Orang Jawi di tanah asli.

world counts on you

Adapun ketika orang-orang Jawi membuka tanah di sekitar Asia tenggara ini.
Penduduk asli sekitarnya tidak menguasai atau menempati tanah-tanah itu. Mereka berpindah randah dan berserah pada nasib. Apabila orang-orang Jawi menempati tanah-tanah datar dan subur serta membuka penempatan sehingga menjadi besar. Muncullah perkampungan-perkampungan dan sawah-sawah diusahakan seluas-luasnya. Setelah orang-orang asli kembali melalui jalan tersebut mereka mendapati tanah-tanah yang dulu telah diteroka oleh orang-orang Jawi. Ada di antara mereka yang berkahwin dengan orang asli dan mendapat tanah-tanah lain. Akhirnya orang-orang asli berpindah ke tempat yang lebih dalam ke pedalaman. Begitulah akhirnya semakin lama semakin membesar masyarakat Jawi dan beransur kuranglah orang asli di sekitarnya. Ini berlaku bukan saja di semenanjung bahkan juga di pulau-pulau Sumatera, Jawa dan Borneo.
Suku-suku orang asli ini ada berbagai. Ada yang berasal dari bangsa nomad china dan ada yang berasal dari nomad india. Ini kerana mereka hidup secara berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sehingga ada yang mendiami pulau-pulau yang jauh di tengah lautan. Amalan mereka ini telah berjalan sejak lama dahulu lagi. Sehingga kini ada yang masih mengamalkan hidup nomad. Walaupun begitu bangsa-bangsa pendatang telah lama maju dan mendirikan penempatan yang lebih baik. Di Negara-negara Asia khususnya di Malaysia bangsa nomad ini atau orang asli ini lebih senang berada di hutan belantara dan hidup berpindah-randah lagi. Mungkin di negara lain kehidupan bangsa nomad sudah berkurangan dan tidak lagi mengamalkan cara hidup nenek moyang mereka.
Malaysia mempunyai hutan dara yang masih luas belum diterokai. Bahkan ia menjadi kawasan perlindungan untuk flora dan fauna yang berbagai jenis. Mungkin pembalakan dan penerokaan hutan untuk tujuan menebang balak berleluasa oleh pihak syarikat yang mementingkan keuntungan daripada melihat keindahan semulajadi atau pemuliharaannya. Ini kerana pihak kerajaan ada juga menawarkan kegiatan pembalakan dan ada juga yang terlepas pandang kerana ingin mengaut keuntungan sementara itu.
Setelah melihat kepada sejarah kedatangan orang Melayu ke semenanjung Tanah Melayu ini, kita tidak boleh memandang sepi kepentingan asal usul ini. Disebabkan kehidupan kita hampir sesat di persimpangan dan anak-anak muda sudah tidak mahu mengenali asal-usul mereka, ini akan menjadi suatu barah yang merbahaya untuk jangka masa panjang. Di mana mereka tidak akan punya jatidiri lagi. Mereka seterusnya akan memandang tinggi bangsa lain yang tidak mempunyai peradaban justeru meniru gaya hidup yang merosakkan keturunan mereka itu.
Ketika bangsa Jawi menduduki tanah di Jawa dan Sumatera, begitulah juga didapati bahawa sudah ada penduduk asli di sana. Mereka itu ada dalam pelbagai suku dan kaum. Bahasa mereka juga ada pelbagai. Mereka mendapati bahawa bangsa Jawi ini ialah suatu bangsa yang bertamadun dan terancang kehidupan mereka lebih hebat dari kehidupan asal orang asli setempat. Bangsa Jawi lebih cenderung mendirikan kerajaan beraja dan istana yang indah-indah, sementara orang asli pula lebih suka melantik ketua suku atau ketua kaum saja.
