orang-orang beriman kepada Allah dan rasulnya.

Kita lihat pula agama lain seperti Kristian yang tidak punya Negara untuk menegakkan agama mereka ketika zaman Nabi Allah Isa dan selepas diangkatnya Rasul Allah itu ke langit. Penganut-penganutnya dihalau, diburu, dipulau dan dibunuh. Mereka melata di berbagai-bagai Negara. Agama Buddha tidak punya Negara sendiri untuk penganutnya. Begitu juga agama Hindu. Ini diakui sendiri oleh agama-agama tersebut. Ia termaktub dalam kitab Hindu dan Buddha sendiri tentang perkara ini bahawa mereka tidak dijanjikan Negara sendiri. Sedangkan Islam, memerintah dan bukan diperintah.

Islam punya khalifah. Allah telah mengilhamkan kepada kita sistem khilafah. Satu pemimpin untuk seluruh umat Islam. Allah telah mewahyukan kepada Nabi kita Muhammad SAW sistem syura untuk memilih pemimpin selepasnya. Wujudnya perundangan, sistem ekonomi, sistem sosial, kehakiman dan ketenteraan yang semuanya berkait dengan siasah politik tanahair serta pemerintahan sesebuah Negara. Semuanya sudah diwujudkan di zaman Rasulullah dan sahabatnya. Sistem yang mantap dan dianggap maju berbanding negara-negara beraja ketika itu seperti Rom dan Parsi.

Islam memerintah dengan syariatnya sendiri dan politiknya tersendiri. Syumul atau universal dari segenap sudut kehidupannya. Islam bukan sekadar agama atau budaya. Ia adalah suatu syariat atau undang-undang universal. The Universal Law. Al Quran itu bukan sekadar kitab suci, di dalamnya terkandung Universal Law. Ini diakui sendiri oleh sarjana-sarjana dari barat yang turut mengakui kebenaran Al Quran dan ilmu-ilmu yang terkandung di dalamnya. Islam diakui adalah satu agama yang sistemnya benar dan syumul. Kita didedahkan oleh Rasulullah dengan sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara di dalam Islam, semuanya diambil kira dan berbeza dengan agama-agama ciptaan manusia yang lain yang tidak mempedulikan perkara-perkara remeh-temeh. Islam mengambil berat terhadap semua sudut kehidupan. Ini mengkagumkan kaum kuffar dan ahli kitab sendiri sejak zaman Rasulullah hinggalah zaman kini.

Al Quran juga bukan ciptaan Nabi atau kata-kata hikmat. Ia bukan ciptaan atau rekaan semata-mata yang boleh diubah-ubah sesuka hati penganutnya atau sesiapa sahaja sekehendak mereka. Malah ia adalah KALAM ALLAH yang azali dan sukar ditandingi oleh mana-mana ahli puisi atau ahli sastera samada dari barat atau timur dan dari kalangan manusia atau jin. Ia adalah WAHYU ILAHI! Wahyu jika diterjemahkan ke istilah barat adalah suatu yang menjengkelkan. Mengikut sarjana barat, perkataan wahyu atau reveal adalah sama tarafnya dengan kata-kata ahli silap mata, bijak pandai, pendeta atau cendikiawan yang bukan maksum. Mereka tidak kira asalkan perkataan itu baik maknanya itulah revealation atau…diterjemahkan sebagai wahyu? Semuanya dimasukkan ke dalam Bible dan dicampur adukkan dengan kalam ilahi dari Injil yang diwahyukan kepada Nabi mereka Isa alaihissalam lalu dinamakan, Bible! kita berbeza dengan mereka. Kita bukan Tuhan, kata-kata kita bukan wahyu dan bukan azali. Wahyu yang dimaksudkan dalam Islam adalah dari Allah sahaja, sebagai Tuhan yang Maha Berhak ke atas makhluknya. Wahyu sayugianya tidak berhak diterjemahkan sebagai Reveal dan Reveal bukan terjemahan Wahyu. Kita harus mencari perkataan lain yang menterjemahkan perkataan Wahyu ke Barat! Mereka sudah merosakkan makna dan penggunaannya sekian kali sebagaimana mereka merosakkan Injil dan agamanya sendiri. Begitu jugalah mereka telah merosakkan perkataan ‘God’ sendiri.

Di dalamkitab Hindu Tua, dinyatakan oleh seorang pengkaji beragama Hindu dari India (Dr. Ved Prakash Upaddhayaya) bahawa ada termaktub tentang seorang yang diberikan Tuhan kekuasaan dan sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan sokongan padanya. Dia akan diberikan NEGARA oleh Tuhan dan memerintah dengan bebas dalam pertolongan Tuhan. Dia mempunyai 14 orang isteri. Kitab tersebut boleh jadi ialah Mahabharata/Upanishads/Puranas/Vedas. Menurut kajian perbandingan dengan apa yang tersebut oleh pengkaji itu, dengan sirah Rasulullah, ada persamaan yang jelas. Ini bermakna kedatangan Rasulullah telah pun termaktub dalam kitab-kitab atau suhuf-suhuf nabi-nabi terdahulu yang kemudiannya terangkut ke dalam pelbagai versi periwayatan lisan atau tulisan. Kitab Mahabharata/Upanishads/Puranas/Vedas tidak terkecuali. Sebagaimana termaktub dalam Zabur, Taurat dan Injil. Tidak putus-putus menerangkan janji Allah akan kedatangan Nabi akhir zaman iaitu Muhammad atau Ahmad. Jadi benarlah apa yang dijalankan oleh Rasulullah dengan Negara Madinah. Ia adalah satu anugerah dari Allah bukan semata-mata ikut memandai membina Negara sendiri. Ia diperintahkan oleh TUHAN, Allah s.w.t. Demikian itulah syariat yang dijalankan dan diperintahkan untuk melaksanakannya. Bukan sia-sia. Ia untuk kemaslahatan dan manfaat manusia jua. Keamanan dan keselamatan. Keharmonian dan keselarasan hidup. Semuanya untuk manusia yang asasi. Memang jelas Islam mahukan keselamatan dan mengajak ke arah keselamatan dan kesejahteraan. Bukankah maksud Islam itu selamat dan sejahtera. Ia adalah kasih sayang, persaudaraan dan hak sesama manusia.
read more
1 comments

