Penulis Sejarah Tanah Melayu

world counts on you

R.O. Winsted ialah salah seorang dari ahli Freemason. Beliau seorang penulis dan penyusun buku Sejarah Tanah Melayu untuk sekolah-sekolah di Malaysia. Beliau berbangsa Inggeris. Kebanyakan buku sejarah di sekolah-sekolah Melayu berbaur taksub terhadap penjajah Inggeris. Sejarah Tanah Melayu yang sebenar banyak terpesong dan tidak dinyatakan dengan sepenuhnya, sesuatu telah disembunyikan. Beberapa nama tokoh Melayu Muslim dinyatakan sebagai pemberontak, pengganas dan penyamun. Nama-nama ulama yang berjasa ditenggelamkan, dihapuskan dan dipadamkan dari senarai perjuangan menegakkan kedaulatan Tanah Melayu ketika penentangan terhadap penjajahan Inggeris. Sementara nama-nama pembesar Inggeris untuk menjajah dan merampas hak orang Melayu dari Tanahairnya diperbesarkan dan disebut sebagai berjasa besar dalam perjuangan menentang pemberontak dan pengganas. Rekaan-rekaan kepalsuan diselitkan untuk menambah benci dan keraguan bangsa Melayu terhadap bangsanya, tanahairnya serta agamanya sendiri. Ini dilakukan dengan licik oleh pemalsuan sejarah melalui buku-buku teks dan pendidikan di sekolah-sekolah melayu agar mereka dapat memisahkan rakyat dari kecintaan terhadap Negara. Apabila sudah dapat memisahkan rakyat dari semangat patriotic dan perjuangan maka tiada lagi semangat jihad di dalam diri umat melayu islam. Ini kerana semangat cintakan tanahair adalah sebahagian dari iman, semangat pertahanan tanahair adalah sebahagian dari iman dan semangat untuk syahid adalah sebahgian dari iman.
Perancangan penjajah dan pakatan bersama gerakan bawah tanah Freemason banyak membantu mengeksploitasi keadaan sesuatu tempat, kejadian dan peluang yang ada. Ini sungguh licik dilakukan oleh Pakatan Freemason untuk menguasai sebahagian besar tentera penjajah Inggeris melalui penerimaan keahlian ketua-ketua angkatan tentera Inggeris banyak membantu Freemason untuk mengerahkan idealoginya ke dalam minda Inggeris seterusnya menguasai mereka untuk kepentingan Freemason, Yahudi dan Zionis. Penjajahan Tanah Melayu adalah satu lagi contoh kejayaan gerakan Freemason yang dibawa masuk menerusi pendudukan tentera British di Tanah Melayu.

Selepas penjajahan British meninggalkan Tanah Melayu timbul beberapa parti politik. Gerakan-gerakan bawah tanah ala-gerila British. Ianya mirip seperti Gerakan Freemason dalam menjalankan aktiviti rahsianya. Contohnya mengadakan pertemuan sulit, ceramah dan isyarat-isyarat rahsia sesame ahlinya. Gerila-gerila British telah menubuhkan beberapa kompeni khas di zaman darurat di bawah penyertaan orang-orang Melayu tempatan. Gerakan ini ialah gerila Force 16, dari sinilah menularnya gerakan ala-bawah tanah. Tujuan utamanya berasal dari semangat memperjuangkan tanahair yang diterapkan atau dilatih oleh tentera British.

Sewaktu zaman penjajahan British, keadaan mutakhir sedang bergolak oleh ancaman gerila Komunis yang mendakwa diri mereka berjuang untuk merdeka dan menghalau British dari Tanah Melayu. Gerakan Komunis Malaya dibantu sepenuhnya oleh Partai Komunis China dan Russia. Mereka mendapat bekalan senjata secara langsung dari Russia, oleh kerana senjata yang canggih itu mampu menandingi senjata moden British. Nampaknya British terpaksa mengakui kelemahan mereka itu namun mereka masih ada cara kedua untuk menangani masalah itu iaitu dengan perang saraf atau propaganda.

Namun begitu, kesungguhan Parti Komunis Malaya (PKM- dalam memperjuangkan semangatnya itu dilihat terlalu ganas dan kejam. Memang benar cara dan tindakan PKM terhadap rakyat amat kejam. Kerana itu kegagalan mereka dalam menarik sokongan orang ramai. Mereka juga dilihat gagal dalam melangsungkan perjuangan kerana perjuangan yang berlandaskan kekejaman atau kekerasan akan gagal. Oleh itu. Di sini kita lihat cara dan tindakan yang dianjurkan Islam dalam Jihad atau peperangan. Kita dianjurkan untuk mengkaji dan merujuk selok belok Islam dalam hal ini kerana Islam – walaupun membenarkan peperangan sebagai jalan terakhir – menganjurkan agar tentera-tenteranya mengamalkan tiga perkara ini, pertama ; jangan membunuh kanak-kanak dan wanita, kedua ; jangan membunuh dan menganiaya orang tua dan ketiga ; jangan menganiaya binatang, persekitaran dan merosakkan rumah ibadat.


Kemenangan Islam dalam Jihad dan penyebaran Islam di seluruh bumi Eropah dalam kurun ke 7 Masihi salah satunya dipengaruhi oleh cara dan layanan tentera Islam terhadap mereka sehingga mereka mengambil keputusan menyokong Islam menjatuhkan Raja atau pemimpin mereka yang zalim di negara mereka sendiri.


Banyak di kalangan kita sendiri ragu dan lemas terhadap sejarah bangsa kita. Sejarah Melayu atau Sejarah Tanah Melayu. Ini kita tidak nafikan kerana banyak dari ahli sejarah kita sendiri – walaupun berbangsa melayu – pun masih terpengaruh dengan agenda barat, masih tidak menapis cara kajian dan keputusannya. Mereka terus saja menggunapakai teori mereka. Jika hanya teori tentulah ia boleh dihapuskan oleh keputusan yang benar dan tepat, kerana apakah mereka tidak mahu mengembar gemburkan tentang kebenaran? Adakah kerana mereka taksub kepada idea penjajah inggeris dan tak mahu lari dari ideology mereka? Inilah yang menjadi kesimpulannya kerana ramai dari mereka adalah dari graduan luar negara yang kurang mendalam tentang sejarah tanah air sendiri.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

sorang je ke? laen x de?

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.