Dari situlah, kebanyakan mereka memandang tinggi bangsa Jawi dan mereka juga dipanggil orang Melayu. Namun demikian tidak kurang juga yang irihati dan tidak senang dengan kedatangan orang Melayu. Kebanyakan penduduk asli hanya layak menjadi kuli atau hamba sahaya saja. Ada juga yang berkhidmat menjadi tentera kepada raja-raja kerajaan Melayu. Kerajaan Melayu pertama di Indo-China, Champa, Sumatera dan kemudian pula ke Jawa, di Sumatera ada kerajaan Sriwijaya dan di Jawa ada kerajaan Majapahit. Kini bangsa Indonesia semuanya dianggap samarata dan digelar bangsa Indonesia. Namun, bangsa asal yang masih menutur dalam bahasa Melayu didapati di ibunegara itu. Batavia atau Betawi. Orang Betawi ialah rumpun Melayu. Budayanya juga Melayu. Di Sumatera didapati orang Minado di Medan dan orang Acheh di Acheh. Mereka bercakap dalam pelat Melayu masing-masing. Itu cuma contoh terdekat saja mungkin pembaca lebih mengetahuinya.
Tidak dapat dinafikan bahawa telah berlaku percampuran darah hasil perkahwinan di antara penduduk pribumi dan bangsa Jawi. Bermakna boleh jadi orang Melayu ialah hasil perkahwinan orang Jawi dan orang asli tempatan. Mungkin tidak semuanya sekali. Namun ada antara Melayu berbuat begitu. Setelah berlaku percampuran dan mereka dengan senang mewarisi tanah-tanah milik pribumi. Atau boleh jadi perkara ini berlaku secara minimal dan bukan secara serius. Bukan pendapat penulis ingin menyatakan secara pasti perkara ini bahkan untuk menarik pembaca agar memberi buah fikiran. Samada benar atau tidak memang berlaku perkahwinan campur antara orang Jawi dan orang asli di tanah Asia ini sewaktu kedatangan orang Jawi.
Dengan kata lain baka atau genetik orang Melayu ini telah bercampur. Apabila bercampur maka ini berkaitan dengan faktor hormon. Hormon boleh menyebabkan kesan yang mendalam pada tingkah laku dan perasaan. Jadi tidak hairanlah juga bila orang Melayu bertingkah laku seperti orang asli dan mempunyai berbagai-bagai jenis tingkah laku yang mana tidak selari dengan sifat asal orang Melayu yakni bangsa Jawi. Boleh dikatakan ada orang Melayu yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Oleh kerana itu kita mungkin hairan dengan sifat dan perangai orang Melayu yang pelik-pelik walaupun adakalanya waras. Bukan itu saja kita akan melihat ada orang Melayu yang buat perangai. Adakah ini memang ada pada semua bangsa dan kaum di seluruh dunia? Atau mungkin ianya sesuatu yang biasa? Atau hanya berlaku pada orang Melayu saja? Wallahu’alam.
Jika diselidiki lebih jauh, bahawa orang Melayu berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dan Qanturah. Lalu melahirkan bangsa Jawi. Bangsa ini selaras dengan apa yang disebut dalam kitab Tafsir Ibnu Athir dan Ibn Kathir iaitu bangsa yang mewarisi agama Nabi Ibrahim atau agama Hanif dan membawa warisan budaya beradab sopan serta bertamadun. Maka kita tentu akan hairan jika tindakan setengah orang Melayu yang jauh dari adab dan budaya serta perangai keturunan yang baik tadi. Oleh kerana itulah dinyatakan di sini kemungkinan perangai orang Melayu ada kaitan dengan faktor perkahwinan campur yang setengahnya mempunyai baka dari berbagai etnik pribumi dan orang asli yang awal di Asia ini sebelum kedatangan bangsa Jawi lagi. Jika diperhatikan sejak dulu hingga kini kita akan mendapati bentuk wajah orang Melayu yang berbagai rupa dan bentuk mengikut asal keturunan mereka. Dari situlah kita boleh meneka dari mana asalnya. Ada yang bentuk seperti orang asli berhidung kemek. Ada yang berbentuk bujur sirih bagaikan wajah orang Parsi dan orang bangsa Turki. Ada yang berwajah orang India. Ada yang berwajah orang Cina. Yang bermulut tebal, nipis, memuncung dan sebagainya.
Penulis tidak mahu memberi kepastian. Terserah kepada pembaca untuk memberi komen dan pendapat lain yang lebih tepat. Jika ada sebarang komen maka diucapkan berjuta terima kasih.

Wallahua’lam.

1 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.