Hidup Iran!

world counts on you

Seperti yang telah dijelaskan oleh Faisal Tehrani di dalam blog beliau bahawa Iran mempunyai penguasaan yang terbaik di dunia Islam kini. Islam juga akan terkuat di negeri Parsi ini. Ia akan menjadi pembela kepada agama Allah.
Kini Iran telah mengorak langkah maju ke hadapan dengan sikap orang-orangnya yang mahu terus berjaya, bahawa mereka telah pun membina tapak pelancaran roket ke angkasa. Selepas beberapa lama dahulu dituduh membina loji nuklear oleh Amerika dan konco-konco Zionis. Itu tidak menjadi masalah bagi orang yang benar dan keras terhadap musuh Allah. Yang penting kita harus sedar tidak selamanya akan bergantung pada musuh dalam menentukan hidup kita. Musuh Allah musuh kita juga. Hidup Islam!


Begitu juga, tidak berapa lama dulu kita telah disedarkan akan kewujudan satu permainan ala anak patung Barbie milik Iran. Sendiri punya! Kita tidak harus menunjukkan ketaksuban kita pada gaya hidup barat selama kita masih ada budaya sendiri. Peliharalah warisan dan kebaikan budaya kita dari diceroboh oleh anasir-anasir ala Zionis yang bercita-cita untuk menghapuskan kewujudan kita. Budaya warisan yang baik tidak ditolak oleh Islam malah Islam menaruh kepercayaan kepada perkara yang baik selagi ia boleh dimanfaatkan untuk kebaikan Insani. Ada gembar-gembur pihak yang mengatakan itu dan ini, ini boleh itu tak boleh. Boleh dan tak boleh sebenarnya bergantung pada sejauh mana ia boleh memberikan keburukan atau kebaikan pada manusia. Apa yang diharamkan oleh Allah selama ia disyariatkan maka ia tetap Haram, begitu juga yang halal maka ia tetap Halal di sisi Allah.
Jangan ada yang menghalalkan hanya kerana orang yang mengatakan halal itu kena dengan serakah mereka. Hanya kerana memberi lesen ia jadi Halal? Itu sudah jauh dari norma Ilahi-Insani yang fitrah pada manusia. Kalau tidak bayar lesen maka jadi Haram walaupun ianya halal hakiki. Ini dikira sudah mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Menentang ketetapan Allah, sudah tentu! Jauhkan diri dari syirik kecil, tambahan pula yang besar.

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.