Apakala Melatah!

world counts on you

Acapkali ketika kita mendengar sesuatu perkara yang pelik atau tidak pernah didengar maka tersembul perkataan "ah, aku tak percaya!" atau "ini semua tipu!". Agaknya dari manakah semua pertimbangan seperti itu datang? Mungkin dari jiwa yang jahil atau takut kepada benda baru. Mungkin juga kerana mereka sudah diasuh menjadi ego terhadap perkataan orang lain.

Kenapa tidak kita berdiam sahaja sebelum memutuskan sesuatu perkara itu benar atau salah? Ini kerana ia akan menyebabkan putus hubungan komunikasi atau juga hilang pertimbangan waras kita. Sedarkah kita bahawa setidak-tidaknya dengan mendiamkan diri itu akan timbul suatu pemikiran yang imbang antara benar dan palsu? Apabila kita terus menyatakan pendapat kita dengan secara bodoh dan tidak bijak itu maka kita telah menyebabkan diri kita hilang maklumat dan bodoh. Inilah suatu ketidak bijaksanaan! Orang seperti ini tidak bijak dalam meladeni maklumat dan sesuatu ilmu yang baru!

Adapun orang-orang yang bijak dan mempunyai sedikit pengetahuan tentang sesuatu perkara yang ingin dipelajari tentulah ia tidak terus melatah sambil menyatakan ketidakpercayaannya. Adapun orang yang bodoh dan singkat pemikirannya tentulah terus ia menyatakan ketidakpercayaannya lalu menolak mentah-mentah pemikiran yang baru. Begitulah jika kita memulakan kerjaya baru untuk menyampaikan kebenaran sudah tentunya kita akan menemui banyak kerenah orang-orang sebegini. Jangan ambil hati kerana mereka boleh dianggap orang bodoh dan singkat wawasan.

Teruskan penyampaian dan ingatlah ramai lagi orang yang bijak dan inginkan kebenaran berbanding orang-orang yang melatah sebegitu hanyalah segelintir dan boleh dikira dengan jari sahaja.

Wassalam, wallahu a'lam bissawab!

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.