Tentang Kejadian Bumi?

world counts on you



Tentang Kejadian Bumi.Kelmarin zaujah kata bumi nampak macam dah tua…yelah kan, ni duk kat kampong mestilah nampak tua, kalau duk kat Bandar nampak la baru sebab sentiasa dibarukan. Aku teringat tentang penciptaan Adam alaihissalam, berapa lamakah agaknya penciptaan Allah terhadap Adam sebelum dijatuhkan ke dunia. Aku rasa Adam adalah ciptaan Allah yang mutakhir. Selepas Adam diciptakan bumi dan langit sudah wujud lama sebelum itu, malah syaitan, iblis dan binatang sudah lama tinggal di bumi. Bahkan macam-macam jenis haiwan yang sudah pupus dan tidak pernah terlihat oleh Adam dan anak cucunya lagi.



Bumi dijadikan dari air. Zaujah kata betul ke dari air semua ni, macam mana jadi tanah lepas tu terpisah tanah dari air. Aku kata kajian barat pun kata semua alam semesta terjadi dari air, memang betul tu cuma mereka tak percaya bahawa Allah yang memerintahkan air untuk menjadikan alam ini. Haiwan yang pertama dan yang paling lama di atas muka bumi ini ialah ikan dan hidupan dalam air. Ye la kan? Aku terbaca dalam satu kitab tua, bahawa bumi ini dan langit adalah satu…dalam Al Quran pun ada sebut…kemudian ia terpisah dengan perintah Allah. Semua alam ini dahulunya adalah air, apabila Allah memerintahkan agar air menjadi panas dan seterusnya menggelegak (mendidih) lalu memercik membentuk titisan yang menyebar ke serata alam, titisan-titisan yang panas itu kemudiannya berpusar-pusar di tempat masing-masing. Beberapa lama pula Allah memerintahkan agar semuanya sejuk, lalu semuanya menjadi sejuk dan seterusnya beku di tempat masing-masing. Ada antaranya yang masih panas dan mengeluarkan haba serta ada yang terus beku dan keras. Setiap yang beku itu menjadi planet dan bulan dan yang mengeluarkan haba itu menjadi bintang dan matahari. Mereka mengelilingi antara satu dengan yang lain di atas orbit...disebutkan di dalam tafsir sebagai ular...ini kerana orbit itu berbentuk lingkaran seperti ular melingkar bukan bermakna ular hakiki. Ia adalah istilah yang digunakan di dalam Al Quran oleh Allah s.w.t.




Di dalam sains astronomi barat dinyatakan sebagai Big Bang, iaitu satu letusan besar alam semesta. Tiba-tiba sahaja meletup tanpa ada sesiapa yang menguasainya? Ini adalah keengganan mereka untuk menerima penciptanya yang maha wujud iaitu Allah...setiap sesuatu itu tentulah ada pencipta, bak kata orang sekarang hakcipta terpelihara...mana mungkin orang lain yang buat tetapi dikatakan bukan hakmiliknya...ini satu ketidak adilan, oleh itu manusia yang kufur tidak adil mengatakan bahawa Allah tidak memiliki ciptaanNya atau makhlukNya.




Tanah dan bumi ini dari air. Air yang beku itu mengikut tahap kepanasannya yang masih ada, ada tempat yang berbeza kedudukannya, membentuk keadaan muka bumi masing-masing. Ada yang menjadi tanah dan ia berbagai kategori, kedudukan bumi yang mengadap matahari lebih banyak tahap pembekuannya kurang lalu tanahnya pejal. Kedudukan bumi yang tidak mengadap matahari menjadi sejuk beku lalu menjadi ais. Garisan khatulistiwa menerima cahaya matahari sederhana lalu menjadikannya panas lembap dan tanahnya ada yang gambut dan lerai. Pohon-pohonnya lebat dan malar. Padang pasir terbentuk apabila tahap kepanasan tanah itu terlalu terik. Dengan kehendak Allah sebahagian sahaja bumi yang menjadi tanah, sebahagian lagi air. Sebahagian besar muka bumi dijadikan rendah dan menakung air itu adalah dengan rahmat Allah menjadi laut. Laut adalah lebih luas berbanding daratan. Kalau tidak demikian sudah tentulah kita tidak dapat meminum air bersih dan menghirup udara segar. Air yang di laut lebih masin kerana ia akan memusnahkan segala benda busuk dan reput lalu meruap ke awan. Awan adalah air yang meruap lalu dengan kehendak Allah diturunkan menjadi hujan di daratan yang lebih tinggi atau di bukit bukau, ia kemudiannya mengalir ke bahagian bumi yang cerun dan landai lalu membentuk sungai. Sungai pula akan mengalirkan segala-galanya ke laut pula. Aliran ini secara semula jadinya tiada menusia pun yang mengawal namun ia tetap teratur...siapakah yang mengaturnya. Kalau tidak kerana Allah yang mengatur...sudah tentu pincanglah perjalanan aliran ini dan langit, bumi serta bintang akan berlanggaran antara satu sama lain. Wallahualam.


0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.