“Mana Agama? Mana Budaya Melayu?"

world counts on you

 Islam agama yang dijulang. Ia menjulang dan tidak ada yang dapat menandinginya. Berpegang pada agama Islam bukan bermakna kolot bahkan ia berdaya maju dari segi pemikiran. Bukan bermakna ajaran Islam menolak adat Melayu tetapi mana-mana yang tak sesuai itu perlu merujuk Islam. Janganlah menjadi seperti kata-kata ini, “Duk ikut hak tak betol, Melayu hak tak betol”. Kebanyakan yang tidak mahu memperjuangkan hak Islam hanya memperjuangkan hak Melayu nampaknya seperti terlalu jauh dari landasan Islam dan melampau dalam tingkah laku. Bahkan bukan berasaskan akhlak Islami yang diredhai Allah malahan mengengkari ajaran-Nya. Tidak perlulah adat Melayu sampai membuang agama. Kata pepatah Melayu, “Biar mati anak, jangan mati adat” terlalu rapat dengan kehidupan Melayu. Kalau adat yang baik diteruskan, Islam tidak melarang tetapi ada adat yang tidak betul yang jauh dari keredhaan Allah, mengikut prasangka perasaan semata perlulah ditolak.

Bak kata ahli hikmah, Islam berdasarkan wahyu bukan berdasarkan akal. Berbeza dengan adat yang datang dari Melayu itu yang menurut pemikiran bangsa adalah berdasarkan akal sahaja. Tidak semua yang menurut akal itu betul. Wahyulah yang menyelamatkan manusia dan seluruh jagat maya ini. Kedamaian dan ketenangan jiwa manusia kerana mengikut ajaran wahyu Ilahi mengatasi kelebihan adat semata. Bangsa-bangsa, suku-sakat dan kaum-kaum hanyalah menyebabkan perpecahan di dunia namun Islam menghormati semuanya. Jika mengikut lunas Islami maka selamat dan bersatulah semua bangsa di dunia atas dasar hati. Kerana Islam itu mengajar ketauhidan yang mengabdikan sepenuh hati pada Tuhan Maha Esa. Maka manusia akan bersatu di atas kesatuan hati menyembah Tuhan Maha Esa dan berkiblat yang satu. Itulah perpaduan sejati. Ia perlu menjadi kebiasaan seterusnya bersatu menjadi adat semua umat islam.


Jika hanya mengikut hawa nafsu semata sudah tentulah dengki-mendengki, hina-menghina dan pecah-memecah di antara manusia berlaku. Ini diharamkan di sisi Islam. Islam menghalang semua perkara yang menyebabkan perpecahan umat manusia apatah lagi yang merosakkan alam ini.

Fahaman kebangsaan memecahbelahkan antara bangsa dan menggalakkan permusuhan. Ini bertentangan dengan kehendak Allah swt. Umat Islam tidak dikira di atas bangsa, warna kulit, bahasa, budaya atau warna rambut tetapi berdasarkan hati yang berteraskan taqwa kepada Allah. Allah melihat pada hati. Orang yang paling diredhai Allah ialah orang yang paling taqwa di sisinya di antara manusia. Wallahu a’lam.

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.