Tentang Sebelum Kejadian Bumi...

world counts on you



Aku teringat tentang Azazil adalah makhluk Allah daripada Jin dan sudah lama hidup di bumi ketika dia berdakwah kepada Jin, mereka semua sudah lama sesat dan lupa kepada Allah. Lalu Azazil berusaha mendakwah mereka agar kembali kepada Allah. Ini bermakna Jin sudah lama hidup dan beranak pinak serta melahirkan berbagai kaum dan puaknya. Sehingga sekarang pun mereka berlainan jenis dan bentuk dan tidak kenal mengenali antara satu sama lain, sepertimana manusia juga tidak mengenali bangsa lain selain bangsa sendiri, ada manusia yang putih, kuning dan hitam. Ada manusia yang tinggi, besar dan pendek. Ada manusia yang bertutur dalam bahasa yang tidak difahami. Begitu juga Jin yang terlampau lama hidup melebihi manusia. Manusia mencipta rekaan baru yang tercapai oleh akal, begitu juga Jin yang mampu berbuat demikian lama sebelum manusia lagi. Ini menunjukkan ada teknologi dan tamadun yang tak pernah diketahui yang tercanggih yang direka oleh makhluk-makhluk ini.





Manusia dijadikan daripada tanah dan Jin dari api, hasil dari pertikaian dan pertembungan dua unsur ini lahirlah fitnah kepada Azazil yang angkuh dan terlupa bahawa ia juga makhluk Allah dan Allah maha kuasa untuk mencipta apa pun tanpa dihalang oleh makhluknya. Dia lupa lalu membangkang dan tidak mahu sujud lantas secara otomatis tercabutlah keagungan syurga dari badannya dan terhalau dari syurga.





Lalu digelar Azazil kini sebagai Iblis...laknatullah alaihi. Allah memberi jaminan sekiranya dia bertaubat Allah akan mengampunkan dosanya sehingga hari kiamat, adakah dia pernah melakukannya? Tidak dipastikan lagi sekarang ini. Allah telah memaklumkan kepada RasulNya Muhammad s.a.w. bahawa di hari hampir kiamat dan makhluk lain sudah mati, alam bergegak gempita, Allah memerintahkan Malikil Maut mencabut nyawa Iblis dan memberi peluang untuk dia bertaubat. Kejar-mengejar antara Iblis dan Malikil Maut mengelilingi bumi sebanyak 40 kali sambil menyatakan agar dia bertaubat namun Iblis tetap enggan bertaubat. Mampuslah Iblis dalam keadaan kufur dan masuk neraka selama-lamanya. Wallahualam.


Bumi kini sudah tua sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah setelah isra' mikraj, bumi ibarat perempuan tua yang sudah bongkok dan hidungnya menyeret ke tanah. Jibril telah menterjemahkan apa yang dilihat oleh Rasulullah ketika perjalanan itu, seorang perempuan tua yang bongkok dan hidungnya menyeret ke tanah sebagai dunia ini yang sudah tua. Pada pandangan saya, dunia kini sudah tua ibarat perempuan tua bongkok tujuh yang berjalan menyeret hidungnya ke tanah cuma tinggal lagi belum mati iaitu kalau bumi...belum hancur lagi. Begitulah tuanya bumi ini yang kita cintai dan sayangi amat ini. Jadi terdetik di hati saya adakah Nabi Adam diciptakan Allah ketika itu bumi sudah tua dan hampir kiamat? Jadi tentunya penciptaan Adam dan manusia ini sudah agak lewat. Tentu ada hikmah yang Allah kehendaki dari perkara ini. Saya pernah terbaca dalam satu kitab kuning tua...





Saya pernah terbaca bab di mana sebelum terciptanya dunia dan seisinya. Bahawa dinyatakan makhluk pertama ciptaan Allah ialah nur, cahaya. Adapun nur atau cahaya itu ialah makhluk yang sangat dicintai oleh Allah. Nur itu sentiasa memuji dan bertahmid kepada Allah setiap kali Allah ingin menciptakan sesuatu lalu bertanya padanya, nur itu menjawab ciptalah olehMu wahai Allah Tuhanku kerana engkau maha pengasih(ar rahman) dan maha penyayang(ar rahim). Lalu Allah menciptakan makhluk yang kemudian-kemudian di atas Ar Rahman Ar Rahim, dua nama itu yang tersohor hingga kini. Nur itu yang Allah berikan namanya sebagai kekasih Allah(Habibullah), Allah meletakkannya di dalam sangkar dan akan melahirkannya di dalam makhluknya yang bernama Muhammad. Nur itu ialah nur Muhammad(cahaya Muhammad). Kerana nur Muhammad itulah Allah menciptakan segala makhluknya di alam semesta ini, segalanya berkhidmat untuknya dan menyayanginya, walhal perlu diingat kerananya jualah diciptakan manusia. Sayugia, ketika kita ingin memulakan sesuatu bacalah bismillahirahmanirrahim. Adam ialah manusia yang pertama dan orang pertama yang ingin menjadi umat Muhammad setelah kalimah pertama yang dilihatnya di pintu syurga iaitu La ilaha illallah Muhammad rasulullah. Baginda lalu bertanya kepada Allah apakah Muhammad itu? Lalu Allah menjawab dialah yang akan lahir dari salbimu wahai Adam, dialah rasul akhir zaman dan umatnya ialah umat contoh,tetapi yang paling awal memasuki syurga sebelum umat lain.





Begitulah kemudiannya, berakhir dunia ini, Muhammad rasul terakhir...manusia ialah makhluk terakhir diciptakan sejak Adam...umat Muhammad ialah umat terakhir di dunia...Muhammad pelengkap segala nabi ibarat sebiji bata terakhir untuk melengkap sebuah bangunan...syariat Muhammad yang terakhir pelengkap segala syariat nabi-nabi sebelumnya...semuanya terkandung di dalam kitab suci terakhir untuk umatnya iaitu Al Quran...iaitulah undang-undang terakhir di dunia dan jalan terakhir untuk selamat.

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.