Pencerobohan Sultan Sulu???

world counts on you

Bismillahir Rahmanir Rahim.



Entah bagaimana tiba-tiba timbul pula cerita yang menyatakan Sultan Sulu akan membuat huru-hara di Sabah, Lahad Datu. Sementelah pula beliau sudah 18 tahun menetap dan menjadi warganegara Malaysia yang aman damai serta memberikan peluang untuknya melarikan diri dari musuh di Filipina. Musuh Islam agama rasminya itu. Sultan Sulu juga beragama Islam yang mana dia sudah dikira saudara seislam dengan masyarakat islam di Sabah. Sultan Sulu yang dikatakan itu adalah keturunan iaitu cicit kepada Sultan Sulu dahulu, bukan Sultan Sulu yang mula-mula. Mengapa pula dihuru-harakan Negara yang memberikannya perlindungan sejak beberapa puluh tahun ini. Sungguh mustahil bukan? Beliau serta kerabatnya dan penduduk dari Sulu yang menetap di Sabah itu tidak pernah membuat kacau sedari pertama kali masuk ke Sabah, entah bagaimana pula tiba-tiba dihangatkan kononnya hendak mengambil alih Sabah dan membuat pergolakan di sana. Kita sudah hampir dengan tarikh PRU13 tetapi PRU entah ke mana dan dialih pula perhatian kita kepada huru-hara ini.
Pada pendapat saya yang doif ini, jika sekiranya hendak mengambil alih Sabah dari Malaysia tidak sepatutnya sekarang kerana mereka dalam keadaan memerlukan perlindungan suaka dari Malaysia. Walaupun moyang Sultan Sulu yang awal ada membuat tuntutan ke atas Sabah itu pun ketika beliau masih menjadi Raja di Sulu Filipina itu. Namun sekarang tidak begitu, beliau hanya cicit bekas Raja Sulu sahaja, nah! Mungkinkah tindakan itu akan memberikan kebaikan dan peluang kepada Sultan Sulu itu. Sekiranya benar-benar beliaulah yang hendak melakukan pencerobohan sudah tentu dalam keadaan yang mempunyai kuasa kerajaan mutlak bukannya dalam keadaan dia tidak punya Negara bahkan sekalipun kerajaan yang sah. Dengan begitu mudah beliau akan ditangkap ke pengadilan antarabangsa. Bahkan beliau pasti akan berfikir 3-4 kali dulu sebelum melakukan pencerobohan ini.
Namun kenapa kerajaan Malaysia tidak mengambil tindakan dengan begitu mudah terhadap Sultan Sulu sebaliknya dengan menghantar kerahan anggota polis untuk melakukan tindakan melawan secara semberono tanpa berjumpa dengan Sultan Sulu tersebut yang mana beliau masih dalam suaka kerajaan Malaysia? Kenapa? Kenapa? Kenapa?!! Kebanyakan mereka memegang MyKad Malaysia dan passpot Filipina yang tamat tempoh....?
Pelik dan ajaib sekali. Bahang pilihanraya yang semakin hampir dan tambahan pula ditangguh-tangguh dengan sengaja seolah-olah politik dimainkan secara licik sekali untuk terus kekal berkuasa. Tidak takutkan Allah Yang Maha Kuasa. Tidak ingatkan kepada Allah langsung, Yang Maha Kuasa dan Kekal kerajaan hanyalah Allah!
Saya merasakan ini adalah satu komplot pemerintah Parti UMNO untuk melenyapkan semangat rakyat yang berkobar-kobar ingin meranapkan kerajaan BN-UMNO dari pemerintahan Malaysia yang dirahmati Allah ini. Sebagaimana desas-desus pertama dari ketua pembangkang bahawa ada satu komplot di antara PM Najib dan Panglima-panglima angkatan bersenjata serta Polis Di Raja untuk membuat pakatan huru-hara ketika PAKATAN RAKYAT hampir menang dalam pilihanraya PRU13 ini.
Setelah lama diperhatikan bahawa adakah desas-desus ini benar-benar sahih. Maka ketika ini ia telah pun menjadi kenyataan. Rupanya sebelum berlaku pilihanraya dan bukannya selepas pilihanraya. Kerana pelan pertamanya ialah jika sudah menang PAKATAN RAKYAT bererti apa saja usaha BN-UMNO untuk mengalih perhatian rakyat akan menjadi hambar serta meleset. Oleh itu ia memilih sebelum PRU13 berlangsung bagi memastikan survival parti talibarut penjajah ini, BN-UMNO, agar terus di atas.
Jadi, sebagaimana penjelasan pihak PAKATAN RAKYAT bahawa perkara ini adalah sandiwara adalah tidak mustahil. Memang sandiwara dimainkan secara tiba-tiba dan tanpa ada apa-apa sebab. Dari manalah pula agaknya Sultan Sulu dikatakan bersekongkol dengan PARTI PEMBANGKANG PAKATAN RAKYAT untuk mengambil-alih Sabah sedangkan pilihanraya belum diharungi. Tidak pernah PAKATAN RAKYAT mendahului apa-apa tindakan seperti itu untuk mengambil alih Sabah kerana PR tidak punya kuasa dalaman seperti BN-UMNO.
UMNO seolah-olah yang amat dimalukan oleh rakyat Malaysia seluruhnya. Tidak sanggup menerima kenyataan bahawa ia tidak punya harga diri lagi. Tidak mahu menunjukkan mukanya yang sebenar, penuh haloba dan tidak punya akal yang waras dalam bertindak. Selalu di luar batasan dan kemanusiaan. Walaupun punya harta dan wang bertimbun hanyalah untuk kesenangan perut masing-masing dari kesekian menteri-menteri serta kroni-kroni. KEAIBAN umno SELAMA INI IALAH menerima penjajah barat berkiblatkan paksi YAHUDI dan Zionis untuk menjadi pemerintah. Bukan atas landasan keikhlasan bersepadu dengan keimanan untuk memerintah tanahair. Tetapi kerana berencana untuk menjadi talibarut barat sebagai penghapus budaya bangsa Melayu yang Islami. Bersekongkol dengan barat untuk jangka masa lama bagi meranapkan kehidupan Islami sebagaimana terkandung dalam perjanjian Zionis Freemason. “Untuk menjadikan pemimpin setiap Negara di dunia sebagai boneka Pemerintah Tersembunyi.”
Oleh itu, tidak hairanlah pemerintah kita dan seluruh pemerintah yang meraikan SISTEM SEKULAR berlumba-lumba bersatu seluruh dunia untuk mendapatkan kuasa pemerintahan. Sistem yang satu itulah menjadi agenda untuk ‘pemerintah tersembunyi’ berkuasa kelak.
Semoga ALLAH lindungi kita ummat muslimin yang beriman benar-benar dan beramal soleh serta jauh dari taksub kepada pemerintah dangkal yang dungu itu dari malapetaka kemurkaanNya yang amat dahsyat nanti. Seraya memberikan kita kemenangan yang telah dijanjikanNya sejak dahulu lagi. Rasulullah SAW dan syariatnya.


0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.