world counts on you
Menurut setengah pengkaji yang
berminat terhadap ketamadunan tua di atas Himalaya tersebut membuktikan bahawa
memang wujud atau pernah wujud satu bangsa yang tinggal di sana, bangsa yang
telah hilang atau misteri. Ada setengah pula menjadikan ia satu dongeng yang
mengatakan ada Bandar Ajaib atau Ghaib yang dapat menghilangkan diri serta
bandarnya supaya tidak dilihat oleh manusia luar. Di samping ada gangguan
radioaktif dan gelombang yang menghalang laluan orang ke kawasan tersebut.
Setengahnya menceritakan kisah terdapat sebuah istana dan bandar yang
menzahirkan diri dan kemudian hilang. Ada yang terserempak tetapi selepas itu
pengsan, selepas dijumpai ia menceritakan tentang orang yang dilihatnya
berpakaian canggih serta membawa senjata yang mengeluarkan api yakni laser. Kawasan
tersebut dipenuhi salji dan terlalu sejuk. Wallahua’lam.
Ketika terbaca di dalam buku-buku
rujukan tentang Nabi Ibrahim dan desas-desus yang mengatakan kita orang Melayu
keturunan Nabi Ibrahim saya pun merasa bangga. Ketika umur saya 7 tahun ibu
saya pernah menyebut kita keturunan Nabi Ibrahim, wah…memang bangga betul,
kembang lubang hidung rasanya. Cuma betulkah kita ini keturunan nabi. Kita
berada di Asia, Tenggara pulak itu. Di tengah-tengah hutan belantara. Macam
mana pertalian kita dengan orang Arab sana? Sedangkan Nabi Ibrahim itu mirip
Arab jugalah. Babylonia. Ish! Sungguh tak percaya.
Namun dalam bacaan baru-baru ini
iaitu pada tahun 2001, buku yang tidak menonjol tapi ada peminatnya. Saya ada
terbaca perkara ini. Ketika di U pun saya ada bercerita perkara ini pada
kawan-kawan. Ada yang mengangguk tanda faham dan tak kurang juga ada yang
memperlekehkan butiran ini. Saya mengatakan bahawa kita bukan orang asli di
Tanahair ini. Kita adalah pendatang yang baru beribu-ribu tahun lalu,
sebelumnya sudah ada orang asli. Mereka tidak menempati sesuatu tempat secara
sah. Berpindah randah atau nomad. Orang-orang Melayu yang tiba di sini pula
mempunyai tabiat menempati dan membina tamadun pada sesuatu tempat. Apatah lagi
beraja dan berkerajaan. Maka kita menguasai tanah ini dan sumbernya. Kita
membuka tanah dan mewarisinya ke anak cucu, atau menjual pada orang-orang
sendiri. Melayu berpindah dan melebarkan sayapnya ke pelusuk nusantara.
Sehingga hampir ke Australia namun berhenti dan tidak meneruskannya. Akhirnya
Melayu hanya sampai di pulau yang kini dikenali sebagai Jawa sahaja.
Melayu berasal dari Jawi. Atau
bangsa Jawi. Jawi berasal dari Bangsa Turki, dari isteri Nabi Ibrahim yang
bernama Qanturah. Perkataan Melayu muncul dari perkataan Malaya bererti
pengembara. Menurut setengah pendapat pula Malaya ialah tanah tinggi. Tetapi
yang masyhurnya ialah Malaya diambil dari kata bangsa Turki tua bererti pengembara.
Bangsa Jawi atau orang Melayu adalah bangsa yang hebat mengembara di darat dan
di laut. Sebab itulah digelar tanah ini Nusantara atau diambil dari kata ‘Nusa
Antara Air’ lalu diringkaskan. Kerajaan pertama berpusat di Champa. Orang
Melayu Champa menguasai sepenuhnya kedudukan semenanjung Tanah Melayu serta
perairannya hingga ke Selat Melaka dan Sailan. Merekalah juga sehingga kini
menggelarkan diri sebagai orang Jawi. Begitu juga Pattani dan Kelantan.
