Mukaddimah

(Bismillahi-r-Rahmani-r-Rahim)

“Alhamduli-l-lahi rabb-il alamin wa-s-solatu wa-s-salamu ‘ala asyrafi-l-mursalin saidina Muhammadin wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’in. (Wa ba’du) maka inilah suatu risalah yang kecil dinamakan dia “al-kaukabu-d-durry fi-n-nur-il-muhammady” pada menyatakan Nur Nabi Muhammad s.a.w.. Dan pada akhirnya beberapa bab, iaitu pada menyatakan kejadian Nabi Adam dan Hawa dan masa antara Adam dan antara segala Anbiya’ dan bab pada menyatakan masa dahulu daripada dijadikan dunia dan masa dunia dan bab pada menyatakan kejadian tujuh petala langit dan bumi dan kejadian ‘Arasy dan Kursi dan Loh dan Qalam dan Bait-ul-Ma’mur wa-s-Saqaf-ul-Marfu’ wa-l-Bahr-ul-Masjur dan Sidrat-ul-Muntaha dan Qisah Isra’ dan Mi’raj terjemah al-abd-ul-faqir al-fani Muhammad bin Ismail Daudi Al-Fatani ghofar-Allahu lahu wa-liwalidaihi wa ahibba-ihi wal-muslimin. Amin. Dan kami mulakan pada risalah ini dengan menyatakan Nur Nabi s.a.w. (Kata Kaab al-Ahbar) radi-Allahu ‘anhu, tatkala dikehendaki Allah menjadikan segala Maujudat ini dan merendahkan bumi dan mengangkatkan tujuh petala langit, digenggam oleh Allah satu genggam daripada Nur-Nya. Dan firmanNya baginya, “Jadi olehmu Muhammadan!”, maka jadi tiang daripada Nur dan cemerlang ia hingga sampai kepada Hijab-uz-Zulmah. Maka sujud Nur itu dan katanya “Alhamdulillah!”, maka firmanNya Allah taala, “Karena itulah aku jadikan dikau dan aku namakan dikau Muhammadan daripada engkau aku mulakan kejadian dan aku sudahkan segala rasul kemudian”. Bahawasanya Allah subhanahu wa taala membahagikan NurNya atas empat bahagi. Maka dijadi daripada bahagi yang pertama akan Loh dan daripada bahagi yang keduanya akan Qalam, kemudian firman Allah taala bagi Qalam, “Surat olehmu!”. Maka gementar Qalam seribu tahun daripada hebat khitab Allah taala kemudian berkata Qalam, “Dan apa aku surat?”. FirmanNya, “Surat olehmu La-ilaha ill-Allah Muhammadun Rasul-ullah!”. Maka disurat oleh Qalam akan yang tersebut, maka dapat petunjuk ia kepada ilmu Allah taala pada makhlukNya. Maka menyurat Qalam akan segala anak Adam bagi Salbinya – barangsiapa berbuat taat akan Allah dimasukkan dia akan Syurga dan barangsiapa berbuat maksiat akan Allah dimasukkan dia Nareka. Dan disuratkan umat Nabi Noh – barangsiapa berbuat taat akan Allah dimasukkan dia Syurga dan barangsiapa berbuat maksiat akan Allah dimasukkan dia Neraka. Dan disuratkan umat Nabi Ibrahim – barangsiapa berbuat taat akan Allah dimasukkan dia Syurga dan barangsiapa berbuat maksiat akan Allah dimasukkan dia Nareka. Dan disuratkan umat Nabi Musa – barangsiapa berbuat taat akan Allah dimasukkan dia Syurga dan barangsiapa berbuat maksiat akan Allah dimasukkan dia Nareka. Dan disuratkan umat Nabi Isa – barangsiapa berbuat taat akan Allah dimasukkan dia Syurga dan barangsiapa berbuat maksiat akan Allah dimasukkan dia Nareka. Dan disuratkan umat Nabi Muhammad s.a.w. – barangsiapa berbuat taat akan Allah dimasukkan dia Syurga dan barangsiapa berbuat maksiat akan Allah dan berkehendak Qalam bahawa hendak disuratnya dimasukkan dia Nareka. Tiba-tiba dengan seruan daripada Tuhan al-‘Aliyy al-A’la, “Hei Qalam, beradab olehmu!”. Maka terbelah Qalam daripada hebat dan terpotong hujungnya dengan Qudrat, maka jadi beradat pada segala Qalam tiada dapat disurat melainkan dibelah akan dia dan dipotongkan ujungnya. Dan firmanNya bagi Qalam, “Surat olehmu umat yang berdosa dan Tuhan yang amat mengampuni!”