Indonesia? Melayu? Malaysia? Cantik?



Assalamualaikum!

Saya di sini bukan untuk mengutuk sesiapa jua, samada peminat Indon di TV atau di luar. Cuma pandangan sesetengah pihak mengatakan orang melayu itu samada di Indonesia atau di Malaysia adalah sama. Seringkali mereka melihat Indon menekalah akan mereka bahawa semuanya Melayu, sebangsa, serumpun...hehehe, saya pun nak tergelak.

Walhal, bukan semua Indon itu Melayu. Mungkin terpengaruh dengan cerita2 di TV atau drama2 dari Indonesia yang kerap memaparkan wanita2 atau gadis yang comel, menawan dan ala kacukan. Seringkali juga hero2, jejaka yang tampan dan berhidung mancung serta berkulit putih. Sememangnya itu adalah paparan di TV untuk menarik penonton dan penggemarnya sehingga dalam tidur pun terigau2.

Sebenarnya orang ramai terpedaya sehingga sanggup gadis2 Melayu Malaysia mengikut boyfren mereka dari Indon dan jatuh cinta dengan alasan ini (alasan yang remeh dan jahil) lalu dibawa lari atau bernikah secara sulit. Saya rasa kesilapan dalam memahami erti sejarah dan keliru atau kabur pandangan menilai keadaan ini. Tafsiran semua orang Indon dalam TV adalah sama dengan Indon yang terjumpa di tepi jalan atau di pasar2 malam yang membeli-belah, merayau2 dan menjadi buruh. Ada banyak bezanya sehingga boleh kita pertikaikan bahawa mereka itu semua sama seperti yang dipaparkan di TV asalkan mereka itu Indonesia.

Kita lihat bahawa sejarah Melayu berhijrah dari Tanah Besar Semenanjung hingga menyeberangi pulau2 Nusantara ada rasionalnya dan ada munasabahnya. Adalah diceritakan bahawa orang Melayu digelar orang Jawi ketika itu. Setelah mereka tiba di kepulaun ini lalu mereka mendapati bahawa sudah ada penduduk asli yang tinggal di pinggir2 pantai kepulauan Nusantara. Justeru perkataan Jawa atau kepulauan Nusantara berasal dari kalimat Jawi/Melayu bukan dari bangsa asli samada di Indon atau di Malaysia, ini merujuk kepada orang yang dominan ketika itu iaitu Bangsa Melayu/Bangsa Jawi. Ketika penguasaan Melayu terhadap tamadun di Nusantara, penduduk asli hidup berpindah randah lagi. Sehingga kurun2 berikutnya mereka hidup dalam penguasaan Melayu dan menjadi tentera atau buruh terhadap Raja2 Melayu dalam tamadun demi tamadun Melayu, lalu mereka merasai hidup bersama orang yang bertamadun.

Oleh kerana itu, ada perbezaan ketara samada dari segi budaya adab sopan antara orang asli dan orang Melayu, dari segi rupa, dari segi budaya dan pertuturan. Ketika ini mereka hidup bersama2 dan bercampur gaul sehingga kita sukar menilai, mana adab Melayu dan orang asli, mana rupa Melayu dan orang asli. Indonesia adalah negara yang sudah bercampur namun ada beberapa perbezaan kategori di antara penduduknya. Walaupun kita menilainya sama. Islam adalah agama yang diterima semua penduduk namun ada juga yang masih beragama Hindu. Begitu juga dengan asal keturunan Melayu, di Indonesia atau Malaysia, kalau kita katakan Indonesia semuanya Melayu kita silap, bukan semuanya Melayu. Maksud Jawa juga bukan bererti Pulau Jawa itu semuanya bangsa Jawa Melayu. Sebenarnya nama itu ditinggalkan oleh orang2 Jawi atau Melayu sehingga kita menggelarnya demikian hingga kini. Ini kerana bangsa yang merujuk kepada Jawa itu Melayu yang memerintah tamadun di situ, iaitu ketika orang2 aslinya masih lagi kuno. Bahasa yang kita katakan Jawa itu bahasa pribumi di situ, kerana bahasa Melayunya bukan demikian namun diambil sedikit demi menjaga hubungan dengan penduduk pribumi. Oleh sebab itulah ada perbezaan rupa antara orang Melayu Indonesia dengan orang yang asal pribumi di situ walaupun namanya orang Jawa atau orang Indonesia.

Sebab itulah kita lihat perbezaan rupa orang asli dan pelakon2 dalam sinetron Indonesia di TV amat jelas ketara perbezaan rupa. Rupa artis2 yang cantik molek itu, ayunya dan segaknya adalah rupa orang2 yang lain keturunannya. Mereka bukan orang yang datang sebagai pelarian dan bekerja buruh itu. Walaupun ada segelintir mereka adalah keturunan Melayu. Namun orang Melayu punya tatasusilanya, adab sopannya dan budi bahasanya, iaitu amat berlainan sekali dengan bukan Melayunya.

Wallahua'lam bissawab!
world counts on you

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.