UIAM dalam Dilemma

world counts on you

Sewaktu belajar di UIA PJ dulu untuk setahun saja menjalani tahun 1 pada tahun 1998. sebelumnya UIA Gombak dijadikan tempat daftar saja. Tinggal sementara di Kolej Ali bin Abi Talib. Kemudian kawasan itu dinaiki air, banjir. Setelah itu berpindah ke UIA PJ semula seperti biasa. Kawasannya kecil saja dan agak padat. Asalnya ia itu tapak Kolej Islam lama. Itu menurut beberapa orang lama, sementelah pula nama masjidnya nama asal Kolej Islam dulu. Masa itu tak ada apa-apa yang merunsingkan. Cuma ada beberapa khabar yang tak sedap didengar kebelakangan itu. Kes-kes sosial dalaman penuntut U seperti U lain juga Cuma di sini ia membabitkan pelajar luar negara juga. Kami memanggilnya ‘foreigner’. Siswi-siswi yang tak tahu malu, Melayu, yang galak bila melihat Mat Saleh mengurat mereka, biasalah, tak semua kerana masih ada ramai yang bermaruah dan tak peduli semua itu. Kemungkinan perkara itu terpencil namun jika ditilik mungkin menjadi besar dan membarah kerana ia sudah bertimbun serta fail kesnya ditutup. Jika setiap masa kesnya selalu ditutup dan tidak diambil tindakan memungkinkan ianya akan menjadi satu beban sosial penuntut U serta dicop sebagai ‘tempat murahan’ melahirkan orang tak berakhlak. Hanya saja slogan-slogan yang digantung mencerminkan kebajikan dan kemuliaan akan tinggal slogan saja, walhal ianya tidak menggambarkan kebenarannya. Ketika masalah sosial ini melibatkan penuntut asing ia akan dibela sebaliknya kalau ianya di pihak anak tempatan ia akan dikenakan tindakan drastik. Tak adil bukan? Apakah ini ada hubungan dengan diplomatik atau diplomasi? Itulah yang menjadi persoalan kebelakangan dan hingga kini.

Setiap kali ada kuliah atau pengajian anak-anak asing ini akan ponteng atau tidak ke kelas langsung namun mereka tidak diambil tindakan. Selepas beberapa lama, didapati bahawa mereka ini ada kena mengena dengan pelarian yang didatangkan khas ke UIAM, atas dasar anak angkat atau perlindungan peperangan akibat penghapusan etnik di Bosnia-Herzegovina. Mereka itu rupanya, adalah kebanyakan penuntut yang tidak atas dasar pengajian sebaliknya diberi makan atau tempat tinggal dan tidak dipaksa ke kuliah. Walhasil, tengoklah galaknya anak-anak pelarian Bosnia ini yang rata-rata tiada pendidikan agama mengeksploitasi kedudukan mereka di UIAM ketika itu sekitar 1990-1999. ketika saya grad saya pun meninggalkan UIAM apabila tamat pada tahun 2002. kini saya masih sangsi adakah masih lagi wujud mereka itu kerana mereka tinggal pernah grad ataupun meninggalkan tanahair Malaysia ini. Walaupun mereka tak lulus periksa! Hairan!

Apa yang menjadi sangsi ialah kebanyakan kes-kes rogol sekitar 1990-1999 adalah dalangnya penuntut asing ini, atau mereka adalah pelarian Bosnia-Herzegovina yang datang sebagai pelarian dilindungi (oleh UIAM). Mereka dilaporkan oleh beberapa kakitangan prihatin UIAM dan pelajar-pelajar senior sebagai mempunyai organisasi ‘gengster’ di UIAM. Ketika saya ajukan persoalan ini kepada Timbalan Rektor ketika itu tahun 2000, Encik Sidek Baba, beliau menyatakan bahawa semua itu mungkin perkara terpencil dan akan tiba masanya mereka bertaubat dan semoga mereka insaf bila tiba masanya nanti. Hakikatnya selama mana mereka akan berada di UIAM Gombak? Selagi hayat mereka? Macam mana mereka nak bertaubat jika hakikatnya mereka diberi keistimewaan dan perlindungan sehingga semua kes ‘case close’?