Test Drive Unlimited 2 Beta Gameplay Release (HD)



world counts on you

what the most extremely enjoyous in the world is to drive beautiful cars like these...

read more
0 comments

“Awek Bertudung”

world counts on you

Nampaknya era tudung dah menjadi-jadi sekarang ni dengan berbagai-bagai fesyen. Ada juga yang berfesyen tudung. Sekadar nak melepaskan hasrat arus fesyen. Ada juga yang ikhlas kerana agama Islam mewajibkan bertudung rambut atau kepala. Ada juga kerna memang nak ke majlis-majlis tertentu, misalnya majlis kahwin. Ada artis yang bila posing atau bersanding mengenakan fesyen tudung kemudian hilang tudungnya selepas itu. Ada yang salah tanggapan terhadap tudung. Kononnya wanita yang bertudung pun kena rogol juga!?? Ini adalah perkataan orang-orang yang ‘lagho’, perkataan Arab yang bermaksud lalai hatinya dari Tuhan. Ada yang pandang tudung ini baik Cuma cara berpakaiannya tak kena fesyen. Katanya asalkan tudung kepala sudah cukup, bawah tak tutup pun takapa dan pakai baju ketat dengan seluar ketat pun takpe. Yang parah lagi skirt pendek menampakkan sebagian betisnya yang mulus dan dada yang terdedah menampakkan lurah sementara kepalanya bertudung litup dengan sanggulnya kelihatan mencacak tinggi meninggikan tudungnya. Aik, pelik sungguh cara pemahaman bertudung sekitar rakyat Malaysia kini. 1 Malaysia!

Namun begitu, ada juga seorang artis yang berkata, “Saya masih lagi belum bersedia memakai tudung nanti bila dah bersedia baru nak pakai.” Adakah pemahaman bertudung itu hanya sekitar dah bersedia berfesyen begitu? Ini adalah kenyataan agamawan, bahawa bertudung itu wajib ke atas orang Islam yang mukallaf. Ia untuk menutup aurat perempuan Islam. Perkataan itu datangnya dari seorang perempuan Islam, yang mana wajib ia menutup aurat samada bersedia atau tidak. Kerana jika tak menutup aurat maka berdosa ia dan menanggunglah azab kemurkaan Allah. Undang-undang itu datang dari Allah dan hukum-hakamnya bukan lagi permainan manusia. Halal atau haramnya tetap berjalan dan tak berubah.

Aurat ertinya kemaluan. Perkataan asalnya ‘Aar’ maksud perkataan Arabnya ialah malu. Jadi sesuatu yang tak ditutup maka malu ia kerana terdedah kemaluannya. Aurat lelaki mukallaf ialah antara pusat dan lututnya. Demikian pula aurat perempuan ialah seluruh tubuhnya kecuali yang zahir dari keduanya, iaitu muka dan pergelangan tangan. Hendak tak hendak, menutup aurat atau kemaluan itu wajib bagi manusia mukallaf, waras dan tidak gila. Muka dan pergelangan tangan itu harus juga terbuka kerana ia perlu digunakan sesuai dengan perkara yang hendak dilakukan. Untuk memilih jodoh seseorang perempuan itu dapat dikenal hanya melalui raut wajahnya. Ia dicamkan dan dapat dibuat pentafsiran melalui pengamatan wajah tak perlu dibuka semuanya. Riak wajah dapat membuktikan peribadi yang ikhlas, suci hati, perangai, tingkah laku, kebiasaan dan pemikirannya. Pergelangan tangan dapat membuktikan keadaan tubuh badan seseorang perempuan. Gemuk, kurus, ramping atau sederhana. Ada petuanya. Jadi untuk apa membukanya semua sekali kalau sekadara untuk mengecam itu?

Menutup aurat tiada salahnya. Normal manusia memang menutup aurat dan merasa malu jika didedahkan auratnya. Kalau sebarangan sahaja membuka atau mendedahkan sebahagian tubuhnya maka seorang perempuan itu telah dikira mempertontonkan kemaluannya. Boleh juga dikatakan telanjang. Walau sebahagian sahaja ditutup atau dibuka maka dikira telanjang sama seperti tidak menutup langsung. Apalah ertinya menutup sebahagian saja dan memakai tudung sedangkan bahagian tubuh lain terdedah? Ini ganjil cara menutup aurat, atau memang ingin membukanya?

read more