Sabda Rasulullah SAW :
" ِانَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَالنَّاسُ يُعَسِّرُ بِهِ "
Maksudnya : Sesungguhnya Agama Islam itu mudah, sedangkan manusia sendiri yang menyusahkannya.
Islam itu mudah dilaksanakan bukan payah. Memang mudah untuk mengikuti ajaran Islam. Walaupun ada segolongan manusia yang mengaku Muslim tapi berdolak-dalih dalam mengamalkan Islam dan melaksanakan hukum-hakamnya. Begitu pun Islam secara lahiriah dan batiniah adalah mudah dan senang diikuti bagi golongan yang ikhlas kepada Allah.
Orang yang berdolak-dalih pula mengatakan kononnya Islam itu payah untuk dilaksanakan dan diamalkan justeru menjadikannya alasan untuk tidak endahkan melaksanakan hukum Allah itu. Sedangkan Islam itu milik Allah. Orang yang menentang Islam bermakna menentang Allah. Sebaliknya orang yang memperjuangkan Islam adalah juga memperjuangkan hak Allah. Dan sesiapa yang memperjuangkan hak Allah bermakna Allah ialah pelindung dan pemberi kemenangan kepadanya.
Tidak ada alasan begitu begini dalam menjalankan suruhan Islam. Ia adalah suruhan Allah. Sebagaimana maksud hadith Rasulullah SAW : “..buat apa yang Allah perintah dan tinggal apa yang Allah larang..”
Biarlah kita menjadi sekurang-kurangnya Muslim yang berjuang untuk Allah dengan menyokong perjuangan menegakkan syiar Islam. Walaupun kita yang jahil dan kurang amalan ini sering berdosa, tersilap dan terlupa dalam hidup seharian. Mudah-mudahan kita akan dihisab di akhirat kelak sebagai orang yang berjasa kepada Allah dan Rasulnya sewaktu di dunia. Agar kita tidak menyesal nanti kerana kita menjadi golongan yang menentang Allah dan Rasulnya melalui sokongan terhadap orang yang memusuhi Islam sama ada secara langsung atau tidak. Kita akan rugi di dunia dan akhirat.
Namun itu mungkin agak berat bagi orang yang tertutup hatinya dari mengingati Allah. Apatah lagi mengikut jejak langkah Rasulullah dalam sunnah dan hadithnya. Ini kerana kesan daripada menjadi pengikut kepada orang-orang yang sesat dari agama Allah. Hasil dari menuruti pemerintah yang membelakangkan suruhan Allah dan agama Islam. Lantas pemikiran, perbuatan dan qasad hati pun sudah jadi sebati dengan menolak ajakan Islam terhadap Allah dan perjuangan menegakkan syariat RasulNya-Nabi Muhammad SAW- di bumi Allah ini.
Jatuhnya aqidah seorang Islam itu ada 3 sebabnya:
1- Perkataan.
2- Perbuatan.
3- Iktikad (qasad hati).
Dengan itu, hendaklah dia mengucapkan semula dua kalimah syahadah, rukun pertama Islam itu. Ini kerana dia sudah dikira terkeluar dari Islam atau kufur.
Apabila seseorang Islam itu menolak perintah Allah melalui 3 sebab tersebut maka masuklah dia ke dalam 3 keadaan hukum. Pertama, sebagaimana firman Allah dalam al-Qur’an :
" ..فَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا اَنْزَلَ اْللهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَفِرُونَ ".
Maksudnya : Sesiapa yang tidak mahu (menjalankan pemerintahan) hukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah (syariat Islam), maka mereka (termasuk) golongan orang kafir. (ayat 44:surah al-Maedah)
Dalam ayat yang kedua pula datang hukum yang lain menyebut :
"..فَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا اَنْزَلَ اْللهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْظَالِمُونَ ".
Maksudnya : Sesiapa yang tidak mahu (menjalankan pemerintahan) hukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah (syariat Islam), maka mereka (termasuk) golongan orang zalim. (ayat 45:surah al-Maedah)
Dalam ayat yang ketiga pula :
"..فَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا اَنْزَلَ اْللهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الفَاسِقُونَ ".
Maksudnya : Sesiapa yang tidak mahu (menjalankan pemerintahan) hukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah (syariat Islam), maka mereka (termasuk) golongan orang fasik. (ayat 47:surah al-Maedah)
Ketiga-tiga ayat ini Allah datangkan sebagai hukum kepada tiga keadaan dan bukan semua sekali ditimpa ke atas pelakunya.
Keadaan pertama, bagai mana seseorang Muslim itu jatuh ke dalam golongan kafir. Iaitu contohnya dengan perkataannya bahawa, “Islam itu tidak sesuai pada zaman ini, ia sesuai zaman Nabi saja.” Atau “Pada zaman ini masyarakat majmuk, ia tidak boleh dipakai.” Atau “Islam sudah kolot, ia undang-undang lapok.” Maka di sini jatuh ia ke dalam hukum ayat pertama tadi. “فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَفِرُونَ”.
Keadaan kedua, bagaimana seseorang Muslim itu jatuh ke dalam golongan zalim. Iaitu contohnya dengan dengan perkataannya/perbuatannya bahawa, “Ya! Saya mengaku Islam itu benar.” Kemudian dia tidak menggunakan kaedah Islam ketika menghukum. Sebaliknya menggunakan kaedah undang-undang barat. Seperti hukuman rotan 40 kali untuk peminum arak mengikut undang-undang Islam ditukar kepada hukuman denda RM40 sahaja lalu dibebaskan pesalah itu. Ini adalah suatu yang zalim terhadap Allah. Maka jatuh ia ke dalam hukum ayat yang kedua tadi. “فَأُولَئِكَ هُمُ الْظَالِمُونَ”
Keadaan ketiga, bagaimana seseorang Muslim itu jatuh ke dalam golongan fasik. Iaitu contohnya dengan perkataan/perbuatan/iktikad bahawa, “Ya! Islam itu benar dan betul tapi saya sahaja tidak mahu ikut!”. Dari pengakuannya itu membuktikan tidak hanya kata-kata malah perbuatannya yang lahir dari iktikad (qasad hati) lalu meninggalkan ajaran Islam walaupun dia mengaku seorang Islam. Dia telah berdosa dan engkar. Walaupun begitu, dia masih Islam. Maka di sini jatuh ia ke dalam hukum ayat yang ketiga tadi. “فَأُولَئِكَ هُمُ الفَاسِقُونَ”.
world counts on you
0 comments:
Catat Ulasan
Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.