<><><> </></></></></></></></></></></></></></>
Kedudukan Harran antara Euphrates dan Mesopotamia. |
Orang Melayu dikatakan bukan dari
China menurut penemuan saya yang terbaru dan juga bukan India tetapi dari Bangsa
Turki. Kerana menurut pendapat ulama tawarikh Arab yang mengatakan ibu orang
Melayu ialah Qanturah. Qanturah ialah perempuan bangsa Turki. Ia adalah nama
seorang puteri raja Harran, iaitu sebahagian dari wilayah jajahan Babylonia,
tempat asal Nabi Ibrahim. Tetapi Al-Quran hanya menceritakan 2 orang sahaja isteri
baginda yang dapat menjadi teladan yang besar sepanjang zaman iaitu Sarah dan
Hajar. Sedangkan ada riwayat dari ulama tertentu seperti Ibn Kathir dan Ibn
Athir menyatakan isteri baginda lebih dari dua orang. Ini menepati keadaan
baginda yang mengembara untuk menyebarkan dakwah itu. Jawi ialah anak yang
lahir dari perkahwinan puteri Qanturah dan Nabi Ibrahim. Cuma ketika itu Nabi
Ibrahim wajib berdakwah dan menyebarkan agama Hanif. Jadi terpaksa meninggalkan
isterinya. Puteri tidak boleh meninggalkan istananya. Puteri Qanturah juga
mewarisi agama tersebut kerana sudah pasti ia memeluk agama suaminya. Agama
Hanif ialah agama yang mengajarkan budi bahasa, budi pekerti mulia, adab dan
sopan santun, menghormati orang tua, menghormati tetamu dan bergotong royong sebagai
satu ukhwah. Sebab itulah, kita orang Melayu mempunyai ciri-ciri tradisi
tersebut sebelum kedatangan Islam ke Nusantara lagi. Oleh kerana itulah orang Melayu
atau orang Jawi senang memeluk agama Islam kerana ajaran Islam dan tradisi
Melayu (yang berteraskan warisan ajaran Hanif) mempunyai persamaan. Justeru
akhlak para pendakwahnya juga menarik hati penduduk Melayu ini. Jawi
diperintahkan oleh baginda untuk mengambil penempatan di bahagian Tenggara Asia
ini. Boleh jadi ia atas perintah Allah yang banyak hikmahnya suatu masa nanti.
Wallahua’lam.
Ketika meninggalkan wilayah
Harran di Turki Timur (bukan Turki yang difahami kebanyakan orang sekarang)
atau wilayah jajahan Babylonia tersebut. Orang Jawi ini perlu melintasi
berbagai laluan sukar dan perlu menempati sesuatu tempat selama beberapa masa
tertentu sebelum meneruskan perjalanan ke tujuan yang sebenar dan terakhir itu.
Bangsa Jawi yang mewarisi kecekalan bapa mereka mengembara dan mendakwah tetap
cekal dan hebat. Mereka menjaga maruah sebagai bangsa Jawi yang mulia keturunan
Nabi Ibrahim a.s. Setiap tempat yang disinggahi, orang-orang akan mengenali
mereka sebagai bangsa mulia dan hebat warisan Nabi Ibrahim a.s. sehingga ada
yang memanggil mereka sebagai keturunan Brahma atau merujuk kepada Nabi Ibrahim.
Ia adalah kasta tertinggi dalam agama Hindu kini di India. Ini kerana orang
Jawi atau keturunan Nabi Ibrahim ini pernah tinggal di sekitar mereka. Secara mudahnya bangsa Brahma ini mendapat
kedudukan tinggi di India dahulu kala. Kawasan utama bangsa Jawi atau Brahma
ini ialah pergunungan Hi-Malaya. Ia bererti banjaran Malaya. Merujuk kepada
erti Pengembara. Iaitu banjaran tempat tinggal orang Pengembara. Kini dikenali
oleh kita sebagai Melayu. Jadi tepatnya ialah banjaran tersebut pernah menjadi
tempat ketamadunan tua yang terbina atas titik peluh nenek moyang kita, bangsa
Jawi. Mereka kenali sebagai Brahma atau keturunan Nabi Ibrahim. Wallahua’lam.
Lakaran penduduk Harran abad 12M. Perhatikan bentuk atap bentuk kubah. |
Gadis Bangsa Turki Timur
|
Jika dilihat dari segi rupa orang
Melayu atau orang Jawi ini mempunyai iras mirip orang Turki Timur. Secara
umumnya terletak di wilayah timur Turki atau dahulunya Harran. Saya pernah
terserempak dengan gadis dari Turki yang berasal dari sebelah timur ini. Saya
mendapati ia iras gadis Melayu kita, begitu juga wajah lelakinya iras lelaki
kita dan mempunyai ciri-ciri kecinaan sedikit dan kearaban sedikit. Mirip orang
Melayu. Cuma mereka lebih cantik. Kulit ada yang putih kuning dan sawo matang.
