Hari-hari yang Menghampiri.

world counts on you


asteroid hits earth Gawat! Bumi Akan Ditabarak Asteroid Pada 2036Ketika kita dihampiri hari-hari dan beberapa banyak hari sudah berlalu pergi. Kita masih menunggu dan menanti hari yang bakal menentukan wajah persekitaran Negara Malaysia yang tercinta ini. Hari bersejarah yang yang amat penting bagi segenap lapisan masyarakat Malaysia yang majmuk. Namun hari-hari itu dilalui dengan getir dan berdebar-debar. Banyak pihak yang berkait rapat dengan peristiwa hari bersejarah itu tidak lena tidur atau mencari-cari akal untuk menjadi orang yang layak di hari itu. Pelik dan malang sekali kerana akal atau jalan yang digunakan untuk menjadi pemenang itu adalah amat buruk dan tidak berakhlak. Walhal yang melakukan itu sendiri mengaku sebagai beragama Islam. Tidak semua pihak yang bertindak begitu tetapi malang sekali yang bertindak sebegitu adalah pihak yang berwajib sendiri di dalam Negara demi untuk mengekalkan kuasa yang sekian lama tidak pernah terkalahkan. Mendabik dada. Itulah istilah yang wajar dilafazkan di sini. 
Waliyazubillah!

Kita diselubungi bahang fitnah-menfitnah, kata mengata, keji-mengeji dan umpat-mengumpat di antara satu sama lain. Ini tidak terlepas dalam isu politik dan siasah Negara kita. Budaya itu diambil sebenarnya dari barat yang menolak keimanan kepada Allah. Ia berbeza dari kita yang berpandukan kepada agama Islam yang diredoi Allah ini. Namun begitu, kita masih tetap menolak ajaran agama Islam ini sendiri. Kita lebih senang dengan mengatakan ini undang-undang orang putih tidak ada salahnya dan lebih membawa kemajuan pembangunan. Sedangkan kita sepatutnya sedar yang mana kita telah menolak ajaran Allah swt sendiri. Dia Allah Tuhan kita. Bukan orang atau makhluk yang boleh dipermain-mainkan. Dia yang Maha Menciptakan kita dan Maha Menghancurkan kita. Memberi dan mengambil. Menaikkan takhta sesiapa yang dikehendakiNya dan menurunkan takhta sesiapa saja yang dikehendakiNya tanpa susah payah. Kita seharusnya takut hanya kepada Pemilik Kekuasaan itu sendiri yang memberi kita pinjam kekuasaan di dunia ini. Dialah Allah.
Kita sebagai umat islam yang mengaku pula Islam walaupun tidak pernah mengamalkan ajaran islam tetap marah jika dikatakan tidak Islam. Allah swt telah menetapkan hanya orang-orang Islam yang benar-benar beriman di hatinya dan melakukan amalan soleh serta kebajikan di jalan Allah sahaja yang layak mendapat tempat di sisi rahmat Allah. Yang lain-lain itu sebagai awam yang banyak melakukan kesilapan serta dosa jika diturunkan bala Allah maka semuanya tidak terlepas atau tidak selamat dari kemurkaanNya. Kita sewajarnya redo dan menyerah diri pada ketentuan Allah agar segala nikmat dan rahmat Allah yang diberikan kepada kita ini tidak ditarik balik olehNya. Sebaliknya kita takut pada manusia dan kekejamannya yang hanya ibarat buih kosong di sisi Allah Yang Maha Kuasa.
Kita mengharapkan bantuan dan pertolongan dari makhluk yang kita gelar penguasa dan ahli politikus yang akan diturunkan takhtanya pada bila-bila masa sahaja oleh Allah Yang Maha Kuasa berdasarkan amalan mereka dan ketaatan mereka sahaja. Semuanya adalah ujian dan dugaan dari Allah. Tetapi kita telah menganggapnya sebagai maksum dan tidak pernah bersalah dengan palit noda dan najis yang disemburkan kepada kita tatkala ketika kita pejam mata, inilah kemusnahan diri kita sebagai ummat yang mengaku sebagai Melayu Islam.
http://bangorigagah.files.wordpress.com/2013/05/need-shariah.jpg
Sebaiknya ketika kita mendengar berita atau tuduhan yang tidak kita tahu pucuk pangkalnya adalah dengan diam. Tidak terus melatah. Menebarkan kata-kata yang belum terbukti kesahihannya itu di khalayak ramai. Berita atau desas-desus yang terus kita percayai dan diambil kira hanya sanya ia datang dari ahli pimpinan yang kita sokong dan agungkan. Itu menjadikan kita sebagai pesubahat dan rakan kongsi berkongsi dosa dan amalan dimurkai Allah sahaja. Belum pasti lagi bahawa berita dan tuduhan itu benar. Sebaiknya kita diam dan beristighfar kepada Allah. Mudah-mudah kiranya berita atau tuduhan itu benar maka kita telah selamat. Sangkaan dalam hati kita ternyata benar. Jika berita atau tuduhan itu tidak benar maka kita juga telah selamat, iaitu selamat dari berbuat dosa. Kita telah mendiamkan dari berbuat dosa fitnah dan umpat. Apatah lagi sesama Muslim. Itulah sebaik-baik penyerahan terhadap Allah swt yang Maha Mengetahui yang sebenar.
Semoga kita tidak menjadi orang yang rugi nanti di akhirat. Tatkala orang yang kita sakiti, atau umpati atau fitnahi akan datang menuntut pembalasan dan Allah akan memerintahkan kita membayar semula dengan gantirugi tersebut. Bayaran di akhirat bukanlah wang atau harta benda kerana semuanya itu telah kita tinggalkan di dunia lagi. Yang tinggal hanyalah amalan kita samada dosa atau pahala sahaja. Jadi kita kena membayarnya dengan pahala kita semula sehingga habis pahala kita dan tinggal hanyalah dosa kita sahaja lalu kita tidak dapat membayarnya. Namun Allah akan memaksa kita menanggung dosa orang yang kita sakiti, umpati atau fitnahi itu. Kemudian kita dilemparkan ke dalam neraka. Wallahua’lam bissawab!
 

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.