Terang Bulan di Bumi


Semalam, selepas habis keputusan pilihanraya, pakcik Seli yang memang gemar berceloteh dengan anak-anaknya pasal apa saja, tiba-tiba mengeluarkan kenyataan pasal kekalahan parti bumi yang dipegangnya. Memang dia itu kuat parti, tapi parti lawan iaitu parti bulan tetap tidak ditolaknya. Namun malam itu selepas makan jam 8 malam. Dia telah membuka bicara pasal tak puashati partinya kalah. Katanya kalau parti bulan memerintah tentulah golongan ustaz yang memerintah. Kalau golongan ustaz memerintah nanti kenalah bersatu dengan parti roket, dan parti mata sabit, macam ini payahlah sebab parti roket orang mata sepet belaka, kapir lepas tu harbi pula. Nanti kalau nak sunat orang kena minta dengan orang mata sepet sebab orang mata sepet ramai, susah nak buat islam. Pakcik Seli memang jeles ngan parti bulan yang asyik menang aja berturut-turut di kampungnya. Baginya golongan alim ulama ni macam golongan pakir miskin yang minta sedekah dan derma aja layaknya, duduk berteleku dalam masjid lepas tu tak payah buat kerja amende pun. Itulah yang sepatutnya diorang buat bukan masuk politik dan bukan tafsirkan politik dengan segala yang dihukum Tuhan. Dengan penuh gaya pakcik Seli buat lagak orang alim tersipu-sipu pergi mintak dengan parti roket untuk minta bersunat, kononnya kalau orang sepet tak bagi nak bersunat pun tak bolehlah.





Anaknya dan menantunya yang kebetulan ada di situ pasal parti politik ni tak kecoh, cuma dalam hati tu ada la juga menyokong gerakan islamisasi yang dilaungkan parti bulan. Hidup Islam, takbir! Malam itu mereka diam aje pasal malas nak berjela-jela dengan orang yang tak tahu dan asyik jadi pak turut, almaklum orang-orang tua ni susah dah nak tukar pandangan mereka tentang parti yang dah lama mereka anuti. Tambahan pula maklumat kat pedalaman ni kurang. Jadi pak turut jugalah nak tak nak. Menantunya tak gelak pun waktu pakcik arun gelak sakan pasal tajuk ni, anak-anaknya gelak sakan juga. Termasuk anaknya yang parti bulan, yelah ayahnya bukan orang lain, tapi satu je yang tak paham. Gelak tawa ini bukan main-main. Bila tengok sendiri kenyataan baru diorang tahu. Pakcik Seli akan tahu juga nanti, macam mana yang dikatakan islamisasi dan gerakan rakyat untuk mengembalikan semula keadilan ini. Bukan sebagaimana yang dilecehkan olehnya. Bukan macam yang disangka, memang pengaruh parti bumi begitu, suka membiarkan sangkaan bodoh pada pengikut-pengikutnya sampai hari ini. Sampai buta tuli tak nampak jalan lah. Segala yang dibuatnya semuanya dijawabnya kononnya baik begitu begini, tiba masa pula dikutuknya parti lain pun apa kurangnya bab rasuah dan gila pangkat, sama aje dengan parti bumi sama jahat. Yang menjadi masalahnya pakcik arun tetap juga sanjung parti bumi walaupun jahat. Haru tu memang haru.





Bab ini jaga sikit, ulama adalah pewaris Nabi bukan pewaris pemerintah! Jadi siapa pun pemerintah takkan berubah ikut haluan masing-masing sebab perintah dalam kurungan islam masih lagi bergantung pada hukum-hakam, halal haram dan ijmak ulama. Bukan berlandaskan fakta ciptaan barat dan sekularisasi saja. Mana ada orang perintah dengan akal dan buat ikut suka hati nafsu serakah je pasal hukum-hukum orang ni. Mana boleh hukum orang hanya kerana perasaan marah saja. Sebab Allah menyarankan pada rasulnya hukuman itu yang kedua dan yang pertama ialah kemaafan. Kalau nak menghukum biarlah dengan keadilan dan perasaan belas. Hanya untuk peringatan dan pengajaran. Itulah hukum Allah. Allah amat kasih pada hambanya walau sejahat mana pun dia. Ikutlah hukum Allah. Ada ke hukum perogol ialah dengan menyula dan menghukum orang berzina dengan mengkasinya, tak ke ini zalim dan jelas ia adalah dari perasaan ammarah jua? Hendak menghukum adalah dengan segala cukup siasatnya serta jua saksi yang benar-benar layak. Ayaa, kalau ini macam la, bila nak hukum, lambat bagi setengah orang pula. Bukan masalahnya menghukum di sini, tetapi mencari keadilan dan jelas sekali tidak mahu menganiaya yang tidak bersalah, jika ditakdirkan tertuduh tidak bersalah tapi hanya lah tuduhan palsu bagaimana pula kiranya hukuman telah diselesaikan? Tentunya aniaya padanya. Ini jelas islam bukan menganiaya sesiapa tetapi mengambil kira ketetapan yang diberikan oleh Allah yang Maha Pengasih. Agar tidak menghukum selagi belum terbukti ia bersalah. Lama memang lama!





Sekian.


world counts on you

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.