. Kemudian dijadi oleh Allah daripada bahagi yang ketiganya akan ‘Arasy. Kemudian dibahagikan bahagi keempatnya atas empat bahagi. Maka dijadi daripada bahagi yang pertama akan ‘Akal dan daripada bahagi kedua akan Ma’rifat dan daripada yang ketiga akan Nur ‘Arasy dan cahaya segala mata dan cahaya siang hari. Maka segala cahaya ini dijadikan daripada Nur Nabi Muhammad s.a.w., maka adalah ia awal makhluk sekeliannya. Dan tinggal lagi bahagi yang keempatnya, ditaruhkan dia di bawah ‘Arasy hingga dijadi Allah Azza wa Jalla akan Adam alaihi-s-salam. Maka ditaruh oleh Allah akan demikian Nur itu pada belakangnya dan disuruhkan segala Malaikat sujud baginya dan dimasukkan Adam akan Syurga. Maka adalah segala Malaikat berdiri mereka itu dibelakang Adam bersaf-saf memandang sekeliannya kepada Nur Nabi Muhammad s.a.w.. Maka berkata Adam, “Hai, Tuhanku karena apakah segala Malaikat berdiri sekeliannya dibelakangku bersaf-saf?”. Firman Allah taala, “Ya Adam, memandang sekeliannya kepada Nur kekasihku Muhammad yang kesudahan segala rasul yang aku keluarkan dia daripada belakang kamu”. Maka berkata Adam, “Hai, Tuhanku jadikan olehmu akan Nur ini pada berhadapanku supaya berhadapankan daku segala Malaikat”, maka dijadikan dia oleh Allah subhanahu wa taala pada dahinya maka jadi segala malaikat berdiri sekeliannya di hadapan muka Adam. Kemudian bahawasanya Adam berkata ia, “Hai, Tuhanku jadi olehmu akan Nur ini pada tempat yang dapat aku lihat akan dia”. Maka dijadikan Nur itu pada telunjuknya. Dan adalah Adam melihat ia kepada elok demikian Nur itu, maka bertambah-tambah ia elok dan keelokan. Dan adalah Adam mendengar bagi Nur itu mengucap tasbih yang amat banyak. Kemudian berpindah Nur itu daripada Adam kepada Hawa. Dan adalah Adam melihat akan Nur pada muka Hawa seperti matahari yang cemerlang. Kemudian beranak Hawa akan permulaan segala rasul daripada Adam iaitu Nabi Syith. Maka hilang Nur itu daripada muka Hawa dan berpindah ia kepada Syith. Maka mengambil Adam atasnya janji bahawa jangan dihantarkan Nur ini melainkan pada segala yang suci-suci daripada perempuan. Kemudian sentiasalah Nur itu berpindah ia daripada laki-laki yang mulia kepada laki-laki yang mulia dan daripada perempuan yang suci kepada perempuan yang suci hingga sampai ia kepada Salbi Abdullah anak Abdul Muttalib. Kemudian dikeluarkan dia Solla-llahu ‘Alaihi Wasallam kepada dunia maka dijadikan dia sayyid-il-mursalin wa khatam-un-nabiyyin wa rahmatan li-l-‘alamin wa qaeid-ul-gharr-al muhjalin. (Dan datang pada Hadith) bahawasanya dijadi oleh Allah taala akan satu pohon kayu baginya empat dahan. Maka dinamakan dia Syajarat-ul-Muttaqin, kemudian dijadikan Nur Muhammad s.a.w. di dalam Hijab daripada mutiara yang putih seperti rupa burung Merak dan dihantarkan dia atas demikian pohon kayu itu dan mengucap tasbih ia atasnya kadar tujuh puluh ribu tahun. Kemudian dijadi Allah akan cermin kemaluan dan dihantarkan di hadapannya maka tatkala menilik oleh Merak di dalam cermin itu melihat ia akan rupanya seelok-elok rupa dan terlebih indah perhiasan kelakuannya maka malu ia daripada Allah taala dan berpeluh ia. Maka titik daripadanya enam titik, maka dijadi oleh Allah taala daripada titik yang pertamanya Saidina Abu Bakr r.a. dan daripada titik yang keduanya Saidina Umar r.a. dan daripada titik yang ketiganya Saidina Uthman r.a. dan daripada titik yang keempatnya Saidina Ali r.a. dan daripada titik yang kelimanya akan pohon bunga mawar dan daripada titik yang keenamnya akan padi. Kemudian maka sujud oleh demikian Nur yang Muhammadi itu lima kali, maka jadi atas kita segala demikian sujud itu Fardhu yang diwaktukan. Maka difardhu oleh Allah taala lima sembahyang atas Nabi Muhammad dan umatnya. Kemudian ditilik Allah taala kepada demikian Nur itu pada kala yang lain pula, maka berpeluh ia malu daripada Allah taala. Maka dijadi oleh