Akal Tidak Cukup




Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga. Cukup untuk menginsafkan. Tidak perlu panjang lebar sekiranya penyampaian itu padat maksud. Hanya sebaris sudah cukup. Kata-kata yang berhikmah dan mengandungi kejujuran. Lalu setelah tersedar dari lamunan itu, ya, yang selama ini menggunakan hanya munasabah akal semata. Memang selama ini hanya berhujah untuk menundukkan lawan dengan munasabah akal, ia pun untuk kebaikan juga. Mungkin ia tidak selamanya munasabah. Allah menurunkan wahyu yang tidak tergapai dek akal manusia. Kebenarannya, maksudnya dan ketinggian ilmunya melampaui fikiran insani. Sah, selama ini terlupa bahawa hujah dengan wahyu perlu jua. Tak selamanya semua perkara berakhir dengan lojik. Ada perkara yang tidak perlu lojik tetapi ia berlaku juga. lojik yang menurut Barat hanya berpaksikan akal manusia yang terhad ini. Ia tidak membawa kepada apa-apa kejayaan dunia-akhirat. Ada beberapa perkara yang tak boleh difikirkan dengan lojik kerana ianya berlaku tanpa dapat difikirkan, terima sahaja. Ia memang berlaku. Akal yang terhad tidak dapat memikirkannya. Hanya Allah yang maha mengetahuinya. Manusia hanya merancang namun Allah yang menentukan. Jika dikehendaki olehNya nescaya ia berlaku walau bukan dengan tangan manusia. Kita hanya pengguna apa yang telah tersedia di dunia. Semuanya kepunyaan Allah sejak awal lagi. Kita dilahirkan di dunia untuk memakmurkannya sahaja dan bukan menjadikannya hak milik peribadi. Apa yang diperintahkan kepada kita agar menginfaknya ke jalan Allah maka itulah ditaati.


Sekiranya kita dapat melampaui ilmu Allah sudah tentu kita tak perlu kepada Tuhan tetapi sebaliknya kita adalah manusia yang zalim dan jahil. Hanya selepas kita diberitahu (itu pun setengah darinya) kita pun baru tahu. Kita telah pun mendabik dada. Ilmu kita tidak juga dapat melampaui yang ghaib. Allah yang memberikan ilmu itu melalui rasulnya jua.

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.