40 atau 2012?

world counts on you

Ulama warisan anbiya’ tapi bukan itu yang ingin dibincangkan. Menurut kepercayaan orang-orang Nasrani bahawa dari kitab mereka ada pengetahuan tentang ramalan satu tahun/zaman di mana tidak akan ada sukatan bagi masa samada hari/bulan/tahun. Makanya, setelah diselidiki tentang hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan suatu waktu tertentu di akhir zaman yang tidak dinyatakan samada hari/bulan/tahun seperti contohnya hadis akhir zaman – hanya dinyatakan bilangan 40 saja…Rasulullah pun berhenti setakat itu. Lalu para sahabat tertanya-tanya sendiri dan menambahkan kenyataan “aku tidak tahu samada 40 hari atau bulan atau tahun.”



Menurut kiraan dari ramalan kepercayaan Nasrani pula tahun atau zaman yang disebut-sebut itu ialah 2012M. di dalam al-Quran pula ada juzuk-juzuk dan surah-surah tertentu berkenaan akhir zaman yang ada angka bilangan yang apabila dicampur atau ditolak akan memberikan jumlah yang menakjubkan para pengkaji. Salah satunya ialah jumlah 2012 yang merujuk sebagai kiraan tahun. Menurut para pengkaji ini pula bahawa bermula dari 2012M akan luput atau berakhirlah era penggunaan sukatan bagi masa. Tidak kira detik, saat, minit, jam, hari bulan atau tahun. Apatah lagi dekad, dasawarsa atau kurun. Maka tentulah tidak dapat dikira atau dipastikan ketika mana berlaku sesuatu kejadian lagi. Hanya secara umum sahaja dengan kiraan atau bilangan angka contohnya 40. Sekiranya dajjal memerintah selama 40 atau nabi isa dan imam mahdi memerintah selama 40 maka begitulah secara umumnya dicatat. Tidak pasti hari, bulan, tahun atau kurun sementelah pula minit, saat dan jam tidak lagi digunakan. Wallahua’lam.
Menurut kajian ini lagi (mengikut kepercayaan ahli kitab) orang-orang yang memerintah bumi waktu itu dikenali dengan istilah Indigo dan Kristal. Maka golongan Indigo dan Kristal inilah kebanyakannya wujud sebagai golongan spiritual. Spiritual atau kerohanian adalah sebahagian dari pengajaran agama. Agama yang kuat menekankan aspek spiritual atau kerohanian dalam hidup serta menjadikannya satu cara hidup ialah syariat Islam. Pada pendapat penulis, golongan agama yang memerintah bumi ketika itu boleh diertikan sebagai menerapkan unsur-unsur Islam dalam setiap tingkah laku dan bidang kehidupan. Samada sosio-budaya, ekonomi, politik, pendidikan dan ketuhanan. Maka ketika itulah golongan ini mendapat pertolongan dari Allah atau bantuan dari langit.



(Menurut kepercayaan ahli kitab) Mereka ini digelar Kristal kerana mempunyai tahap tertinggi jasmani dan rohani, manakala Indigo pula ialah orang yang mempunyai keistimewaan tingkahlaku yang menakjubkan sebagai permulaan Kristal. Mereka saling membantu dan membangunkan akidah kepada Allah. Walau pun mereka digelar dalam istilah Islam sebagai “karamah” tetapi bukan itu tujuan mereka. Bukanlah tujuan mereka untuk memerintah dengan menggunakan karamah itu, tetapi ia diberikan oleh Allah sebagai kelebihan orang bertaqwa. Mereka memerintah dengan izin Allah jua. Allah mengangkat darjat orang-orang yang bertaqwa dengan memberikan mereka kepimpinan. Bukankah firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud, “Sesungguhnya bumi itu diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh”. Para nabi ialah contoh pemimpin yang bertaqwa. Sedarkah kita Allah mengangkat para nabiNya sebagai raja dan pemimpin? Contohnya nabi Adam, Yusuf, Daud, Sulaiman, ZulQarnain, Samson dan Nabi Muhamad s.a.w. Ramai lagi contoh lain tidak dinyatakan di sini.

 
Janganlah kerana dakyah kufur (Yahudi dan Nasrani) untuk merancang penyesatan umat manusia secara besar-besaran maka kita terlupa bahawa ajaran Islam telah cukup lengkap segalanya tanpa pertikai lagi. Sesungguhnya mereka itu musuh-musuh Allah dan agama Islam selagi mereka tidak melihat orang-orang Islam mengikut mereka sehingga ke lubang biawak pasti mereka tidak akan senang. Sekian. Wallahua’lam.

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.