Banyak kes berlaku di sini, namun diambil mudah oleh para pegawai bertaraf warga asing itu. Seolah-olah tempat itu mereka yang punya. Beberapa orang pensyarah Bahagian Syariah dan Usuluddin serta Lughah bersungut tentang gejala ini di UIAM kerana mereka ambil berat tetapi sebaliknya dipandang enteng oleh pihak pentadbiran UIAM yang dipegang oleh Intuiti Asing itu. Kes-kes berat ini bermula apabila bertukarnya Rektor Pertama kepada seorang Arab-Amerika yang mepunyai latar belakang sekular ke UIAM pada tahun 1989. beliau ialah Rektor Abu Sulaiman. Banyak kes sosial ditolak tepi berbanding sebelumnya semenjak tahun 1985 UIAM menjadi tempat yang ‘warak’ bagi kebanyakan pelajar senior yang graduan. Bermulalah era gejala sosial menukar wajah asal UIAM sejak tahun 1989 hingga kini 2010. Walaupun Rektor demi Rektor bertukar dan berusaha mengambil ikhtiar membaik pulih keadaan namun tidak berjaya sepenuhnya walau slogan demi slogan diutarakan.

Sepertimana U lain juga kelakuan siswa-siswi di UIA pun telah bertukar menjadi sosial dan pergaulan bebas itu perkara biasa. Jadi di manakah terletaknya kemuliaan UIA itu sendiri? Yang lebih parah ialah sebabnya siswi-siswi seperti telah menjadi biasa dengan kehidupan bebas kalaupun tidak semua tetapi yang terjebak itu sungguh dahsyat sehingga ke peringkat ‘seks bebas’ atau menjual diri dan bersekedudukan. Wal iyazubillah. Mereka sudah ibarat pelacur professional kalaupun bukan pelacur regular. Bila ada setengah pemimpin yang menyatakan U sekarang ini banyak melahirkan pelacur, mulalah melenting tidak tentu pasal dan yang menjadi pembela pun ramai terutama golongan pemimpin sekular yang memang sejak dari awal berminat menyokong kebobrokan hidup pemuda-pemudi di Malaysia ini. Kononnya itu semua perkara kecil dan kes-kes terpencil. Iyalah, kebanyakan mereka adalah dari golongan penyokong parti kerajaan sekular juga dan pemikiran mereka juga jauh dari agama. Mulalah pemimpin ini menyatakan statistik gejala kurang sihat dan budaya buang bayi sejak akhir-akhir ini yang dihadapi umat Melayu ini, jadi siapa yang perlu dipersalahkan? Ah, mereka itu semuanya pemuda-pemudi dari kalangan penyokong parti kerajaan sekular juga. Tidak hairanlah jadi begitu, harus siapa yang perlu dipersalahkan? Kerajaan UMNO-BN?

Contoh kes yang berlaku di UIA PJ dan Gombak :

1- Kes seorang siswi Melayu yang dirogol beramai-ramai oleh kekasih siswa Afrikanya 6 orang, di dalam bilik Kuliah pada jam 12.00 malam. Kenapa dia mengikutnya? Alasannya untuk study bersama. (PJ)

2- Kes seorang siswi Melayu yang ditangkap basah bersama kekasih siswa Palestinnya. Nasib baik ada orang terlihat mereka berduaan di depan taman Pejabat pada pukul 11.00 malam. Hampir terlanjur. (PJ)

3- Kes Dua orang siswi dirogol beramai-ramai oleh siswa Bosnia dan Albania, kekasihnya, seramai 11 orang pada jam 1.00 pagi di dalam bilik kuliah Arkitektur.

4- Kes seorang siswi Melayu yang hampir jadi gila kerana dirogol oleh 2 orang siswa Bosnia, seorang lagi ialah kekasihnya, di dalam bilik Kuliah di Gombak pada pukul 11 malam. (Gombak)

5- Kes seorang siswi Melayu yang menjadi mangsa kekasihnya siswa Bosnia, yang dipujuk menjalinkan seks dengan rakan-rakan Bosnia lain walaupun dia tidak setuju tetapi akhirnya dia dirogol beramai-ramai di dalam bilik Kuliah Engineering. (Gombak)

6- Kes pasangan siswa-siswi Melayu yang ditangkap basah sedang berhubungan kelamin di dalam kereta tanpa seurat benang pun, di atas bukit sebelah padang stadium pada hari Jumaat pukul 1.00 tengahari.

7- Kes-kes lain yang membabitkan siswa-siswi Melayu diambil tindakan berbeza dengan jika ia kes melibatkan siswa asing ia tidak diambil tindakan atas alasan diplomatik.

Itu setakat yang diketahui oleh kami tetapi mungkin banyak lagi kejadian yang dirahsiakan. Wallahu’alam.

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.