AKU DAN HATIKU.

world counts on you

ALAM PERKAHWINAN ialah satu permulaan kita dalam mengharungi bahtera hidup sebagai suami isteri yang sah di sisi Syara' Islami.
Aku berada dalam situasi di mana aku sudah tidak punya lagi kekasih atau calon. Dulu ibu juga pernah tersembul dari mulutnya : "Kalau tak ada duit nak kahwin buat apa?".
Aku pakai buah pikirannya itu, sedangkan ramai orang mengatakan bahawa kalau kahwin lambat bila dapat anak tapi umur sudah meningkat nanti kita tak boleh kerja lagi walaupun anak masih kecil. Aku tahu dan aku memahami dengan jelas namun bagaimana dengan ibuku? Adakah dia faham dan mengerti perkara ini? Bagaimana aku nak beritahu padanya? Walaupun aku tahu aku boleh memberitahunya tapi aku sudah malas dengan reaksinya nanti. Dia pakai buah fikirannya saja. Pendapat aku pun sudah salah walaupun aku tahu aku memberitahunya perkara yang betul. Tak mengapalah...biarkan saja. Nanti dia akan tahu sendiri. Tuhan Maha Kaya. Allah akan menunjukkan perkara yang terbaik.
Ibu sekarang sudah jadi lain semenjak beberapa tahun yang lalu. Tidak seperti ibu waktu aku kecil dulu. Kadang-kadang pelik juga dengan layanannya yang ganjil itu. Aku lebih suka tinggal dengan nenekku. Alang-alang biarlah aku tinggal dengan nenek saja. Aku anak sulung tapi lebih manja dengan nenek dan datukku. Setelah aku tinggal dengan nenek dan datuk aku semenjak darjah satu lagi, aku sudah jarang balik ke rumahku berjumpa ayah dan ibu. Habis belajar darjah enam barulah aku mula berjinak-jinak tinggal di rumah ibubapaku. Bukan jauh mana sangat pun.
Aku tinggal di asrama bermula tingkatan satu hingga tingkatan empat, kerana setelah tingkatan empat aku sudah ke luar negara menyambung pelajaran ke luar.
Baiklah! Berbalik kepada kisah perkahwinan aku. Kini aku sudah mencecah umur 34 tahun. Kawan-kawan sudah lama mendirikan rumahtangga dan anak pun sudah darjah satu. Aku baru nak mula jinak-jinak pasal kahwin, hehehe...

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.