Allah daripada peluh hidungnya akan Malaikat. Dan dijadi daripada peluh mukanya akan ‘Arasy dan Kursi dan Loh dan Qalam dan matahari dan bulan dan segala Hijab dan segala bintang-bintang dan barang yang ada ia pada langit. Dan dijadi daripada peluh dadanya akan segala Anbiya’ dan Mursalin dan segala ulama’ dan syuhada’ dan solihin. Dan dijadi daripada peluh belakangnya akan al-Bait-ul Ma’mur dan Kaabah dan Bait-ul Maqdis dan tempat segala masjid yang di dalam dunia. Dan dijadi daripada peluh dua keningnya akan umat daripada mu’minin dan mu’minat dan muslimin dan muslimat. Dan dijadi daripada peluh dua telinganya segala arwah Yahudi dan Nasrani dan Majusi dan barang yang menyerupai demikian itu daripada segala orang yang Mulhidin dan yang Jahidin dan yang Munafikin. Dan dijadi daripada peluh dua kakinya akan bumi daripada Masyriq kepada Maghrib dan barang yang di dalam bumi. Kemudian firman Allah taala bagi demikian Nur itu, “Tilik olehmu pada hadapanmu, ya Nur Muhammad”. Maka menilik ia dan melihat di hadapannya Nur dan pada belakangnya Nur dan pada kanannya Nur dan pada kirinya Nur, dan mereka itu Abu Bakr dan Umar dan Uthman dan Ali r.anhum. Kemudian mengucap tasbih Nur itu tujuh puluh ribu tahun. Kemudian dijadi Allah akan segala Nur Anbiya’ daripada Nur Nabi Muhammad ‘alaihi-s-salam. Kemudian ditilik Allah kepada demikian Nur dan dijadikan daripadanya segala arwah mereka itu, yakni dijadikan arwah segala Anbiya’ daripada peluh Roh Nabi Muhammad ‘alaihi-s-salam. Dan dijadikan segala Roh umat Anbiya’ daripada peluh Roh segala nabi-nabi mereka itu, yakni sekelian Roh tiap-tiap umat itu dijadikan dia daripada peluh Roh nabinya. Dan dijadikan segala arwah orang yang mu’minin daripada umat Muhammad daripada peluh Nabi Muhammad ‘alaihi-s-salam. Maka berkata sekeliannya, “La ilaha ill-Allah Muhammad rasulullah”. (Kemudian dijadi oleh Allah) satu Kandil daripada ‘Akek yang merah dilihatkan zahirnya daripada batinnya. Kemudian dijadi Allah akan rupa Nabi Muhammad ‘alaihi-s-salam seperti rupanya yang di dalam dunia. Kemudian dihantarkan dia di dalam Kandil itu. Maka berdiri ia padanya seperti di dalam sembahyang. Kemudian berkeliling segala arwah Anbiya’ pada keliling Nur Nabi Muhammad ‘alaihi-s-salam. (Kata Syeikh Sayuti) dijadikan burung Merak yang tersebut itu atas rupa penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w. yang di dalam dunia dan hantarkan di dalam Kandil. Kemudian dijadi Allah akan arwah segala makhluk sekeliannya. Maka berkeliling segala arwah pada keliling Nur Nabi Muhammad s.a.w. Intaha. Maka mengucap tasbih dan tahlil segala arwah itu kadar seratus ribu tahun. Kemudian menyuruh Allah akan segala arwah itu menilik kepada rupa yang tersebut. Maka menilik mereka itu kepadanya (maka setengah mereka itu) orang yang melihat akan kepalanya, maka jadi ia Khalifah dan Sultan antara segala makhluk. (Dan setengah daripada mereka itu) orang yang melihat akan dahinya, maka jadi ia Amir yang adil. (Dan setengah daripada mereka itu) orang yang melihat akan dua matanya, maka jadi Hafaz ia bagi Kalam Allah taala. (Dan setengah daripada mereka itu) orang yang melihat akan dua keningnya, maka jadi ia tukang lukis. (Dan setengah daripada mereka itu) orang yang melihat akan dua telinganya, maka jadi ia banyak mendengar dan berhadap. (Dan setengah daripada mereka itu) orang yang melihat dua pipinya, maka jadi ia berbuat baik dan berakal. (Dan setengah daripada mereka itu) orang yang melihat dua bibir mulutnya, maka jadi ia Wazir. (Dan setengah daripada mereka itu) orang yang melihat hidungnya, maka jadi Bohma(bomoh) dan Tabib dan tukang menjual rempah-rempah. (Dan setengah daripada