Ilmu yang hilang.

Ilmu itu jikalau jatuh ke tangan orang baik, ia akan digunakan untuk menolong kebaikan. Jikalau ia jatuh ke tangan orang jahat ia akan digunakan untuk menghancurkan kebaikan.

Islam telah melahirkan ramai sarjana dan ilmuwan ulung serata dunia. Malah ilmuan Islam ialah yang pertama di dunia mempelopori sesuatu bidang dan menyebarkannya dalam bentuk yang berkaedah dan moden. Ilmu-ilmu yang dicetuskan itu digunakan sehinggalah ke era moden kini, sementelah ianya adalah rujukan teknologi moden hari ini.

Sayugia, saintis barat kononnya telah mendabik dada bahawa merekalah pelopor ulung malah ilmu-ilmu semuanya datang dari mereka adalah PALSU belaka. Ini kerana ia tiada asas yang kukuh untuk berkata demikian malah tiada pun rujukan yang menyokong bukti mereka itu, ini semua adalah kerana mereka hanya mengaku tanpa bukti dan rujukan yang pasti dari mana asal penemuan mereka itu sebenarnya. Walhal ilmu-ilmu yang mereka mendabik dada tersebut telah dengan pasti wujud semenjak beratus tahun lamanya di tangan orang-orang Islam atau sarjana-sarjana Islam.

Ketika kecil, saya selalu membaca dan terpengaruh dengan kisah-kisah penciptaan sarjana-sarjana barat. Sejarah mereka membuatkan saya seakan-akan lupa bahawa Allah jualah yang Maha Pencipta. Mereka terlalu melonjakkan nama-nama yang gah dari kalangan ilmuwan mereka? Saya selalu bercita-cita agar dapat menjadi seperti merea suatu hari nanti. Namun saya berdoa agar Allah menunjukkan saya jalan kebenran agar mendapat ilmu-ilmu tersebut. Saya juga berangan-angan agar dapat mencetuskan ilmu baru yang tiada dalam sejarah lalu. Allah Maha Kuasa dan Maha Tahu akan kebenaran yang tersirat. Lalu dengan kehendak Allah Yang Maha Kuasa, Dia pun mencampakkan ke dalam hati saya tentang pengetahuan sejarah sarjana Islam. Agaknya inilah satu permulaan untuk pencarian saya dan perjalanan pengkajian saya selama ini.


Ketika itu saya berumur 14 tahun. Barulah saya terkejut dengan satu nama baru dalam dunia ilmiah. Iaitu Ibnu Sina. Beliau dikenali sebagai Bapa Perubatan Islam, bagi saya ia bukan hanya sebagai rujukan orang Islam sahaja malah orang barat juga. Selayaknya beliau dikenali sebagai Bapa Perubatan Moden Dunia. Bukan orang barat yang menjadi contoh dunia sebenarnya. Bahkan orang Islam! Buktikan mengapa?! Mungkin ada orang tidak percaya dengan kata-kata ini. Mereka bukanlah dibesarkan dalam ilmu islami tetapi barat. Bukan kata saya sahaja yang tidak dipercayai jika kata ini didengari mereka. Sebenarnya mereka tidak mempercayai kebenaran seluruhnya.

Ini dibuktikan dengan tarikh. Samada tarikh lahir ilmuwan hinggalah tarikh kematian mereka. Tarikh ilmu itu ditemui dan disebarkan hinggalah tarikh ianya jatuh ke tangan barat. Itulah buktinya. Ini kerana Islam dengan izin Allah telah dapat menandakan tarikh dan sejujurnya menetapkan tarikh bagi setiap ilmu itu dipelopori. Oleh setiap ilmuwan islam mereka senantiasa menjadikan guru sebagai rujukan dan buku-buku kajian juga tidak ketinggalan, inilah dinamakan “kejujuran ilmu”. Ianya tidak terdapat dalam kehidupan ilmiah barat ketika kurun-kurun tersebut. Barulah kini terbukti bahawa barat juga sedang menuju untuk mengamalkan kejujuran ilmu tersebut dengan membuat catatan rujukan atau nota kaki bagi biografi penulis asal di mana mereka mengambil rujukan setiap ilmu itu. Itu sudah pun diamalkan oleh perintis Islam dan ilmuwan Islam sejak dahulu kala lagi. Ia bermula pada kurun 9 Masihi bukan Hijrah. Jikalau Hijrah mungkin lagi kurang agaknya. Ketika kita membaca muqaddimah buku atau biografi ilmuwan, dalam setiap buku mereka, kita akan dapati penyataan bahawa setiap ilmu mereka adalah dirujuk kepada guru sebelum mereka dan tidak menisbahkan ilmu itu kepada diri mereka bahkan ianya hasil dengan keizinan Allah jua. Mereka tidak mendabik diri dengan penyataan bahawa ilmu itu datang dari dalam diri mereka atau ia datang secara kebetulan dari kajian mereka atau secara kajian yang mendalam sejak zaman berzaman. Lantas mereka menganggap diri sebagai Al-Faqir Fillah/ Fakir di sisi Allah atau pengemis belas Ihsan dari Allah jua.


