Negara Islam

world counts on you

Orang-orang kafir itu melihat kepada kekuatan, apabila melihat orang-orang yang kuat mereka menyokongnya untuk menghancurkan yang lemah. Sedangkan orang-orang Islam menolong yang lemah untuk membantu menghancurkan orang-orang yang kuat.
Orang Islam mesti kuat, kerana sesungguhnya ada hadis nabi menyatakan “Orang Islam yang kuat itu lebih afdal di sisi Allah daripada orang Islam yang lemah.” Kekuatan dari segi jasmani juga adalah penting. Ia perlu bagi memperjuangkan kalimah Allah di muka bumi. Apabila tiada orang yang berdaya untuk melakukannya maka ia adalah fardu kifayah. Kekuatan ilmu dan akal juga perlu kerana ia adalah suatu anugerah Allah yang dipergunakan untuk memakmurkan muka bumi Allah dengan selamat dan sentosa. Kekuatan yang ada pada orang mukmin akan membawa kepada keamanan dan keimanan kepada Allah sedangkan bagi orang-orang kafir akan membawa kepada kekufuran. Wallahu a’lam.

Negara Islam.

Negara adalah sebuah penempatan yang diperlukan oleh warganya. Tanpa Negara di manakah kita akan menetap. Negara Malaysia adalah asas dari nama asal penduduknya Melayu. Cuma berbilang bangsa itu adalah lumrah sesebuah Negara, begitu juga Negara Malaysia yang penduduknya adalah memang pasti Melayu juga mempunyai bangsa-bangsa lain yang menumpang di dalamnya secara tidak sengaja. Ini berlaku di Negara lain juga, di Negara Afrika, Arab dan Eropah. Namun mereka tidak digelar Negara bangsa-bangsa yang tinggal di dalamnya. Contohnya, England mempunyai penduduk berbangsa Arab, Melayu, Afrika, India dan Asia tetapi tidak digelar Negara Arab, Melayu, Cina, India atau Afrika. Bukan?

Islam adalah satu-satunya agama yang dianugerahkan Negara oleh Allah kepada rasulnya Muhammad S.A.W dan penganutnya. Negara Madinah, diisytiharkan oleh Rasulullah SAW sebagai Negara Islam. Syariat Islam dikembangkan melaluinya dalam segala segi kehidupan mengikut ajaran Islam dan iman dikuatkan di dalamnya. Melalui Negara Islam Madinah tersebarnya agama islam dan iman ke segenap pelusuk bumi, dengan menyebut nama Allah. Hancurnya kezaliman raja-raja, kesombongan dan keangkuhan penganut-penganut agama lain terhadap orang-orang yang beriman dengan Tauhid, yakni mengEsakan Tuhan. Selama ini mereka ditindas di seluruh dunia oleh orang-orang yang menyembah selain dari Allah

Cintakan Negara adalah sebahagian dari iman. Ini bermakna Islam tidak mengabaikan Negara. Mempertahankan tanahair dari musuh-musuh adalah jihad. Mempertahankan Negara Islam dari dicerobohi adalah satu suruhan Allah. Mempertahankan kesucian agama islam, syariatnya dan iman adalah satu kewajipan umat islam yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasulnya.

Jikalau benar kita tidak disuruh untuk mempertahankan Negara Islam tidak mungkin wujudnya suruhan Allah dan Rasulnya "Cintakan Negara adalah sebahagian dari iman." Rasulullah dan penganut Islam di Madinah telah mempertahankan Islam dan Negara itu dari pencerobohan, serangan puak-puak kafir Quraisy dan pembelotan kaum yahudi Madinah dan kaum munafik sendiri.

Berbeza dengan agama-agama lain di dunia yang tidak wujud Negara untuk mereka. Agama yahudi contohnya tidak punya Negara. Apabila Allah memerintahkan Nabi Musa alaihissalam agar memimpin orang-orang yahudi yang beriman untuk memasuki Palestin dan memerangi kaum yang zalim di dalamnya, kenapa mereka menolaknya? Mereka enggan menerima suruhan Allah dan perintah Allah agar berjihad demi mewujudkan Negara untuk orang-orang beriman kepada Allah dan rasulnya.

Kita lihat pula agama lain seperti Kristian yang tidak punya Negara untuk menegakkan agama mereka ketika zaman Nabi Allah Isa dan selepas diangkatnya Rasul Allah itu ke langit. Penganut-penganutnya dihalau, diburu, dipulau dan dibunuh. Mereka melata di berbagai-bagai Negara. Agama Buddha tidak punya Negara sendiri untuk penganutnya. Begitu juga agama Hindu. Ini diakui sendiri oleh agama-agama tersebut. Ia termaktub dalam kitab Hindu dan Buddha sendiri tentang perkara ini bahawa mereka tidak dijanjikan Negara sendiri. Sedangkan Islam, memerintah dan bukan diperintah.

Islam punya khalifah. Allah telah mengilhamkan kepada kita sistem khilafah. Satu pemimpin untuk seluruh umat Islam. Allah telah mewahyukan kepada Nabi kita Muhammad SAW sistem syura untuk memilih pemimpin selepasnya. Wujudnya perundangan, sistem ekonomi, sistem sosial, kehakiman dan ketenteraan yang semuanya berkait dengan siasah politik tanahair serta pemerintahan sesebuah Negara. Semuanya sudah diwujudkan di zaman Rasulullah dan sahabatnya. Sistem yang mantap dan dianggap maju berbanding negara-negara beraja ketika itu seperti Rom dan Parsi.