mereka itu) orang yang melihat akan mulutnya, maka jadi ia orang puasa. (Dan setengah daripada mereka itu) orang yang melihat giginya, maka jadi orang yang elok mukanya daripada laki-laki dan perempuan. (Dan setengah daripada mereka itu) orang yang melihat lidahnya, maka jadi ia pesuruhan antara segala Raja-raja. (Dan setengah daripada mereka itu) orang yang melihat halkumnya, maka jadi ia Wa’ez dan menasihatkan orang dan tukang Bang. (Dan setengah daripada mereka itu) orang yang melihat akan janggutnya, maka jadi ia orang yang berperang pada sabil-i-llah. (Dan setengah daripada mereka itu) orang yang melihat batang lehernya, maka jadi saudagar. (Dan setengah daripada mereka itu) orang yang melihat dua lengannya, maka jadi pandai berkuda dan pandai berperang. (Dan setengah mereka itu) orang yang melihat lengan kanannya, maka jadi tukang berbekam. (Dan setengah mereka itu) orang yang melihat lengan kirinya, maka jadi jahil. (Dan setengah mereka itu) orang yang melihat tapak tangan kanannya, maka jadi tukang menukar duit dan tukang menyoket (/menyongket)*. (Dan setengah daripada mereka itu) orang yang melihat tapak tangan kirinya, maka jadi tukang menyukat. (Dan setengah mereka itu) orang yang melihat dua tangannya, jadi murah ia dan berakal. (Dan setengah mereka itu) orang yang melihat belakang tapak tangan kirinya, maka jadi bakhil ia. (Dan setengah mereka itu) orang yang melihat belakang tangannya yang kanan, maka jadi tukang memasak. (Dan setengah mereka itu) orang yang melihat segala ruas anak jarinya yang kiri, maka jadi tukang menyurat. (Dan setengah mereka itu) orang yang melihat segala anak jarinya yang kanan, maka jadi tukang menjahit. (Dan setengah mereka itu) orang yang melihat segala anak jarinya yang kiri, maka jadi tukang besi. (Dan setengah mereka itu) orang yang melihat akan dadanya, maka jadi alim dan dimuliakan dia dan mujtahid. (Dan setengah mereka itu) orang yang melihat akan belakangnya, maka jadi tawadhuk ia dan mengikut bagi pekerjaan Syara’. (Dan setengah mereka itu) orang yang melihat dua lambongnya, maka jadi ia berperang sabil. (Dan setengah mereka itu) orang yang melihat perutnya, maka jadi orang yang memadai dengan yang sedikit dan zahid. (Dan setengah mereka itu) orang yang melihat dua lututnya, maka jadi ia orang yang rukuk dan sujud. (Dan setengah mereka itu) orang yang melihat dua kakinya, maka jadi tokan berburu. (Dan setengah daripada mereka itu) orang yang melihat di bawah dua tapak kakinya, maka jadi orang yang perjalanan. (Dan setengah daripadanya) orang yang melihat akan bayang-bayangnya, maka jadi tokan bernyanyi dan bermain Tanbur iaitu permainan yang makruf. (Dan setengah mereka itu) orang yang tiada melihat daripadanya sesuatu, maka jadi Yahudi dan Nasrani atau kafir atau Majusi. (Dan setengah mereka itu) orang yang tiada menilik daripadanya sesuatu, maka jadi ia medakwa(/mendakwa)* bagi ketuhanan seperti segala Fir’aun dan lainnya daripada segala kuffar. Kemudian ditaruh akan Nur itu di bawah ‘Arasy hingga dijadikan Nabi Adam ‘alaihi-s-salam. (Ketahui olehmu) bahawasanya Allah taala menyuruh ia akan segala makhluk dengan sembahyang atas rupa nama Ahmad dan Muhammad, maka berdiri qiam itu upama(/umpama)* rupa Alif dan ruku’ seperti rupa Ha’ dan sujud seperti rupa Mim dan duduk seperti rupa Dal. Dan dijadikan makhluk rupa Muhammad ‘alaihi-s-salam, maka kepalanya bulat seperti Mim yang pertama dan dua tangan seperti rupa Ha’ dan perut seperti rupa Mim yang kedua dan dua kaki seperti rupa Dal. Dan tiada dibakarkan seseorang daripada kuffar atas rupanya, bahkan digantikan rupa atas rupa babi kemudian dibakarkan dia dengan api Nareka.
read more