Para pengarang sastera... impian untuk menjadi pengarang skrip drama... bilakah akan muculnya satu drama atau filem yang memberikan kesan baik bagi khalayak. Selamat tinggal untuk filem atau konon drama bernilai sastera... sastera yang dimaksudkan hanya apabila memberikan kesan yang baik untuk persuratan. Persuratan akan lahir jika ianya berteraskan Islam.
Saya berpendapat, kita selama ini disogokkan hanya dengan perca-perca tiruan dari barat yang entah ya entah tidak menjadi. Kita meresahkan minda dengan filem dan cerita yang kelam, tiada motif, pengajaran mahupun wacana. Sama seperti novel-novel yang tiada wacana, popular dengan kisah cintan cintun dan mengheret pembaca khasnya remaja ke arah kecelaruan.
Di mana diam-diam Melayu ketinggalan dari segi sastera Pandang dan Dengar (Filem/Drama/Pentas), dari segi muzik dan bahasa sendiri. Kita kesal kerana ada unsur-unsur musuh dalam selimut dari luar yang meresap masuk dan dibenarkan pula oleh pemerintah yang tak segan silu atau tak sedar diri membuka ruang ke arah kerosakan tapi tidak mahu membantu ke arah membaiki memartabatkannya. Kesal sungguh. Artis-artis tak sedar diri, filem pun dah tak sedar lagi tidak menyedarkan. Maaf!

0 comments:
Catat Ulasan
Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.