Akal Insan Di Sebalik Nyata Terpedaya

world counts on you

Bismillah. Pemula bicara,

Dah lama aku tak menulis di sini. Berbulan...
Patutnya awal tahun ni dah mula...almaklum lah sibuk memanjang dan idea pun jap datang dan pergi tanpa sempat aku coretkan...hummm. Tak mengape ler.
Banyak ler perkara. Hal-hal sejarah dan isu alam sekitar nih. Perkara yang melibatkan kehidupan semasa yang patut diselongkari dan diselenggarai bersama kita semua, insan. Punya harga diri dan maruah.
Kalau idea dibiarkan pergi tanpa diselami ia akan pudar tak kembali...
Kenapa kita perlu lupakan sejarah kita, nenek moyang kita, asal usul kita, tanahair kita, kisah silam penuh pengajaran dan kisah suka duka membanitkan kenangan yang tak akan terpadam dari naluri seorang insan...bergelar manusia. Kita ibarat pelayar, pengemudi dan pelaut...;lautan dalam tak berpenghujung. Kita musafir di laluan penuh pancaroba. Pengembara di hujung liku-liku tanah gersang nan daif. Kita mengembara memalaya ke hujung sini. Bahtera nan indah memukau jiwa raga 'tuk berpaut di pengemudi nan julung.
Adakah aku pasti akan sampai ke penghujung nan bicarakan kemenangan abadi. Pantai yang menjanjikan kebahagiaan lestari. Cinta agung sang Pencipta. Membuktikan kekuasaan kebanggaan bertahta.
Semalam, jerih pahit aku bersama dengannya yang tidak menjanjikan apa-apa hanya kepalsuan yang memundak di haribaan yang pastinya menyesal tak berkesudahan. Akhirat pasti tiba. Pembalasan yang tak berpenghujungnya. Akhirnya yang benar akan benar jua dan yang kalah ialah kepalsuan pembohongan duniawi tak terkejarkan lagi. Hampir musnah di tangan sang Pendusta dan sang Busuk Hati. Ampunilah aku wahai Sang Kuasa Maha Agung atas keterlanjuranku aku tidak tahu dan tak terkawalkan nafsu. Ampun!
Terima kasih atas hulur budi bantuan MU wahai Sang Agung Maha Esa...

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.