Awan

Hm, sedap betul kalau duduk di bawah pokok melihat awan. Sejuk mata memandang. Tapi sekarang ni susah kalau nak duduk bawah pokok dan beratapkan langit cerah kerana pantang ada pokok sikit ada saja yang nak tebang. Ish, benci aku pada manusia perosak alam. Waktu kecil aku suka memandang ke awan dan melihat langit biru nan luas itu. Pabila ke pantai kulihat kaki langit bercantum dengan laut. Takut ada, gerun dan takjub juga. Hatiku merintih. Tuhan Maha Agung. Pencipta keindahan dan pentadbir alam.

Setelah dewasa ini, aku akhirnya akur juga bahawa segenap alam ini akan musnah jua. Tatkala manusia dibangkitkan mereka akan ditanya satu persatu tentang perbuatan mereka, mereka akan dihisab. Aku pernah bertanya nenek, kenapa kita perlu mati? Nenekku menjawab, kita tak perlu takut pada mati...kita hanya patut takut kepada Allah. Syurga dan neraka di tangannya. Jawapan ringkas itu, menjadikan aku berfikir. Waktu itu aku hanya berusia 6 tahun!
Habis,kalau kita tidak menghisab diri sendiri sekarang ini, bila lagi? Menyesal tak berkesudahan gamaknya. Sebelum kita berjumpa Ilahi, ada baiknya kita menjadi insan dan hamba yang bersyukur. Insaf atas segala keterlampauan sebelum 'ia' menjelang tiba. Apalah ertinya sedap yang sedikit jua jika sakit yang bermaharajalela lebih lama, di akhirat tiada kembali ke dunia lagi.
Sebelum kita membicarakan hal dunia, kita jangan lupa akhirat tempat kembali kita. Ingat dosa dan pahala jua. Nescaya selamatlah kita.

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.