Keturunan Nabi dan Israel.

world counts on you




Abehe sedang berbual-bual tentang Israel dan keturunan dari Nabi Yaakub a.s. Kemudian Pak The menyampuk katanya, buat apa susah-susah pasal Israel kerana mereka itu keturunan nabi-nabi. Terus-terang di kala itu Abehe memang tidak bersetuju tentang Israel menyerang orang Islam Gaza tanpa usul-periksa. Lagi pun mereka mengambil dengan tanpa izin. Walau bagaimanapun mereka mendakwa mereka keturunan nabi. Tidak semestinya mereka akan terselamat dari neraka. Bukankah orang yang kufur dan kafir secara otomatisnya wajib ke atas mereka Neraka, waliyazubillah. “AH, sudahlah!” kata Pak The. Bukan begitu, Abehe tahu Pak The hanyalah orang tua yang sudah lama lupa perkara begini dan tidak belajar perkara begini. Lagipun orang-orang UMNO manalah tahu perkara begini, mereka cuma tahu main politik saja.

Balas pula Cikgu Azaman. “Israel la jahat, bunuh orang banyak. Mana pulak tahu dia masuk syurga?”

Walau merelakan entiti Yahudi di bumi Palestin agaknya sebagai penjajah tetap menjadi dosa bagi kita. Hanya orang Islam…dan agama Islam sajalah yang diredhoi Allah di muka bumi ini.

Asal-usul perkataan Israel itu termaktub di dalam Al-Quran surah Maryam. Ia merujuk kepada Nabi Yaakub a.s. Jadi Bani Israel itu ialah keturunan Nabi Yaakub a.s. Bukanlah mereka yang dimuliakan oleh Allah bahkan Nabi Yaakub. Israel bererti ‘orang yang dimuliakan oleh ALLAH. ‘Isra’ dalam bahasa Ibrani/Hebrew bererti orang yang dimuliakan, sementara ‘el’ merujuk kepada Tuhan iaitu ALLAH. Itulah maknanya. Jadi Nabi Yaakub itulah yang mendapat gelaran itu dari ALLAH. Jikalau Israel Yahudi sekarang ini mengaku mereka dimuliakan oleh ALLAH itu semuanya adalah palsu. Dakwaan palsu. Sewenang-wenangnya mereka menjadikan ianya batu loncatan untuk memusuhi semua manusia di bumi ini dan melayakkan diri mereka sebagai penjarah muka bumi ini hanya untuk bangsa mereka sahaja. Sedangkan Firman Allah di dalam Al-quran bahawa orang mukmin itulah Pewaris Bumi ini.

Allah akan menolong dan sentiasa menolong hamba-hambanya yang soleh. Mertabat mereka dinaikkan oleh Allah. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh sentiasa diberikan kemenangan oleh Allah. Hanya permainan kuffur Barat sahaja yang memutarbelitkan fikiran muslimin di dunia kononnya kebaikan akan lemah dan kalah. Sungguh licik motivasi kuffur itu.

Di dalam Ibrani bahawa kalimah Elohim atau el, Arab menyebut Ilah atau Rabb. Setengah riwayat menyatakan hasil dari pemahaman Arab terhadap Ilah-ul-Ilah (atau Tuhan Segala Tuhan) maka ringkasnya Allah.

Ketika ramai orang baru sedar bahawa Israel dan Yahudi selama ini jahat, banyak ceramah-ceramah berkaitan telah diadakan di masjid mahupun ceramah bebas. Ketika kapal Mavi Marmara milik Turki yang menghantar bekalan makanan dan ubatan ke Gaza dibedil dan diserang menyebabkan beberapa orang penting dalam misi tersebut terkorban. Sedangkan selama ini mereka tidak sedar dan ini mustahil. Sungguh kejahilan mereka menutup mereka selama ini dan berpeluk tubuh sehingga bersetuju dalam sesetengah perkara dan masih lagi ada yang jahil dan sanggup berkata mereka keturunan nabi-nabi dan boleh berbuat apa saja kebodohan mereka. Wallahualam.

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.