Islam memerintah dengan syariatnya sendiri dan politiknya tersendiri. Syumul atau universal dari segenap sudut kehidupannya. Islam bukan sekadar agama atau budaya. Ia adalah suatu syariat atau undang-undang universal. The Universal Law. Al Quran itu bukan sekadar kitab suci, di dalamnya terkandung Universal Law. Ini diakui sendiri oleh sarjana-sarjana dari barat yang turut mengakui kebenaran Al Quran dan ilmu-ilmu yang terkandung di dalamnya. Islam diakui adalah satu agama yang sistemnya benar dan syumul. Kita didedahkan oleh Rasulullah dengan sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara di dalam Islam, semuanya diambil kira dan berbeza dengan agama-agama ciptaan manusia yang lain yang tidak mempedulikan perkara-perkara remeh-temeh. Islam mengambil berat terhadap semua sudut kehidupan. Ini mengkagumkan kaum kuffar dan ahli kitab sendiri sejak zaman Rasulullah hinggalah zaman kini.

Al Quran juga bukan ciptaan Nabi atau kata-kata hikmat. Ia bukan ciptaan atau rekaan semata-mata yang boleh diubah-ubah sesuka hati penganutnya atau sesiapa sahaja sekehendak mereka. Malah ia adalah KALAM ALLAH yang azali dan sukar ditandingi oleh mana-mana ahli puisi atau ahli sastera samada dari barat atau timur dan dari kalangan manusia atau jin. Ia adalah WAHYU ILAHI! Wahyu jika diterjemahkan ke istilah barat adalah suatu yang menjengkelkan. Mengikut sarjana barat, perkataan wahyu atau reveal adalah sama tarafnya dengan kata-kata ahli silap mata, bijak pandai, pendeta atau cendikiawan yang bukan maksum. Mereka tidak kira asalkan perkataan itu baik maknanya itulah revealation atau…diterjemahkan sebagai wahyu? Semuanya dimasukkan ke dalam Bible dan dicampur adukkan dengan kalam ilahi dari Injil yang diwahyukan kepada Nabi mereka Isa alaihissalam lalu dinamakan, Bible! kita berbeza dengan mereka. Kita bukan Tuhan, kata-kata kita bukan wahyu dan bukan azali. Wahyu yang dimaksudkan dalam Islam adalah dari Allah sahaja, sebagai Tuhan yang Maha Berhak ke atas makhluknya. Wahyu sayugianya tidak berhak diterjemahkan sebagai Reveal dan Reveal bukan terjemahan Wahyu. Kita harus mencari perkataan lain yang menterjemahkan perkataan Wahyu ke Barat! Mereka sudah merosakkan makna dan penggunaannya sekian kali sebagaimana mereka merosakkan Injil dan agamanya sendiri. Begitu jugalah mereka telah merosakkan perkataan ‘God’ sendiri.

Di dalamkitab Hindu Tua, dinyatakan oleh seorang pengkaji beragama Hindu dari India (Dr. Ved Prakash Upaddhayaya) bahawa ada termaktub tentang seorang yang diberikan Tuhan kekuasaan dan sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan sokongan padanya. Dia akan diberikan NEGARA oleh Tuhan dan memerintah dengan bebas dalam pertolongan Tuhan. Dia mempunyai 14 orang isteri. Kitab tersebut boleh jadi ialah Mahabharata/Upanishads/Puranas/Vedas. Menurut kajian perbandingan dengan apa yang tersebut oleh pengkaji itu, dengan sirah Rasulullah, ada persamaan yang jelas. Ini bermakna kedatangan Rasulullah telah pun termaktub dalam kitab-kitab atau suhuf-suhuf nabi-nabi terdahulu yang kemudiannya terangkut ke dalam pelbagai versi periwayatan lisan atau tulisan. Kitab Mahabharata/Upanishads/Puranas/Vedas tidak terkecuali. Sebagaimana termaktub dalam Zabur, Taurat dan Injil. Tidak putus-putus menerangkan janji Allah akan kedatangan Nabi akhir zaman iaitu Muhammad atau Ahmad. Jadi benarlah apa yang dijalankan oleh Rasulullah dengan Negara Madinah. Ia adalah satu anugerah dari Allah bukan semata-mata ikut memandai membina Negara sendiri. Ia diperintahkan oleh TUHAN, Allah s.w.t. Demikian itulah syariat yang dijalankan dan diperintahkan untuk melaksanakannya. Bukan sia-sia. Ia untuk kemaslahatan dan manfaat manusia jua. Keamanan dan keselamatan. Keharmonian dan keselarasan hidup. Semuanya untuk manusia yang asasi. Memang jelas Islam mahukan keselamatan dan mengajak ke arah keselamatan dan kesejahteraan. Bukankah maksud Islam itu selamat dan sejahtera. Ia adalah kasih sayang, persaudaraan dan hak sesama manusia.

1 comments:

abuya berkata...

terimakasih abu idris...

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.