Akal II

Akal diciptakan oleh Allah. Kecerdasan minda dikaitkan dengan kecerdasan akal. Di mana ia bergantung pada tahap yang berbeza bagi setiap manusia. Kadangkala kita dapati si A lebih cerdas akalnya dari si B. Kemungkinan tahap keintelektualan pun berbeza kerana akal juga. Ada orang yang hebat bijak menyelesaikan sesuatu masalah, contohnya Matematik. Sehingga kanak-kanak yang berumur bawah 10 tahun pun dapat menyelesaikan masalah matematik yang rumit. Ini berkait rapat dengan istilah ‘tahap genius’. Kanak-kanak yang genius dapat melakukan sesuatu atau berfikir secara kreatif yang melebihi usia sebenar mereka. Akal berbeza tahap geniusnya. Ini menunjukkan tahap seseorang dengan seseorang yang lain boleh diukur dengan berdasarkan pada kegeniusan seseorang itu. Akal yang genius ini mungkin daripada warisan genetic atau dilatih oleh ibubapa semenjak bayi belum lahir, contohnya pengamalan makanan yang berkhasiat, seimbang dan terkandung nutrient tertentu. Ada juga yang mengamalkan amalan-amalan tertentu yang menyebabkan anak-anak yang masih berada dalam kandungan dapat warisi keadaan tersebut. Seperti membuat latihan matematik, menelaah bidang ilmiah dan menghafaz al-Quran sehingga ia dapat mempengaruhi tumbesaran dan minda janin. Ini dapat dilihat melalui kajian-kajian ilmiah sarjana-sarjana Muslim terdahulu yang lampau atau sarjana-sarjana barat moden (yang mengakuinya hasil kajian terkini) bahawa amalan ibubapa dapat mempengaruhi janin dan tingkahlakunya.



Ini juga bermakna bahawa Allah menjadikan akal itu mempunyai tahap perbezaan jasmani / lahiriah mengikut tahap pembinaan diri / syakhsiah manusia itu sendiri. Keluarga yang mempunyai ibubapa yang mengambil berat pendidikan agama khususnya Islam melahirkan anak yang soleh dan cerdas akal. Persekitaran tumbesaran bayi juga mempengaruhinya. Sebaliknya keluarga yang tinggal dalam persekitaran yang jahil dan tiada amalan agama akan meninggalkan kesan yang buruk pada bayi. Tumbesaran dan pembinaan syakhsiahnya juga akan melemahkan akal atau tahap kecerdasannya. Genius adalah berkait rapat dengan genetic atau ‘benihbaka’. Tahap genius akal boleh diwarisi tetapi iman tak dapat diwarisi. Sebijak manapun manusia harus juga kembali pada agama atau iman kepada Allah. Dialah yang Maha menciptakan. Itu semua adalah sedikit dari kebijaksanaan Allah jua.

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.