John Logie Baird dengan TV pertama di dunia.
 Ini berbeza dengan apa yang kita pernah baca atau temui dalam buku-buku berkisar sarjana dan ilmuwan barat. Kononnya mereka mendapati sesuatu kajian itu secara kebetulan atau tidak sengaja. Mereka mendabik diri mereka yang menjumpai sesuatu ilmu itu dan ianya kerana hasil dari kebijaksanaan mereka yang “genius” itu! Di sini mereka mengambil peluang untuk menyatakan bahawa semua perkara itu terjadi dengan sendirinya dan bukan dari kekuasaan Maha Pencipta atau Allah. Inilah dakyah mereka yang secara akademiknya cuba menyerong dan menyongsang arus. Sedikit demi sedikit mendidik manusia agar jauh dari Allah Yang Maha Pencipta. Mereka mahu merekakan undang-undang manusia sendiri dan lari dari hukuman Allah. Mereka adalah orang-orang yang berpaksikan Dajjal dan Iblis. Yang nantinya akan mengajak manusia bertuhankan Dajjal dan Iblis laknatullah.

Masakan mungkin sesuatu ilmu itu terjadi dengan sendiri secara tiba-tiba? Seperti contoh, “Oh! Saya tidak sengaja begini tetapi ia sudah berfungsi dan menjadi telefon?” kata salah seorang saintis barat ketika membuat ujikaji di makmalnya. Atau, “Eh! Saya tidak sengaja membuat campuran ini dan ia menjadi?” kata yang lain pula.

Mana mungkin sesuatu kejadian menjadi tanpa dirancang? Melainkan dengan izin Allah. Itulah kesesatan barat yang cuba disogokkan kepada kita tanpa mendedahkan rahsia mereka bahawa dari mana mereka mendapatkan khazanah kajian atau buku-buku rujukan untuk membuat kajian tersebut. Menurut beberapa ilmuwan islam dahulu, yang menulis tentang kecurian yang berlaku di kutub khanah dalam kerajaan Umayyah/Abbasiyah dahulu bahawa beberapa orang tidak dikenali pernah membawa keluar beberapa buku penting tanpa meminta izin dari kerajaan. Justeru selepas itu ia tidak dipulangkan lalu hilang tanpa kesan. Ia tidak ditemui sehingga kini. Secara kebetulan pula ilmu itu tiba-tiba muncul di barat yang didalangi oleh yahudi serta-merta mengakui dan mengiktiraf ianya hasil penemuan mereka?! Ini tidak asing lagi bagi kita yang mengenali penciptaan telefon, televisyen dan enjin kenderaan di barat. Banyak buku-buku barat yang menulis tentang sejarah sarjana-sarjana mereka tentang penciptaan tersebut dengan menafikan terus ianya dari ilmu orang-orang islam. Semoga Allah akan lebih berpihak kepada kita dari kalangan orang-orang yang benar ini. Kebenaran adalah milik Allah sehingga bila-bila. Rahsia itu di tangan Allah dan Allah akan berkuasa mendedahkan di masa-masa akan datang kepada orang-orang yang kemudian.

Wallahua’lam.


world counts on you

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks, terima kasih, hsieh hsieh, shukran, kop kun.