Pejuang Filem Islam: Mustapha Akkad - meninggal dunia.



world counts on you

Inilah akhirnya seorang yang bercita-cita besar dalam bidang perfileman bercorak Islam. Kelahiran Syria. Seorang yang berjuang dalam filem bagi mewarnakan Islam sebagai tatapan khalayak dunia. Siapakah yang pernah mengenali beliau selama ini? Tidak lain dan tidak bukan ialah mereka-mereka yang pernah menonton filem beliau berjumlah dua buah itu. Siapa yang tidak pernah menonton Lion Of The Desert - Omar Mukhtar? Siapa yang tidak pernah menonton filem The Message - Muhammad Rasulullah? Beliaulah yang mula memperkenalkan filem Islam ini secara berani di layar Hollywood. Ini kerana beliau dilahirkan dalam pemikiran filem Hoolywood sekitar tahun 60an. Siapakah beliau? Nama beliau tidak asing lagi bagi peminat setianya di Asia mahupun di Timur Tengah, Moustapha Bakri Al-Aqqad. Khususnya orang-orang Islam.

Tiada lagi seorang yang berani berhadapan dengan Hollywood bagi mencipta keislaman di tengah samudera perfileman yang dikuasai oleh Yahudi tersebut. Memang benar beliau pernah bekerjasama bagi membikin filem Hollywood yang berunsur komersial yang diarahkan beliau iaitu filem seram "Halloween", siapa tidak kenal? Di USA filem ini laris. Ramai peminatnya. Filem ini berjaya dan menjadi filem yang Box Office. Tetapi naluri seorang Islam di dalam diri beliau menjadikan itu semua hanyalah sebagai batu loncatan untuk lebih ke hadapan dalam menjadikan filem Islam suatu realiti. Meruntuhkan tembok antara Islam dan Hedonisma Barat! Ya, beliau berjaya mendapatkan kepercayaan barat Hollywood yang dikuasai Yahudi untuk menggembeling tenaga bagi filem beliau di Timur Tengah - kononnya! Tetapi dari itulah terhasilnya filem Omar Mukhtar - Lion Of The Desert! Kisah seorang pejuang tanahair, bangsa dan agama di Libya. Ia tidak kurang dengan kisah Tok Janggut di Malaysia, Mat Kilau, Datuk Bahaman atau Tok Limbong (Abdul Rahman Limbong di Terengganu). Ini semua menjadikan kisah teladan perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Ia dipaparkan kepada khalayak seluruh dunia hingga kini. Kenapa kita tidak? Ya, jawapannya kita tidak mendapat kepercayaan bertaraf antarabangsa atau Hollywood untuk menjayakannya. Walhal kala adapun filem yang bertaraf antarabangsa ianya hanyalah filem gimik atau komersial yang tiada isi pengajaran atau mengetengahkan semangat patriotik bangsa, agama atau tanahair. Bahkan hanyalah konsep suka-suka dan kosong belaka. Setakat menarik khalayak ke panggung dan mendapat jutaan ringgit! Amat menyedihkan mereka keluar panggung dengan komentar yang melankolik. Tiada pengajaran atau sekurang-kurangnya menambahkan sedikit kesedaran dalam jiwa.

Akhirnya Moustafa Bakri Al-Aqqad mati dibom sebelum tercapai cita-cita untuk mengetengahkan sastera perfileman beliau yang dua buah lagi iaitu The Andalus dan Solahuddin Al-Ayyubi. Ketika itu beliau menaiki kereta bersama anak perempuannya untuk ke suatu tujuan. Pada tanggal 11 Disember 2005. Mungkin beliau terbunuh adalah kerana dibunuh atau kemalangan. Kedua-duanya adalah mungkin.

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun!

Ini kerana ketika beliau sedang dalam pembikinan filem The Message-Muhammad rasulullah di Arab Saudi. Baginda Raja Saudi telah memanggil beliau dan memberi amaran agar tidak meneruskan penggambaran tersebut dengan alasan ianya menghina Islam dan membahayakan Islam - kononnya! Sedangkan beliau sudah di pertengahan untuk menyelesaikan adegan terakhir. Akhirnya beliau akur kerana beliau sudah tahu duduk perkaranya. Segala krew dan perkakasan adalah dari Hollywood yang sepenuhnya milik Yahudi. Yahudi memusuhi Islam! Tetapi Allah masih memanjangkan usia filem tersebut. Oleh kerana itu, ditakdirkan Allah pemimpin Libya Mouammar Gazzafi menayakan tentang hasil penggambaran beliau, ternyata sedutan filem yang ditayangkan kepada pemimpin tersebut amat mengejutkannya. "Kenapa tidak diteruskan penggambaran?" tanya Mouammar Gazzafi. Alasan yang diberikan ternyata memberikan keinsafan bagi pemimpin itu. "Teruskan! Ambil sebahagian tempat di Libya untuk menyelesaikan pembikinan The Message-Muhammad Rasulullah ini." perintahnya. Alhamdulillah akhirnya filem yang memakan masa selama 3 jam itu pun berhasil dilaksanakan. Terhasillah tontonan khalayak Islam seluruh dunia yang memberansangkan dan di luar dugaan. Penerimaan hangat!

Pemergiannya sukar dicari ganti. Keberaniannya sukar ditandingi. Kejayaannya meraih kepercayaan syarikat terbesar Yahudi itu memang payah ditiru untuk menghasilkan filem Islam. Siapakah lagi bakal digantikan oleh Allah? Perjuangan mengetengahkan tentang kebenaran Islam kepada Visual khalayak dunia adalah suatu usaha yang bukan calang-calang. Ia suatu kewajiban bagi beliau. Selamat tinggal Moustafa Bakri Al-Aqqad! Semoga Rohmu digolongkan bersama orang yang mati syahid. Ameen.

1 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.