0 comments

KETURUNAN JAWI BRAHMA? IBRAHM..ABRAHM?

world counts on you!
http://static1.freebitco.in/banners/728x90-3.png


Siapa sebenarnya Abrahm/Abram? Juga disebut Ibrahm/Ibram...
Salah seorang nabi yang ditukarkan namanya oleh Allah di dalam Al-Qur'an, menurut ulama sirah dan ulama bahasa. Nama asal bagi Nabi Ibrahim alaihissalam ialah Ibram/Ibrahm atau Abram/Abrahm di dalam bahasa Avestan atau bahasa ibunda Tamadun Babylon dahulu kala. Bahasa ini mempunyai dialeknya juga iaitu Sanskerta. Sebutan nama baginda di dalam Sanskerta menjadi Brahm/Brahma. Allah menukarkan nama tersebut dengan melunakkan sebutannya di dalam bahasa Arab Quraisy agar memudahkan sebutannya untuk Nabi Muhammad S.A.W. dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini. Wallahua'lam!

Tersebutlah bahawa kitab karangan Ibnu Athir dan Tafsir Ibnu Kathir ada menukilkan kisah Nabi Ibrahim ini. Nabi Ibrahim telah berkahwin dengan salah seorang puteri Raja Harran yang berbangsa Turks. Bangsa itu merupakan bangsa kulit kuning langsat atau sawo matang. Silsilah bangsa Turks nasabnya bersambung dengan Yafith(Yam) iaitu anak Nabi Nuh (a.s). Puteri raja yang bernasib baik tersebut bernama Qanturah(sebutan Arab dalam kitab al-Kamil fit-Tarikh oleh Ibnu Athir). Sebutan Keturah pula dalam dialek Aramaik/Aaram (kitab Injil). Puteri Qanturah ialah isteri baginda yang selain dari dua orang isteri yang sedia maklum iaitu Sarah dan Hajar. Ada yang menyebutkan bahawa Qanturah ialah isteri ketiga. Pada pendapat penulis pula, setelah Nabi Ibrahim berjaya mengalahkan Namrud di Babylon, baginda telah berhijrah menuju ke arah Harran iaitu sebuah wilayah bekas tamadun awal Mesopotamia ( kini ia berada dalam sempadan Turki dan Iraq ). Namun begitu ahli sejarah dan sirah pula umum menyatakan Nabi Ibrahim berkahwin terlebih dahulu dengan Sarah di Palestin sedangkan baginda menuju ke Palestin kemudian dari Harran. Setelah itu baginda menuju pula ke Mesir. Bagaimanapun umum menyatakan Qanturah ialah isteri ketiga. Penulis lebih cenderung mengatakan Qanturah terlebih dahulu telah menjadi isteri jika dilihat dari rentetan perjalanan baginda mengikut keutamaan. Semoga Allah memberi petunjuk dan pembetulan kepada penulis jika ada tersalah silap. Allah Maha Pengampun! 
Keturunan baginda melalui Qanturah inilah digelar Jawi. Kota Jevi ditemui di Jordan dipercayai milik tamadun kerajaan Jawi dahulu kala. Persamaan kata Jevi dalam Avestan ialah Jawi dalam Sanskerta dan Arab. Ketika Nabi Ibrahim meninggalkan anaknya Nabi Ismail di lembah Bakkah(Mekkah), baginda sudah mempunyai 6 orang anak dan 2 orang cucu dari isterinya Siti Qanturah itu. Nabi Ishak dilahirkan lewat dari itu dan masih kecil melalui Siti Sarah.
Wallahua'lam!


Oleh kerana itu, lahirlah dua golongan aristokrat dari keturunan ini iaitu Ksatria dan Sakya atau dalam bahasa mudahnya Mujahidin dan Mubaligh. Bangsa ini adalah bangsa terhormat dan tinggi martabat di sisi kebanyakan bangsa lain. Dakwahnya ialah mengajak kepada agama Allah (Hanif) iaitu ajaran Nabi Ibrahim atau Brahma berpandukan Suhuf Nabi Ibrahim yang diterjemahkan ke dalam dialek Sanskerta iaitu menjadi kitab Veda. Khabar gembira yang mana ia menyeru kepada Tauhid dan menunggu kedatangan utusan terakhir  "Khalki Avatar"  iaitu digelar Pembawa Rahmat Sekelian Alam. Sebagaimana yang diwahyukan oleh Allah SWT di dalam al-Quran juga dengan maksud yang sama : "Wa ma arsalnaa Ka illa Rahmatan lil Alamin." Ertinya : Tiadalah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan adalah sebagai Pembawa Rahmat Sekelian Alam. 
Jadi, sebab itulah yang dimaksudkan dengan utusan terakhir "khalki Avatar" itu ialah Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, nampaknya kita ini bangsa Jawi sudah pun sampai kepada maksud itu dengan menerima dan mengimani Khalki Avatar atau Rasul Terakhir yang dijanjikan itu. Kita sendiri sudah sampai kepada janji dakwah yang kita bawa sejak turun temurun dari nenek moyang kita keturunan Brahma sendiri. Benua sebelah Timur yang dijanjikan. Imam Mahdi!

read more