Sama Tapi Tak Serupa

1. Polis percaya Rozaliya tidak diculik

KUANTAN 18 Okt. - Polis percaya bakal pengantin yang hilang ketika keluar membeli barangan persiapan perkahwinannya di sini pada Rabu lalu tidak diculik dan berada dalam keadaan selamat.Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaa... www.utusan.com.my/utusan/keyword_search.asp

   
Rozaliya Bt Mat Lazim didakwa diculik ketika keluar ke Kuantan
Beliau merayu orang ramai yang mengenali atau mengetahui di mana Rozaliya berada supaya segera menghubunginya di talian 019-9418016 atau 019-9178016 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Apabila mula mendengar perkataan hilang, mula mengucap dan istighfar saya. Wal iyazu billah! Moga dijauhkan dari menimpa keluarga saya. Mulanya saya teringat gadis-gadis yang hilang ini lari dari rumah atau mengikut jantan. Arakian apabila diketahui mereka diculik maka saya pun mula teringat kisah-kisah yang dibicarakan oleh kawan saya. Dia ini seorang yang berpengalaman pasal perempuan dan tempat-tempat strategis untuk jumpa perempuan. Waktu itu saya di tingkatan lima. Waduh, baru tingkatan lima dia sudah berpengalaman sedemikian rupa!? Saya pun terlopong sahaja mendengarnya. Almaklum, kita manalah tahu benda-benda 'kelasik' macam itu.  Hatta, dia pun bercerita sekian kalinya, bahawa perempuan-perempuan atau gadis-gadis yang hilang itu sebenarnya dibawa ke hotel-hotel. Itu katanya. Dia memang kenal ramai perempuan dan gadis yang asalnya diculik dan dijadikan hamba seks itu. Huh, dia pernah merasai semuanya?!! Maka nak dijadikan cerita, dia tahu semua tempat menyimpan gadis dan perempuan yang hilang kerana diculik. Semuanya berkaitan dengan permintaan di pasaran gelap kerana yang menjadi pelanggannya ialah orang-orang kenamaan atau VIP serta VVIP. Duit banyak.
Maka aku teringat pula waktu menjadi 'pak gad' di KL. Ketika ada seorang 'pak gad' muda bercerita tentang pengalamannya menjadi "Bouncer" menjaga gadis-gadis murahan di hotel-hotel. Dia mengaku dia pernah bekerja menjaga semua perempuan-perempuan yang dijadikan 'ayam' itu. Kebanyakannya dari cina, melayu, mek saleh dan sebagainya. Tambahnya lagi, kalau nak tebus perempuan-perempuan yang diculik dan dijadikan 'ayam' itu kenalah bayar RM1500. Selepas itu, barulah boleh dibawa pulang, hendak buat apa pun boleh sebab sudah jadi milik kita. Semua mereka-mereka itu akan dibawa berpindah-pindah tempat mungkin disembunyikan dahulu sebelum dihantar ke tempat 'ekslusif' itu. Mereka-mereka itu akan dipaksa dahulu melakukan "jimak" dengan penjaga-penjaga mereka sebelum dijadikan 'barang sewaan' mereka.
Dia juga mengaku pernah mengugut siswi-siswi IPTA yang terlanjur melakukan maksiat ditempat-tempat tertentu yang dicekupnya bersama kekasih masing-masing agar melakukan perkara terkutuk itu bersamanya. Mereka terpaksa kerana dia sudah memegeng K/P mereka. Lalu mereka bersetuju dan dia pun mendapatnya. Kebanyakan yang diingatnya ialah siswi UiTM, UM dan UIA. Pada mulanya saya mengira bahawa dia temberang saja. Selepas beberapa ketika saya dapati dia berkata benar.

Saya ingin mendoakan agar gadis ini ditemui dan harapnya dia bukanlah diculik. Akhir kata saya mencadangkan carilah di Bukit Bintang KL. Sekian.




Perkara berlaku sejak lama, perkara yang sama tapi mungkin tak serupa masanya, tempatnya dan orangnya. 


http://www.myspace.com/491920226

























    Mangsa culik di Malaysia.

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.