Terang Bulan ( Emas Hitam lagi...)

Mawar: Ni crito baru ni, minyok Kelate, kena ambik pulok doh!

Abe Mawar: Sapo ambik pulok?

Mawar: Kerajaan UMNO lah...lamo doh duk bunyi kato ado minyok, nok wat tlago di Pata Senok, senyak pah ko lo ni...

Abe Mawar: Tu la, ore kato hok ore hok dio, hok dio hok dio jugok...

Mawar: Ambik minyok ore, dok royak...

Abe Mawar: Tahu la...sabit tu ore maroh tu...kalu kato ore dok cayo ko dio maroh...

Mawar: Peseng tu ore dok cayo doh...supo yahudi, ko yahudi ko dok tahu la?

Abe Mawar: Ho la, kalu nok suruh ore cayo gak, buat la molek-molek, pah tu pulok pakso ore suruh cayo ko dio...kalu dok, keno pulau, fitnoh dsbnya, kalu wat molek apo salohnyo baru ore cayo.

Mawar: Ni la, peseng nok make ko awok-awok dio la tu.

Pengajaran dari yang tersebut:

Sejak tahun 1998, sewaktu aku balik dari timur tengah ke kampung di Bachok, orang-orang kampung ada yang dah berbisik pasal perkara minyak ni. Bermula pada hari di mana seorang pegawai yang merisik ke kampung pasal katanya ada minyak di Bachok. Semua orang beritahu agar diam-diam tentang perkara ini sebab kerajaan Malaysia UMNO akan ambil Kelantan. Mak aku pun cerita kat aku pasal ini. Jadi selepas aku masuk UIAM pada 1998 hingga 2004, tiada apa yang berlaku. Kerajaan negeri sudah menyediakan tapak yang sesuai di SEMERAK-PANTAI SENOK, namun kerajaan Mahadey UMNO dan konco-konconya telah membatalkan hasrat itu selepas kemenangan PAS. Di mana Kelantan akan menjadikan Bachok sebagai pelabuhan dan pusat proses minyak. Namun, setelah itu senyap sunyi dan katanya Malaysia membiarkan Tahiland mengoreknya dan mendapat komisyen darinya. Setelah kini 2009 barulah tersebar bahawa kerajaan Malaysia sudah mengorek minyak itu sejak 2004 lagi. Rupanya ditemui ada pelantar minyak Malaysia di sempadan Kelantan-Pattani, mereka telah lama mengoreknya. Bahawa adapun YB Mustafa Mohamed pula menyatakan Kelantan tak berhak mendapat HAKNYA?! Kalau ia pun kenapa dulu nak buat U di Tangok, Bachok sebab tapaknya sesuai namun kini sudah beralih ke Jeli pula, semata-mata kerana Jeli dipegang oleh YB???

world counts on you

1 comments:

Esther Max berkata...

I must say this is nice
http://topmagneticgenerator.com

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.