“Awek Bertudung”

world counts on you

Nampaknya era tudung dah menjadi-jadi sekarang ni dengan berbagai-bagai fesyen. Ada juga yang berfesyen tudung. Sekadar nak melepaskan hasrat arus fesyen. Ada juga yang ikhlas kerana agama Islam mewajibkan bertudung rambut atau kepala. Ada juga kerna memang nak ke majlis-majlis tertentu, misalnya majlis kahwin. Ada artis yang bila posing atau bersanding mengenakan fesyen tudung kemudian hilang tudungnya selepas itu. Ada yang salah tanggapan terhadap tudung. Kononnya wanita yang bertudung pun kena rogol juga!?? Ini adalah perkataan orang-orang yang ‘lagho’, perkataan Arab yang bermaksud lalai hatinya dari Tuhan. Ada yang pandang tudung ini baik Cuma cara berpakaiannya tak kena fesyen. Katanya asalkan tudung kepala sudah cukup, bawah tak tutup pun takapa dan pakai baju ketat dengan seluar ketat pun takpe. Yang parah lagi skirt pendek menampakkan sebagian betisnya yang mulus dan dada yang terdedah menampakkan lurah sementara kepalanya bertudung litup dengan sanggulnya kelihatan mencacak tinggi meninggikan tudungnya. Aik, pelik sungguh cara pemahaman bertudung sekitar rakyat Malaysia kini. 1 Malaysia!

Namun begitu, ada juga seorang artis yang berkata, “Saya masih lagi belum bersedia memakai tudung nanti bila dah bersedia baru nak pakai.” Adakah pemahaman bertudung itu hanya sekitar dah bersedia berfesyen begitu? Ini adalah kenyataan agamawan, bahawa bertudung itu wajib ke atas orang Islam yang mukallaf. Ia untuk menutup aurat perempuan Islam. Perkataan itu datangnya dari seorang perempuan Islam, yang mana wajib ia menutup aurat samada bersedia atau tidak. Kerana jika tak menutup aurat maka berdosa ia dan menanggunglah azab kemurkaan Allah. Undang-undang itu datang dari Allah dan hukum-hakamnya bukan lagi permainan manusia. Halal atau haramnya tetap berjalan dan tak berubah.

Aurat ertinya kemaluan. Perkataan asalnya ‘Aar’ maksud perkataan Arabnya ialah malu. Jadi sesuatu yang tak ditutup maka malu ia kerana terdedah kemaluannya. Aurat lelaki mukallaf ialah antara pusat dan lututnya. Demikian pula aurat perempuan ialah seluruh tubuhnya kecuali yang zahir dari keduanya, iaitu muka dan pergelangan tangan. Hendak tak hendak, menutup aurat atau kemaluan itu wajib bagi manusia mukallaf, waras dan tidak gila. Muka dan pergelangan tangan itu harus juga terbuka kerana ia perlu digunakan sesuai dengan perkara yang hendak dilakukan. Untuk memilih jodoh seseorang perempuan itu dapat dikenal hanya melalui raut wajahnya. Ia dicamkan dan dapat dibuat pentafsiran melalui pengamatan wajah tak perlu dibuka semuanya. Riak wajah dapat membuktikan peribadi yang ikhlas, suci hati, perangai, tingkah laku, kebiasaan dan pemikirannya. Pergelangan tangan dapat membuktikan keadaan tubuh badan seseorang perempuan. Gemuk, kurus, ramping atau sederhana. Ada petuanya. Jadi untuk apa membukanya semua sekali kalau sekadara untuk mengecam itu?

Menutup aurat tiada salahnya. Normal manusia memang menutup aurat dan merasa malu jika didedahkan auratnya. Kalau sebarangan sahaja membuka atau mendedahkan sebahagian tubuhnya maka seorang perempuan itu telah dikira mempertontonkan kemaluannya. Boleh juga dikatakan telanjang. Walau sebahagian sahaja ditutup atau dibuka maka dikira telanjang sama seperti tidak menutup langsung. Apalah ertinya menutup sebahagian saja dan memakai tudung sedangkan bahagian tubuh lain terdedah? Ini ganjil cara menutup aurat, atau memang ingin membukanya?

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.