Bukan seperti Turki Barat yang mirip Eropah kerana mereka itu didatangkan dari
Ukraina dan Armenia ketika pemerintahan khilafah Othmaniyah. Mereka dijadikan
tawanan dan hamba selepas kalah perang. Oleh sebab itu, lahirlah kacukan mirip
Eropah. Sultan Murad 2 mirip Melayu dan berkulit sawo matang tetapi anaknya
Sultan Muhammad El-Fatih ibunya adalah hamba sahaya dari Armenia, jadi wajahnya
mirip Parsi.
Gadis Bangsa Turki Timur 2
|
Ketika orang-orang Arab datang
berdakwah ke Tanah Melayu mereka menggelarkan orang Melayu ini sebagai Bani
Jawi. Kerana pendakwah-pendakwah sudah sedia mengkaji akan kedatangan bangsa
ini ke Tenggara Asia ini berteraskan kitab-kitab riwayat dan ulama-ulama soleh
dahulu kala. Dari segi iras wajah dan budaya orang Melayu maka jelaslah
perkaitan tersebut. Di sini boleh dikatakan bahawa pendakwah-pendakwah tersebut
adalah orang yang terlebih dahulu menemui dan mengkaji tentang Bani Jawi atau
Melayu ini berdasarkan perkaitan antara Nabi Ibrahim dan keturunannya dari
Puteri Qanturah itu. Rahsia ini sudah mula dibongkarkan oleh ulama mubaligh
Islam Arab dan mereka menulis kitab meriwayatkan kebenaran ini sejak lama dulu.
Lantas dibuktikan dengan penemuan. Mereka menawarkan agama Islam dan
menyebarkannya di seluruh pelusuk Nusantara. Orang Melayulah yang seratus
peratus beragama Islam dan dikenali Melayu itu Islam serta Islam itu Melayu.
Islam Melayulah dia, Melayu Islamlah dia.
Penempatan Harran kini di Turki |
Jangan kita lalaikan jatidiri ini. Hilang jatidiri kita maka terabailah kita. Hilang maruah kita dan tergadai kemuliaan keturunan kita. Jagalah keturunan kita. Jaga agama kita. Warisan kita sepanjang zaman. Lelah keringat nenek moyang kita mempertahankan bumi serta tanahair. Mempertahankan budaya dan ajaran adat mulia. Turun temurun sejak zaman Nabi Ibrahim. Wallahua’lam.
Kenapa orang-orang yang buta
sejarah dan yang MEMBUTAKANNYA sibuk mengakui tentang KETUANAN MELAYU?
Sedangkan merekalah yang membantu memalsukan sejarah. Sumbangan mereka
amat-amatlah diakui. Menghunuskan keris sambil melaungkan slogan “Hidup
Melayu!”, konon-kononnya. Sementara itu konco-konco mereka mula menaburkan
benih perpecahan dan membantutkan usaha menjayakan kemandirian Melayu di
Tanahair ini. Mereka menyekat perpaduan kaum dengan putar-belit isu demi
kemenangan politik murahan mereka. Membantu menghapuskan jatidiri Melayu
melalui anak-anak muda dengan membudayakan sosial murahan mereka. Menghapuskan
kewibawaan bahasa Melayu yang kononnya mereka perjuangkan. Hancur sedikit demi
sedikit. Tulisan Jawi ditukarkan dengan rumi. Menjatuhkan martabat Melayu
dengan slogan “Melayu mudah lupa”. Melemahkan Melayu dengan kebergantungan
hidup pada golongan elit pemerintah semata-mata selama mana mempergunakan
mereka ketika mengundi tatkala memberi bantuan sementara bersifat jangka
pendek. Mereka-mereka ini adalah golongan elit pemerintah yang bertunjangkan
syaitan dan penyembahan berhala kebendaan sahaja. Wal iyazubillah.
Jikalau
dilihat, adat menghormati tetamu ini masih kuat dan hebat dalam diri orang Jawi
khususnya Kelantan dan Pattani. Itulah amalan sejak dari Nabi Ibrahim dan ajaran
agama Hanif
Seterusnya rujuk untuk membaca sendiri sebagai penambahan :
2 comments:
Ade word2 misalnya
ulama2 tertentu, riwayat2 ulama, kitab2 ulama,
Boleh x senaraikan nama dan riwayat serta kitabnya?
At least orang x meragukan kebenaran sbb mereka akan turut berkata "Aku pun boleh cakap, sesetengah ulama kata ni... ada kitab yang ditulis kata tu..."
bantuan sedara/tuan amat2 diharapkan. terima kasih ^^
Tolonglah baca buku "Asal-usul Melayu: Induknya di Benua Sunda" oleh Zaharah Sulaiman (https://mazlizaothman.wordpress.com/2018/10/21/asal-usul-melayu-induknya-di-benua-sunda-jilid-1/).
Catat Ulasan
Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.