Selama Di sana : kisah aku dan nenekku...

Sejak kecil dia dipelihara oleh nenek. Dia dilahirkan pada 14 feb.1973 di kampung Padang China, Bachok, Kelantan. Waktu itu atuk dia masih ada. Ayah dia seorang askar, ibu dia hanya suri rumah sepenuh masa. Dia dilahiran di rumah nenek. Rumah kayu yang sudah diperbesarkan. Dulunya rumah itu hanya berbentuk pondok saja.
Dia dibawa ke Mentakab, Pahang dengan keretapi kerana waktu itu hanya keretapi sahaja kenderaan yang sopistikated. Ayah dia bertugas di sana. Dia menyewa. Setelah beberapa lama adik dia lahir dan kami tinggal di sana sehingga umur 5 tahun. Adik berumur 4 tahun.
Dia pulang semula ke Bachok, Kelantan ke rumah nenek. Dia bermain dan belajar di situ. Nenek amat menyayangi dia, begitu juga atuk. Cuma ibu nampaknya tak berapa kisah sebab agaknya dia dah ada adik. Ayah dia garang. Memang banyak kali juga kena marah.
Waktu kecil suka berjalan ke rumah orang. Ibu bapa dia asyik marah. Memang kalau berjalan bukan dekat-dekat, almaklumlah kampung, pokok-pokok rendang dan masih teduh. Asyik ke rumah orang sampai balik ke rumah petang, kena rotan.
Satu waktu, ibu minta dia membuang sampah. Cuma dia tak jelaskan tempatnya. Dia masih kecil mana aku tau apa, di mana dan bagaimana. Inilah satu yang dia tak faham pasal ibu ni. Disuruh dia pergi buang ke tempat membuang sampah. Dia pun sendiri tak jelas apa yang dimahunya tanpa ditunjuk ajar. Ketika dia masih pening kerana memikirkan apakah tempat itu, dia menangis kerana tiada ditolong oleh ibu walau dia mengatakan tak faham. Tiba-tiba nenek lalu di situ dan membawa dia ke tempat untuk membuang sampah itu. Lalu nenek mengambil sampah yang ada di tangan dan melemparkannya ke arah satu tempat yang dia masih ingat sampai sekarang, lalu nenek berkata, "lain kali buang di sini." Barulah dia faham, macam itulah cara mengajar nenek, bukan hanya dengan menyuruh tanpa ada bimbingan dan panduan tiba-tiba nak supaya pandai. Dia tak faham macam mana ibuku berfikir....
Begitulah sampai sekarang pun ibu selalu menuduh dia tak pandai dengan tak semena-mena terhadap dia apabila tiba masa dia nak buat sesuatu kerja, itulah sahaja yang tahu cakap pada sehingga dia, dia naik mual nak buat kerja, habis semangat dibuatnya. Ibu dia selalu melemahkan semangat. Apa-apa kerja sekalipun hanya tahu suruh dan biarkan dia buat sahaja. Bukan seperti nenek yang apabila nak minta dia buat, dulu buat dan mengajar cara-caranya sehingga dia dah biasa barulah ditinggalkannya dia dengan kerja itu. Dia dapat buatnya sehingga selesai dan bersemangat sekali. Orang kata dia rajin...
Bila tiba ibu dia pula, komen je...katanya rajin buat kerja rumah orang tapi rumah sendiri malas...
Waktu itu dia dah tinggal bersama nenek dan atuk, ibu bapa dia dah pindah rumah baru. Dia baru masuk darjah satu. Dia tak mau balik ke rumah ibubapa, adik-adik tinggal di sana. Sewaktu itu dia seronok tinggal bersama nenek dan atuk, mereka bagi apa yang sepatutnya pada. Nenek benarkan dia tidur bawah ketiaknya, ibu dia tak benarkan... tapi dia duduk dengan nenek sampai darjah 6. Waktu darjah 3 pun dia masih tidur bawah ketiak nenek.
Setelah dia masuk tingkatan satu, dia disuruh tinggal dengan ibubapa...kadang-kadang dia balik tidur rumah nenek. Begitulah selalunya. Hingga dia melanjutkan pelajaran dia dianggap ibu sebagai tak reti buat apa pun...maksudnya dia tak reti buat kerja...ibunya tak mahu faham bahawa dengan tidak menunjukkan caranya manalah kita tau...yang mahu ialah kita boleh buat secara tiba-tiba aje...bila minta tolong, kita nak buat tapi terus cakap dia ni bukan reti buat apa-apa, tak pandai buat kerja. Itulah menyebabkan lemah semangat dan pegangan kita, bukan nak bagi semangat. Keluarga sendiri buat lagi dahsyat...kalau orang lain yelah boleh tahan juga. Satu lagi kalau membandingkan antara adik beradik, ibubapa boleh menyebabkan kita bergaduh....
Cara untuk mendidik bukan dengan menyuruh saja, kita kena buat dulu sebagai contoh. Macam yang nenek dia buat kat ...dia sanjung cara dan pengetahuannya dalam agama serta rohani. Sewaktu buat "tahnik" atau belah mulut nenek dia meminta orang alim di kampung untuk membuatnya...berkat orang alim katanya, tapi orang tak peduli ni...ibu dia pun dah tua-tua ni baru mengakuinya...dulu tak...
Dia ditahnik oleh 'Tok Ayah Zin' orang alim yang tinggal di kampung itu, disegani oleh orang kampung kerana lebainya, amalannya tinggi.
Sehingga kini begitulah dia, malas dah nak balik rumah mak dia. Kini abah dia dah meninggal, sewaktu hidupnya dia asyik tak kena aje dengan mak dia...agaknya dia pun tak mengerti apa nak buat. Dia pun dah malas lagi nak bersopan santun(gamaknya) dan tunjuk hormat...dia memperlecehkan pula bila nak menunjukkan hormat dan tak melawan. Lembik... Dia tak faham le.
Atuk dia pun dah meninggal lebih awal dari abahnya. Orang pun ada cakap pasal ibu dia ni, cuma ibunya naik berang, tak mahu mengalah....tapi dia rasa masakan pokok bergoyang kalau tiada angin...dia pun dulunya memihak pada ibu ...cuma kini dia rasa kita kena perbaiki diri kita dahulu sebelum mengatakan kita sempurna dan orang lain semua salah. Kalau orang ada kata sesuatu tu mungkin kita kena lihat apa yang tak kena pada diri kita....yalah dia pun dah malas nak memihak pada ibu dia sendiri...dia sendiri pun tak mahu tengok dia perfect. Hanya dia yang mengangankan perfect...
Sekian, sehingga berjumpa di lain lembaran tentang kisah lain pula....

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.